Monday, March 2, 2009

Gathering Muslim Malaysia Terbesar di Adelaide..


Adelaide City, 28, Feb, 2008 - Satu pertemuan besar-besaran telah berlangsung dengan hebatnya di Adelaide City, dan dikecikkan tempatnya di Rymill Park bersebelahan dengan Rundle Park dan Park Lands. Kawasan itu dikenali sebagai kawasan ber'park', maka ramailah orang hadir disitu untuk park dan mele'park'.

Suasana tak berapa panas menyelubungi kawasan tersebut yg dianggarkan hampir 234 org penuntut pelbagai bidang undergrade dan postgrade beserta keluarga dan anak2 menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut merupakan majlis perjumpaan bersama sahabat baru dan lama juga disertakan sekali dengan pendaftaran ahli baru MISSA (Malaysian Islamic Society of South Australia)

Antara program menarik majlis tersebut adalah ucapan Bro Faruk berkenaan MISSA, makan beradab antara satu sama lain, makan BBQ, makan potluck dan makan lagi... Majlis diakhiri dengan taklimat program usahasama dengan Uni Adelaide, Fak Kejuruteraan buat pelajar2 engine yg minat menceburi bidang tersebut sebagai tambahan ilmu n pengalaman..

Program yang bermula jam 9.30pg bagi Postgrade, dan 11.00pg undergrade, telah berjaya dilangsaikan segala makanan yang ada dalam jam 2ptg.. Program tersebut disudahi dengan mengemas2 segala sisa2 yang ada dan dibuang ke tong sampah sedia ada. Jika tidak, penalti akan dikenakan kepada pihak terbabit walaupun tak memerlukan permitpun. Yang penting aman sentosa.. Begitula yg kita endaknya, kebebasan untuk berjumpa dan bersuara - Sumber Tak Bernama...

No comments: