Friday, February 27, 2009

Jorney 2 Piramid Giza n Mongolian Desert...

Sambil baca citer ni sila hayati lagu tema Indiana Jones ini....


Indiana Jones, satu watak hero yg memang menakjubkan, hasilan satira dari negara Barat, menyaksikan kecintaannya terhadap menjaga budaya dan khazanah alam untuk generasi mendatang, cukup menarik untuk diteladani..

Nak citer panjang pasal citer ni satu blog pun tak abis, sebab koleksi filem Spielberg yang hebat (dgn citer2 fiksyen terhebat seperti E.T. End of Wars, AI, etc..) ada dalam 4 episod, dan terakhir cerita pasal cari skeleton makhluk asing di Peru.. Aku memang cukup menabik salute spring hasil arahannya yg mantap dan bermutu tinggi ni. Kalo Malaysia nak wat citer cam ni, sepuluh tahun akan datang pun belum tentu boleh menandinginya. Tak tau nape...

Berbalik pada Indiana Jones (IJ), atau Dr. Jones pakar dalam bidang arkeologi (salah satu bidang kepakaran kajian khazanah purba dan budaya masyarakat silam) sebenarnya sangat menyayangi barang2 purba untuk dikaji dan disimpan untuk generasi akan datang.. Belajar dari kisah dan sejarah silam adalah sangat baik untuk dipelajari sebab tamadun lama yang hebat kemudian jatuh perlu juga untuk diketahui umum agar tidak berlaku lagi di masa akan datang.. Sebagaimana runtuhnya Empayer Uthmaniah dan Abasiyah, yang merupakan zaman kegemilangan Islam selepas Zaman Rasulullah dan Khalifah Ar Rasyidin menjadi pengajaran bagi ummat Islam untuk mengkaji dan mengambil panduan dari kisah tersebut.

So, penangan citer ni (setelah 2 minggu berturut2 pinjam kat BlockBuster 3 siri filem IJ) membuatkan anak2 ku terpukau akan kehebatannya melawan mereka yang rakus dengan kehidupan dunia dan kepentingan diri (kat Malaysia banyak kot). Watak baik sebagai hero berpendidikan, juga agak kelakar dan pintar untuk mengelakkan dari ditangkap dan dibunuh, bijak mentafsir tulisan purba dan menjawab pelbagai teka teki sebagai kunci membuka sesuatu rahsia membuatkan Yaya terutamanya suka menonton filem ni dan langsungnya ingin menjadi seperti IJ..

Barangkali kalau tak jadi pakar arkeologi pun, menjadi hero yang menyelamatkan negara dari kezaliman dan kemusnahan juga rasanya sudah cukup bagus untuk dijadikan sebagai cita2... Minatnya sehinggakan lagu tema IJ ni dah dihafal, memakai topi koboi dan aksi menghayunkan cemeti (salah satu senjata pertahanan diri dari ancaman).. Nanti akan ku pinjam siri terakhir Indi bersama anaknya pula yang mana kali ni ada kesinambungan dari kisah citer yang pertama dulu (tajuk citer tengok kat atas).. Nak tau citernye camne, pi beli (kalo kat Malaysia leh dapat yg bajakan- cetak rampok) atau sewa di kedai yang aku sewa ni kalo kat OZ murah je $8 5 dvd seminggu, sebab nak beli mahal beb, $25 atau 2nd hand dlm $16.. Ceh promosi lak..


Ok, edisi citer aku lak, ala2 IJ la ni...

Melangkau ke gurun di China, Monggolia (tak sempat jumpa bapa Altantuya-hehehe), di gurun OZ, Amerika Selatan dan di US, membuatkan kami sangat teruja melihat puluhan rangka raksasa cicak besar yang dinamakan dinosour. Dengan pelbagai spesis kami lihat sama ada terjumpa di atas daratan, dalam tanah berpasir, mahupun di dalam air, membuatkan kami takjub akan kehidupan mereka di zaman lampau yang tak terbayang dek akal kalau idup d zaman kini..

Allah menciptakan kehidupan itu sesuai dengan tabiat dan habitatnya.. So, zaman dulu memang sesuai la bagi dinosour tu.. Sekarang ni yang tinggal, kocik2 je la... Kalo besarpun cam gajah dan ikan paus yang masih taraf cam anak junior dinosour.. Tupun dah nak pupus sbb manusia gak...


Promosi citer, sila nonton Jurassic Park, 1-3, Spielberg punye citer gak (pinjam gak kat BlockBuster setelah bersama dgn cicak besar ni)... Memang best citer tu; sambil nengok tulang dinosour secara real mata kasar dan sangat kasar tulangnya tu...

Adek n Yaya dah puas dok gali cari telur dinosour yang besar2 belaka hampir menyamai ayam jantan remaja!! T-rex diakui binatang paling ganas time tu (cam rimau gak pd zaman ni) turut serta dipaparkan, dan sebagaimana diketahui bahawa kepala dia memang besar gler, senang nak telan orang dewasa cam makan peha ayam goreng sambil merobek2 dengan rakusnya... Nyam nyam... Fuh dasyat tu... Kalau idup bagus dibawa ke tanah haram Yahudi untuk T-Rex breakfast kat sana... Haha....
Kisah seterusnya lak....



Cukup menarik bila mana menceritakan akan kehebatan perjalanan menyusuri daratan padang pasir yang panas lagi membahangkan... berjumpa dengan si kala hitam yang membisakan... menyusuri bongkah2 runtuhan piramid yg besar2 belaka, tak tau dari mana asalnya, sangat menakjubkan.. Memang hebat kekuasan Allah yg dijelmakan dalam kisah Firaun dan makam2nya ini..

Aku bersama anak2 dan isteri terpaksa mengharungi dengan kepanasan pada kali ni di bawah par 40C ke makam terbesar di dunia sambil mencari saki baki mayat mereka di piramid Giza ini. Tapi bila masuk diruangan makam tu, memang menggerunkan.. Mana taknye kebetulan tak de orang kat situ, ditemani hanya patung2 besar dan tulisan berbentuk simbol2 Egyptian hieroglyphic , juga menggerunkan mumia orang dan binatang kesayangan mereka seperti kucing, ikan dan sebagainya, suram2 gitu, memang menakutkan...


Sempat gak melihat mereka dipembaringan (real beb) sambil disaluti kain yang dah direndam dengan bahan kimia yang membuatkan badan mereka tak mereput.. Tp agak cokat la sebab dah lama sangat, 4000 tahun lamanya usia mereka ni...



K, la kajian tak dapat diteruskan sebab time tu pintu akan ditutup.. Kalau dalam kisah IJ, setiap kali pintu sesuatu bilik tetiba nak tertutup sebab tertekan tombol jerangkap yang membolehkan mereka mati terhimpit, pastinya Indi akan berjaya keluar dengan bergayanya.. Tapi kitorg memang kuar bergaya walaupun setelah mensyaki ada satu bau dari pepes adek, yang menyepoilkan kami masuk kembali ke dalam tempat itu utk dibasuh saki baki 'khazanah' yg ada.

Kami sempat gak kuar dari tempat tu, menonton filem di sebuah Iglu itam memaparkan kisah filem pendek (sempena International Festival Film berlangsung di Adelaide) secara percuma menerusi paparan skrin berbentuk glob dari dalam iglu tu..Citer tah ape2 tah, boring tul..

Balik singgah jap gi beli pizza mantap pak Arab dan pulang ke rumah sambil menamatkan kisah hikayat purba kami di MUSEUM of SOUTH AUSTRALIA... The End...

No comments: