Setelah kita dihamparkan dgn pelbagai kisah bencana yg melanda dunia, semakin hari semakin dasyat, menyerlahkan akan petanda bahawa dunia ini akan sampai ke penghujungnya. Antaranya paparan kisah pilu bencana maha dasyat seperti di Acheh akibat mega tsunami yg mengorbankan beratus ribu nyawa dan menenggelamkan hampir kesemua bandar Acheh dan tempiasnye telah menyerang beberapa buah negara termasuklah Malaysia.
Sesetengah negara terlalu sejuk dan yg tak pernah kena musim sejuk pun mendapat tempiasnye seperti di utara Thailand mendapat cuaca sejuk sehingga mencecah 14C tempias dari negara China. Begitu juga di negara musim sejuk yg menerima panas yg sangat tinggi seperti di US, n OZ sendiri sehingga mencecah hampir 50C (menyamai suhu di gurun). Ini menurut ahli sains adalah kesan daripada global warming dunia yg semakin tidak menentu dan tenat.
Bumi sudah semakin tua. Berjuta tahun usianya. Walaupun ada sebab segala bencana ini berlaku atas kealpaan dan karenah manusia juga, tetapi ia mencerminkan bahawa dunia sudah tidak dapat bertahan lagi. Dalam Quran juga menyebut bahawa satu ketika dunia akan tidak berfungsi seperti biasa, bintang akan keluar dari orbitnya, letusan dan gegaran berlaku di sana sini atas ketidak tentuan yg melanda bumi...
Maka melalui konsep beriman kepada hari kiamat dan semestinya di hari akhirat juga yang kebetulan disampaikan oleh Dr. Zaki pada usrah semalam, membuktikan bahawa dunia ini sudah hampir kepada penghujungnya dan kita wajib mempercayainya. Kita merupakan ummat nabi Muhammad yg terakhir, dan tiada lagi nabi selain Muhammad utusan Allah yg terakhir. Di situ membuktikan bahawa pengakhiran segala kisah di dunia ini berakhir dengan terhapusnya segala amalan manusia dan terjadinya kemusnahan dunia dan di hari Akhiratlah kita akan kekal abadi sama ada mendapat tempat di syurga ataupun di neraka (Nauzubillah).
Kalau nak cerita tanda2 kecil mahupun besar kiamat itu, terlalu banyak yg telah terjadi seperti mana disebutkan di dalam Al Quran. Walau ada di kalangan manusia yg mengandaikan ia seperti cerita dongeng, tapi hakikatnya ia tetap berlaku dan kita wajib beriman kepadanya dan bersedia. Sedia cam ne? Duk dalam tanah dengan kelengkapan makanan dan oksigen, atau membeli kapal terbang dan lari ke mana tempat yang selamat. Mane2 tempat di dunia ni pun tak kan selamat bila waktu kiamat itu tiba. Cuma bersedialah dengan amal soleh, sebab itulah bekalan hakiki kita di akhirat sana.
Walau kiamat akan berlaku esok hari, bln dpn atau 2012 (seperti yg diceritakan oleh sebilangan org berkenaan meteor besar melanda bumi) kita terpaksa menghadapinya, dan bekalan amalan kita itulah yang membawa kita ke akhirat sana (di barzah, di padang Masyar, dan dihisab amalan kita -Mizan, dan merentas titian).
So, bersedialah, buatlah amalan dunia dan akhirat dengan seadilnya. Bekerja seperti biasa, tetapi tingkatkan amalan. InsyaAllah, dalam apa jua keadaan yg melanda, yakinlah bahawa apabila kita mati nanti, dengan amalan soleh itulah yang akan membantu kita untuk dihisab di akhirat sana... Takbir!! Allahuakhbar!
Tukar site
14 years ago
1 comment:
paling bahaya kiamat kecil (mati). Yang ni selalu kita lupa.
Sibuk dengan anak...
Sibuk dengan isteri...
Sibuk dengan PhD...
Sibuk dengan kehidupan dunia...
gua nak tengok cermin jap... solat di masjid pun gua kantoi lagi... aduh!
Post a Comment