3 cite2 aku time tu:
1. Doktor
2. Askar
3. Bomba
Tak tau la nape aku suka sangat jd doktor. Maybe time tu citer pasal ER or citer pasal dr muda yg popular mase zaman tu membuatkan aku teringin sangat jadi doc. Askar dan bomba lak sbb pakaian diorg smart cam citer Gaban (ala2 cam power rangers gitu). Tp tu dulu punya fikir. Fikiran budak2..
Dan kita tak tau time tu dan time sekarang, sejauh mana langkah kita ni leh pergi, sejauh mana pula kemampuan kita boleh diperahi. Ada orang cakap "usaha tangga kejayaan" ada gak org cakap "rezeki di tangan tuhan". Dua2 ayat ni boleh diterima dan perlu sangat dipakai terutamanya kita sebagai orang Islam di mana perlu berusaha untuk beroleh manfaat di dunia mahupun di akhirat.
Tu la pasal, bila dipikirkan time sekarang ni, nak kata rase menyesal sebab tak belajar betul2 tak le pulak, nak kata dah belajar betul2 pun rase cam tak le berapa betul gak. Walaupun tak menepati citarasa mase zaman budak2 dulu, tapi jalannya Alhamdulillah agak menarik juga untuk disusuri. So, ape2 pun kehidupan kita kat dunia ni dah ditentukan tuhan dan kita patut mensyukuri nikmat yang kita dapat ni. Bak kata Mirwana, Takdir Penentu...
Lip lap dup dap, aku kat tanahair OZ ni dah menjangkau 4 purnama lamanya. Dan hakikatnya aku bukan berada di tanahair sendiri... Macam2 yg aku dah alami dan rasai kesejukan dan kehangatannya kat sini. Pahit maung, suka duka dirasai selalu. Terkadang rasa cam mimpi syair si para para. Mase aku dok belajar dulu kat sekolah ala2 kampung tu, memanglah sejibik cam dok dalam tempurung kelapa, maintain kat kawasan sendiri dari lahir sampailah bekerja. Tak tersangka dek minda untuk memikirkan semua yang dialami dulu dah berubah pula di sini, terbuka segala minda, terbongkar segala gundah gulana. Alhamdulillah aku bersyukur, nilah aturan hidup yang Allah tetapkan ke atasku dan keluargaku.
Kini, anak2ku mendapat manfaat setelah aku mengaji di sini dengan sistem pendidikan yang ada kat sini yang mereka juga bakal perolehi. Yaya dah school dekat 3 bulan di East Marden Primary School, Year 1 (government school). Alhamdulillah dia dah leh sesuaikan diri, dan seronok bersekolah walaupun masih 85% malay languagenye masih menebal.. Maybe sistem pendidikan dan persekitaran kat sini membenarkan dia untuk minat bersekolah, bersosial dan belajar dalam apa jua keperluan dan perkembangan dirinya.
Adek pun td dah di antar sekolah kerajaan iaitu Agnes Goode Kindergarten. Walaupun di peringkat awal kanak-kanak selama 2 jam seminggu je dok kat school tapi dia dah nampak bersedia untuk ke sekolah. Kindi ini dibuka adalah bertujuan untuk menyesuaikan kanak-kanak diperingkat awal umur 4 thn ke bawah dengan alam sekolah sebelum mereka menempuhi alam persekolahan sebenar ketika berumur 5 thn nanti. Adek atau nama sebenar Hamzi Hamsyari (nama di school Hamzi), 1st day dah jatuh ati dengan sekolahnya. Langsung tak nangis, apatah lagi nak mengada2 cam kat umah (mengetiak dgn aminye aje).
Dia sangat gentleboy, maybe ada awek cun yang juga menemaninya, Yasmin (anak Abg Nordin) membuatkan dia kawal dan berubah segala2nya. Tapi rasanya mungkin sebab persekitaran sekolah sini memang sangat kondusif dgn pelbagai alatan mainan, bilangan murid yang dihadkan dan peralatan belajar yang ceria lagi menggumbirakan.
Ingatanku ketika di sekolah tadika pun sekali lagi terimbau. Memang jauh sangat bezanya zaman dulu dan sekarang di dua negara yang memang sangat berbeza pun. Mungkin anakku di sini akan mula terfikir cita2 yang lebih canggih dan kontemporari daripada cita2 aku dulu. Maybe engineer, atau pakar jantung. Atau ahli politik? (Aku rasa sangat mencabar dan penuh liku dan arap diorg pikir 2 3 kali). Nak jadi artis, bagi aku rasa tak perlu, minat tak pe, kerjaya jangan. Banyak tribulasinya.. Nak jadi cikgu, pun ok gak, sbb antara yang nabi sarankan kerja.
So, pandai2 la diorg nanti nak bawa haluan sendiri. Aku dok bagi jalan. Tak nak lah dimewahkan dengan dunia, akhirat nanti terlupa lak. Tapi kalo nak jadi ulama ke, mufti ke, hafiz ke, memang aku alu2kan sangat.. Sejuk ati mak bapak korang nanti... Dulu teringin gak, tapi tak berapa cerdik ke arah tu..
Arakian, sekali lagi aku dok fikir menerawang, bagai burung terbang melayang.. mencari haluan idup di negara orang, memimpin keluarga ke jalang kebenarang... (ish buruk lak bunyinye)
No comments:
Post a Comment