Saturday, November 1, 2008

Semalam Babalim 2nd Time D Flinders University

Selama seminggu ni kali kedua selepas daftar pada hari Isnin lalu. Kali ni misi naik bas sendiri dari Bandar Adelaide ke Flinders. Kalau time peak hour guna tiket warna merah (mahal 2x ganda) iaitu sebelum kul 9 dan selepas kul 3. Dari 9-3 pm guna warna hitam (murah skt dlm AUD 7) kedua tiket ni leh dgunakan dalam 10 kali dgn mana2 bas. Sekali klik tiket leh tahan lama selama 2 jam. Maknanye kalo lum sampai 2 jam, 5 kali tukar bas pun tak pe.. Canggih gak

Kuar dalam kul 10am. Sampai kat bandar tak le sibuk sgt. Biasala minta abg Rusdi antarkan. So kat sane tunggu bas 210, atau 214, atau 216. Dan bila naik diorg memang beratur n kat dalam lak tak le sardin cam bas kita. Basnye pun bersih dan tak le panas sgt.

Sampai sana Babalim g ke OASIS Centre, tempat utk sesiapa wat program keagamaan. Kebetulan ada program Eng. conversation classes, kita pun join le sekali. Dlm masa sejam setengah banyak le bergaul dgn kengkawan baru dari Indonesia, Msia, Nepal n China. Sebelum tu ada call Abg Nazri, kira penghulu senior d Flinders. Tp dia ada urusan. Maka diberi kpd geng lain yg tak sibuk. Kebetulan Amirul pelajar Master pun ada, maka dia menunggu Babalim pas abis kelas utk berkenalan dgn kawan lain. Tunggu bersama dia Kak Aida dan sorang lagi, lupe da... Sempat gak bergambar dgn Pengarah OASIS Mrs .. hehehe lupe gak...

Amir le yg bawa jalan g sekitar Flinders, mendaftar n pinjam buku d library n mengenal flinders, termasuklah org yang bertanggungjawab menjumpai Adelaide. Nama penuhnya William Flinders. Dari situlah nama Flinders Univ diambil dan terdapat gak nama Flinders di sebuah kawasan antara pergunungan tercantik di dunia iaitu Flinders Range. Dptle amik gambo dgn Sir William Flinders ni...

Kat situ sempat le beli produk baju sejuk flinders yg clearence stocks. Dpt le dlm AUD30 sehelai. Kalo new dlm AUD 50 above maa... Kebetulan tengah sejuk mendung, maka memang kenala beli. Ari Jumaat kitorg bersembahyang bersma di OASIS, ada hall besar dlm tu. Rata2 indon ramai pak. Imam pun indon. yg kedua banyak dari Iran, n Msia dlm beberapa org je. Msia ramai org perempuan. SO bila berjumpa pas solat adalah dlm 4 org yg dpt berkenalan dan mengambil gambar. Zul dan abgnya yg membawa anak wat Master, Mutalib wat PhD n Amir td dgn masternye. Nanti akan babalim kenalkan mereka...

Amir ajak g city. Dia nak bawa ke tempat yg memang Babalim lum jalan lg secara catwalk. Sebelum ni Abg Rusdi hanya pusing2 dgn ketanya. Dan Jumaat adalah Halloween org sini.. Ada le beberapa hantu di bandar ptg tu... Hihihihi...

No comments: