Tuesday, February 3, 2009

Panas Terlampau, Tapi Buahan Kami Tetap Menjadi

Adek yang tengah memanaskan badan cuba untuk memetik buah yang belum masak
Alhamdulillah setelah bertahan agak lama (dekat 2 minggu) dengan musim panas agak terlampau di sini, akhirnya kami boleh adapt atau dalam bahasa malaysia kuno alah tegal biasa. Maka dengan apa jua keadaan panas sekalipun, kami memikirkan itulah kelebihannya duk di sini, yg tak semua org akan merasainya tapi kami dapat menikmati aromanya..

Dan kami juga memikirkan bahawa ada lagi negara lain yg lebih dahsyat gler dari kami. Musim panas kami di sini sebenarnya hanye winter sahaja di Utopia (kawasan Afrika dkt gurun sana). Kalo summer lu pikirla sendiri (60C > bagi jawapan gak la).

So, bak kata pepatah, musim panas di negara orang, musim durian di negara sendiri (rindunye durian Bangi) Keunikan yg kami lalui di sini rupenya ada petanda bahawa ada gak yang menarik utk dirasai. Mana taknye di belakang rumah tu ada pelbagai jenis buahan termasuklah buahan jiran. Lemon, peach, epal dari umah kitorg dan apricot n anggur tu dari umah jiran menyubur dengan jayanya. Lemon dan peach masih menunggu masa untuk dipetik. Epal dan anggur dah ada yg dipetik n dimakan begitu saja.



Banding buah epal kitorg kat kiri dan kanan tu yang beli kat Woolli.. Tp sayangnye nak busuk



Lemon dalam usaha untuk meranumkan diri bertukar menjadi kuning. Atas gambar lemon tu gambar peach lum masak .

Sementara anggur dan apricot dia lak, leh amik atas permission Mr. Athos (sekali dengar mase berkenalan dulu Ass**** da.. mujur dia paham kita tak berapa clear dia punye pronunciation. Three Musketeers punye nama watak hero baru kita paham. Orang Itali tp dah lama bersara. Rumah dia memang klasik build in sejak 1890). Maka bila2 masa kami leh amik sebab sebelah pagar je, guna tangan kami jolokkan.. Memang mantap, sedap dan menawan..

Nila dia anggur buah jiran sebelah Mr. Athos. Banyak gler, tak larat nak petik. Apricot dah tamat musimnye, pun tak berapa sangat kitorg nak makan

Hilang segala rindu raja buah durian from Malaysia.. Walau bagaimanapun ada penghuni rumah yg tak leh makan sangat buah2 tersebut kecuali lemon... Tak pela, bagi burung makan nampaknye kalo berbuah lebat... Sebab den pun hanye leh layan epal n anggur je.. Hehehe...

1 comment:

Skin said...

seronok ada kebun kt belakang rumah.. kt sini ada cubaan nk tanam daun kesum, serai tp x jadi..