Wednesday, May 13, 2009

Jiran Sepakat Membawa Berkat..


Ni abang Nordin, jiran kami yg berketurunan Melayu Malaysia yg paling dekat.. Saja datang singgah umah kitorg dgn basikal baru yg ada kendongnya.. Suka Afrina n Yasmin duk dlm tempat tu.. Rase cam nak beli.. Nantila...

Teringat buah peach lebih besar dari epal..

Ni contoh buah peach yg saiznye lebih besar dari buah epal..






Sampaikan burung kakak tua pun hinggap merasainya.. Kami tak makan sangat.. So, ramaila kengkawan yg berkunjung datang petik n kami pun memberi pada yg sudi.. Sekarang autumn tinggal kenangan la.. tunggula next season..

Monday, May 11, 2009

Sejarah Tercipta: Perkahwinan Serentak Pengantin Baru/Lama di Bumi Adelaide!

Haaa... ni citer memang best. Kiranya org2 Malaysia kat sini yg dah lama tak ziarah saudara mara atau sahabat handai yg kawin kat Malaysia, leh nengok secara langsung di bumi Adelaide, perkahwinan adat resam style Melayu. Mantap dan cukup meriah.. Antara 3 pasangan mempelai, Ekram & Haniza, Aznan & Shila dan Saifuddin & Intan Sofia.. Memang sepadan sepadun...

Peristiwa semalam itu berlaku di Windsor Garden Community Hall, Danby Avenue, Windsor Garden.

Gambar2 menarik perkahwinan mereka beserta aktiviti time (silat, nasyid dan presentation by pengantin) tu akan dilampirkan nanti.. Ada keja sikit nak wat..

Hampir Sebulan Tak Report Khabar Berita...

Bukan malas, ataupun sibuk sangat, tp sebab internet kat umah ni dok problem sepurnama lamanye.. So, dipendekkan cerita, akan dikirimkan aktiviti2 menarik berbentuk gambar dalam selama sebulan tak menulis ni.. Tunggu..

Friday, April 17, 2009

Sekali sekala berekriasi dan beraksi!!

Masih basah, kenangan indah, zaman cemerlang, era gemilang,
Ketika Rasul, ada disisi, para sahabat mentadbir bumi,
Zaman Nubuah, era Khulafa, Islam laksana api yg menyala
Menerangi teman, dan juga sahabat, bahang panas yang membakar lawan...
(Nazri Raihan)
Aksi dua lanang sedang menarik bajakan yg klasikal lagi berat tu.. Pas tu makcik Cristine dtg bagitau tu kawasan larangan.. Hehehe sempat gak la bergambar...

Episod II

Tempat menarik, suasana pun indah, nyaman dan bersih.. Sesuai kalau buat program rekreasi sambil menikmati alam ciptaan Allah yg amat indah di bumi OZ ni...

Alhamdulillah, Allah telah memberi kesempatan kepada ku n family untuk hadir sama menjayakan program Autumn Gathering 2009 yg dijalankan setiap tahun khusus utk pelajar baru.. (undergrad n postgrad yg sudi) Ia dianjurkan bersama MISSA dan ISMA.

Kehadiran memang mantap! Ramai yg hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memeriahkan suasana dan memberikan buah fikiran yg berguna..

Antara acara menarik seperti mana yg dikatakan sebelum ni memang sangat2 diperlukan.... Ilmu bermanfaat terutama cerita pasal Tamadun dan Sejarah Islam hasil ceramah mantap Dr Zaki yg penuh informasi, padat dan bermaklumat. Pastinya langsung tak sama dgn sejarah tamadun Islam yg kita dok belajar dulu.. Mana taknye time belajar dulu tak dikaitkan langsung antara Islam dalam Sejarah, dan sejarah dalam Islam.. So kita pun tak amik kisah sangat pasal zaman Khalifah yg penuh kegemilangan, kemajuan dan akhirnya tumbang dan hampir hilang ditelan tamadun barat yg penuh keduniaan dan penipuan... Lebih hina lagi, negara Islam terus dijajah, ditindas dan dinodai satu persatu dengan zalimnya hingga ke saat ini.. Lebih buruk lagi digelar terorist!
Masa nila kita perlu mengembalikan kegemilangan yg dulunya memang milik kita! InsyaAllah kitalah penggeraknya... Kegemilangan Islam yg dijanjikan Allah dan Rasulullah...

Ok la, tak reti nak citer panjang... so bagi gambar je la nak menjelaskan kehebatan dan semangatnya program terbabit.. Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada urusetia program terutama geng2 MISSA dan ISMA yg berjaya melaksanakan program dan mudah2an mencapai objektif program yg mantap dan bermutu tinggi itu! InsyaAllah ada rejeki kita ketemu lagi di thn hadapan!!

Gambar 1: Bergambar dengan Shila isterinya Asnan, sama2 mengidam dan memabuk...



Gambar 2: Ni peraduan baba.. Yaya n Adek tido dgn Ami kat kabin lain.. Hehe.. tak de khemah..




Gambar 3: Pandangan dari hutan ke arah peraduan pejuang lelaki...


Gambar 4: Selepas penat lelah melayan aksi Tressure Hunt dan War Games!! Penuh aksi dan stragegi dihutan tak tebal, tasik nak kering, rumput tak tumbuh... Gersang gitu..

Gambar 5: Acara terakhir menerima sijil simpanan tetap... Hehe macam terima sijil kursus kawin da.. Sijil penghargaan la...

Gambar 6: Jom makan, makan jom.. Acara tetap dan ditunggu2...

Gambar 7: Bergambar kali terakhir sebelum kami kembali ke Adelaide. Bakal menjadi pejuang Islam menegakkan kalimah Allah...

Tuesday, April 14, 2009

Autumn Ghatering 2009!! Longwood Camp, Adelaide Hills


Memang penuh dramatik, fantastic dan semangat membara!
Antara yg sangat menarik berlaku :
- Aktiviti menyusuri tasik, kawasan berbukit, dan hutan OZ.
- Kembali ke zaman Rasulullah dan Era Khalifah.
- Era kejatuhan keagungan Tamadun Islam yg tragis dan menyayat hati..
- Islam di tindas dan dijajah sehingga kini..
- Membina generasi Islam menyambung syariat suci..
- Dan banyak lagi...
Segala cerita selanjutnya akan dipaparkan tidak lama lagi.. tunggu..

Open House di Umah Atie Pasadena..

Program pas solat Jumaat lak.. Penat pagi tu belum settle lagi.. (picnic di St Kilda) Tp Alhamdulillah masih sihat untuk menghadiri perkumpulan geng2 Flinders Uni sempena cuti Easter di umah Atie n Alimi.. Ramai gak geng yg datang..
Kiranya kitorg paling jauh, n confirm paling last sampai. Yg penting dpt gak bersua dgn geng2 sambil makan dan minum dalam keadaan sejahtera.. Biasala isu2 yg dibangkitkan soal beli2 barang di Adelaide, jalan ke mana, keja cam ne, study cam ne, politik ape citer dan macam2 isu dalam dan dunia..
Lauk dia pun dasyat.. siap ada tom yam 2 citerasa yg berbeza. Mee goreng dan kuih muih.. Kawasan kejiranan kat situ dipelopori org2 tua OZ, so kitorg ni tak leh la happening sangat, nanti ada lak yg datang join sekali lak.. Maklumla anak2 diorg ni tak balik kampung, gi melancong agaknye, so, maybe teringin gak nak happening walaupun pening.. Hehehe.. tak macam Malaysia, asal cuti perayaan berduyun2 anak2 pulang ke kampung. Tradisi kat sini hanya di ari Natal.. Tu pun banyak yg g melancong..