Friday, November 7, 2008

Solat Jumaat di Student Centre University of Adelaide

Abg Rusdi dah menyetelkan banyak perkara berhubung bayaran bil elektrik, telefon, internet, gas, sewa umah dan servis keta. Sume bil2 akan dibayar menerusi internet banking. Tak perlu ke post office. Macam kat Msia gak. Dihitung kira tak sampai AUD1500 bagi sebulan utk semua penggunaan ni.. Em.. rasanye leh kot dgn budget yg diberikan oleh KPT n UPSI.

So, kali ni ke Uni Adelaide nak settle dgn agen dgn pembuktian setiap bulanan bayaran umah yg akan dipotong secara terus menerusi akaun setiap bulan secara automatik. Tak perlulah nak online sentiasa. Diorg memang jaga pasal bayaran ni. Kalo betul cara kita membayarnya, maka tak le naik sgt sewa umah utk kontrak bagi tahun akan dtg. Kontrak umah leh dibuat sama ada 6 bln ataupun setahun. Kenaikan selalunya akan berlaku bagi kontrak baru. Seperti yg dimaklumkan range kenaikan dlm 5 ke 20 perweek..

K kat city ni ada 1 masjid yg betul2 masjid (bukannya bilik seminar yg dibuat masjid) yg agak besar. tp memandangkan tgh buat pengubahsuaian, maka solat jumaat hanya boleh dijalankan di Uni Adelaide. Kat Flinders Uni ada satu wt kat bilik seminar gak. Tp city ni agak ramai org Islam, so terpaksa 2 kali buat solat jumaat. Masa fix iaitu 1.30 dan 2.30ptg. Kalo tak dpt solat 1.30 sbb tak muat leh dtg lagi 2.30ptg. tak de la excuse tak dpt solat sbb tak muat.

Imam n bilal d City selalunya dikendalikan oleh student undergrad Msia. Manakala kat Flinders student Indon. Almaklumla kat Flinders ramai pak orgn2 mereka. Di Uni Adelaide n Uni SA ramai undergrad Msia. So memang tradisi kalo nengok imam n bilal memang muda2. Bagusla.. Satu kewajipan bagi seorang muslim.. Maybe pasni Babalim kena jd imam lak kat Adelaide.. Hehehe tu pun kalo tak de org lain la...

No comments: