Monday, January 19, 2009

Teman Sejati - Perjalanan Merentas Kehidupanku..

Mengimbau kembali nostalgia ketika mana mendengar lagu ni di kaca tv3, time tu zaman remaja tengah study di UPM. Rentak melodinya ala balada, sesuai bagi jiwa remaja masa tu. Citer pasal teman sejati, rasenya lagu ni masejnye takle terlalu berat, dan boleh diterjemahkan dalam pelbagai kisah mengikut stail dan mesej bagi pelbagai situasi


Yang pasti, lagu ni bagi aku amat bermakna. Permulaan bagi mendekatkan diri dengan nasyid dgn lebih serius, disebabkan aura lagu ni yg memikat dan memberi penuh mesej dalam perjuangan ketika mengharungi waktu2 pengajian.


Rentetan dari keterlibatan nasyid di universiti, dengan persembahan pentas di dalam dan kebanyakan ipt luar, mengendalikan konsert di peringkat uni, menyertai pertandingan peringkat ipt, pembikinan album, membuat latihan dan berusrah dan bertamrin sesama rakan nasyid memberikan sejuta senyuman dan kenangan. Teman sejati time tu rakan2 seperjuangan di uni.


Yang pasti setelah tamat pengajian degree di UPM aku mula melangkah dgn lebih serius dgn menyertai kumpulan yg dulunya memang aku respect gler lagu yg bermesejkan perjuangan, keamanan dan persahabatan ini. Di situ juga aku telah menemui teman sejatiku yg menjadi peneman hidupku hingga hari ini.


Menjadi artis, dari seorg yg meminati kepada diminati menjadikan kita kadangkala terasa cam hebat. Tp tula ujian Ilahi, makin kita disanjung, makin kita terasa riak dan lupa atas kuasa yg lebih hebat dari kita. Berkelana dari utara ke selatan semenanjung, ke Sabah, Singapore mahupun di Indonesia, menjadikan lebih ramai teman2 seIslam sama ada dari rakan nasyid seperti Snada dan Gradasi, kepada penganjur dan peminat yg masih setia bersama hingga hari ni. Mungkin ini teman sejati yg masih setia bersatu hati..


Tetapi langit tak selalunya cerah. Rupanya di kalangan rakan2 nasyid lain juga ada yg baik dan ada gak yg dengki. Manusia, walaupun imej Islam dgn membawa mesej kebenaran dan keinsafan, dalam hati tu Allah jua yg tau. Ada gak di kalangan rakan nasyid yg suka mendengki, tak mengamalkan apa yg dikata dan yang lebih buruknya suka membuat fitnah. Bukan nak membongkar cerita, tapi hakikatnya memang berlaku. Bila bergelar artis masing2 lupa akan matlamat diri. Time tu la kita tau sape teman sejati sapa teman tak jadi.


Tapi Allah telah menunjukkan jalanku... Jalan yg aku sendiri tak tau begini rupanya. Aku tak lg bergelar apa yg kadangkala org inginkan sangat. Jalan yg terdedah kepada fitnah dan kejahilan. Dunia hiburan yg bisa menumbangkan kita kalo tak kuat iman. Kepada rakan2 nasyid yang masih bertahan, nasihatku berjuanglah demi membawa mesej kebenaran dan keadilan dengan penuh keikhlasan. Jgn tumbang dengan sanjungan yg membuatkan dirimu terlalai, tp sebagai alat penyampaian kepada menuju jalan yang diredhai Allah.


Teman sejati, sinonimmu dalam perjalan kehidupanku. Pernah ku nyanyikan bersama rakan2 Brothers semasa persembahan di hampir seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia dan yang paling istimewanya iaitu pada hari perkahwinan ku, dan masih mekar hingga hari ni.. Moga isteri dan anak2ku masih ingat akan lagu dan lirik ini utk diabadikan didalam diri. Melakar sebuah perjalanan beronak duri, perjuangan ke jalan yang suci dan masih panjang ini.


* Show di suatu masa dulu, bersama teman2 seperjuangan, esklusif secara acapella.


No comments: