Saturday, November 1, 2008

Semalam Babalim 2nd Time D Flinders University

Selama seminggu ni kali kedua selepas daftar pada hari Isnin lalu. Kali ni misi naik bas sendiri dari Bandar Adelaide ke Flinders. Kalau time peak hour guna tiket warna merah (mahal 2x ganda) iaitu sebelum kul 9 dan selepas kul 3. Dari 9-3 pm guna warna hitam (murah skt dlm AUD 7) kedua tiket ni leh dgunakan dalam 10 kali dgn mana2 bas. Sekali klik tiket leh tahan lama selama 2 jam. Maknanye kalo lum sampai 2 jam, 5 kali tukar bas pun tak pe.. Canggih gak

Kuar dalam kul 10am. Sampai kat bandar tak le sibuk sgt. Biasala minta abg Rusdi antarkan. So kat sane tunggu bas 210, atau 214, atau 216. Dan bila naik diorg memang beratur n kat dalam lak tak le sardin cam bas kita. Basnye pun bersih dan tak le panas sgt.

Sampai sana Babalim g ke OASIS Centre, tempat utk sesiapa wat program keagamaan. Kebetulan ada program Eng. conversation classes, kita pun join le sekali. Dlm masa sejam setengah banyak le bergaul dgn kengkawan baru dari Indonesia, Msia, Nepal n China. Sebelum tu ada call Abg Nazri, kira penghulu senior d Flinders. Tp dia ada urusan. Maka diberi kpd geng lain yg tak sibuk. Kebetulan Amirul pelajar Master pun ada, maka dia menunggu Babalim pas abis kelas utk berkenalan dgn kawan lain. Tunggu bersama dia Kak Aida dan sorang lagi, lupe da... Sempat gak bergambar dgn Pengarah OASIS Mrs .. hehehe lupe gak...

Amir le yg bawa jalan g sekitar Flinders, mendaftar n pinjam buku d library n mengenal flinders, termasuklah org yang bertanggungjawab menjumpai Adelaide. Nama penuhnya William Flinders. Dari situlah nama Flinders Univ diambil dan terdapat gak nama Flinders di sebuah kawasan antara pergunungan tercantik di dunia iaitu Flinders Range. Dptle amik gambo dgn Sir William Flinders ni...

Kat situ sempat le beli produk baju sejuk flinders yg clearence stocks. Dpt le dlm AUD30 sehelai. Kalo new dlm AUD 50 above maa... Kebetulan tengah sejuk mendung, maka memang kenala beli. Ari Jumaat kitorg bersembahyang bersma di OASIS, ada hall besar dlm tu. Rata2 indon ramai pak. Imam pun indon. yg kedua banyak dari Iran, n Msia dlm beberapa org je. Msia ramai org perempuan. SO bila berjumpa pas solat adalah dlm 4 org yg dpt berkenalan dan mengambil gambar. Zul dan abgnya yg membawa anak wat Master, Mutalib wat PhD n Amir td dgn masternye. Nanti akan babalim kenalkan mereka...

Amir ajak g city. Dia nak bawa ke tempat yg memang Babalim lum jalan lg secara catwalk. Sebelum ni Abg Rusdi hanya pusing2 dgn ketanya. Dan Jumaat adalah Halloween org sini.. Ada le beberapa hantu di bandar ptg tu... Hihihihi...

Thursday, October 30, 2008

Ari Ni Cari Produk 2nd Hand

Ari ni kuar mengenal jalan lain lak. Kebetulan nak wat bank statement nak bagi agen umah sbg bukti kita ada akaun yg kukuh nak bayar sewa umah nanti. G le ke Uni Adelaide sambil nak copy sijil kat bilik peribadi Abg Rusdi n g sekali Bank SA. Senang je nak statement, cakap alasan ape n terus wat on d spot. Tak yah isi borang. Nak amik duit pun cam tu gak. Tunjuk pasport n terus dpt. Tak yah isi borang. Kebetulan kad ATM lum dpt wat cara ni pun ok je, tak ramai org pun. PAs tu online banking kat situ gak.









Pas tu kami menghala ke Utara mencari jejak 2nd Hand produk yg banyak gak kat Adelaide ni. Dari produk elektrik, ke barang2 dapur, pakaian, n buku sume jual alahai murah giler babun. Babun pun tak tahan nengok... Antara yg popular di sini spt kedai Colour King Furniture n Electric (produk elektrik n perabot) n Salvos(produk pakaian dan barang keperluan harian) Tp tetap nampak baru n berkualiti. Pendek kata memang berpatutan. Pas tu singgah gak umah Abg Nordin tak jauh dr umah kitorg. Simple 2 bilik tp cantik gak dari luar. Anak dia 4 org n ada pembantu from Msia jaga anak dia.. Citer pasal golf dgn abg Rusdi. Tp den tak minat... HEHEHE

Ptg tu balik dpt la surat 1st dari Bank SA debit VISA student card. Leh le guna kuar duit atau swipe card beli barang nanti... Pemberitahuan berkenaan duit dlm bank kpd Kerajaan Aust pun settle wat online je, dptla dikecualikan cukai sbb kita student. Kalo tak baya banyak lak nanti... Ok utk hari ni.. Esok pg nak try g FLinders Uni naik bas lak.... Dah 3 hari tak g uni sejak daftar ari isnin lalu.. NAk settle rumah dulu beb... Tunggu le esok...

Cegu Yaya Ada Demoloni( Mogok x naik gaji)


Ari ni Yaya masuk cam biasa. Cuma dia ada aktiviti kelas tanpa cegu. Cegu muda2 ari ni sampai 12 pm pegi dpn Parlimen mogok naik gaji. Yg tua tak kisah sangat. Yg penting ada gaji. Maybe ngajar ni susah tu yg tak berbaloi kot. Then yaya n d geng main bersama sampai cegu dtg kul 12 nanti. Ni dah masuk 3 kali diorg mogok. Arap naik la gaji mereka ni.
Tp ptg tu amik cam biasa...
Dan mereka kembali ceria pulang n sambung main lagi kat belakang umah yg ada pokok tomato, anggur, lemon, epal n plum....

Mama kawan Adi (merangkap kawan Yaya) nak Dtg Umah!!






Kenala vakum sikit umah.. Biasala dah ramai budak ni memang berselerak le umah. Abg Rusdi kata jarang ada kawan Adi or Idah datang umah. Maybe bcoz diorg dh nak balik Msia, nak berkenalan le kot.










Yaya ok bile balik school. Ami yg dtg g amik dari perkarangan school dlm 3.15pm. Masuk 8.45am. Bila pulang tu gumbira la mereka berpimpin tgn termasukla Matthew kawan Adi n Mama dia Mrs Wendy Rupenya dia pun ada pertalian darah cina dari bapanya. Cuma Matthew ni kuat lagi muka omputeh dr kecinaan.. Pijin n adik Pijin Afina pun dtg sekali. Ramai gak le kat umah tu dgn riuh rendah bdk2 bermain dan bersuka ria.










Mrs Wendy ni lawa orgnya. Anak2 dia pun kiut miut. Mix Aust n Cina, tembam2 lagi, menampakkan keciutan yg agak ketara. Yg menjadi ikatan cina antara mereka (Adi, Yaya, Pijin dan Matthew) mereka ada keturunan cina.. Nampak le gak kecinaan mereka melainkan si Matt ni. Borak2 dgn Mrs Wendy yg ada 3 anak ni, asal Sydney. Suami dia minister church kat Adelaide.. Tp tak dtg pun sibuk layan kat dlm tu kot. Ok borak dgn dia. Dptla babalim n ami sara berkenalan dgn mak kepada kawan Yaya ni... Org berbudi kita berbahasa

Makanan Halal di Adelaide

Pas anta Yaya, pg tu Abg Rusdi ajak cari makanan halal, terutama daging di Adelaide.. Ada beberapa tempat yg menjual daging halal kat sana. Majoriti penjualnya org Arab. Dan dagingnya tak le mahal sgt berbanding kat Msia. Terutama daging lembu dan kambing.. Sbb sini banyak..

Mula2 kitorg g bandar jap, abg Rusdi tunjuk beberapa tempat yg perlu kami tau sebelum nak jln sendiri nanti terutama tmpt jual brg2 keperluan harian. Kemudian singgah ke water vending machine yg merupakan air galian dari gunung jenama the bottle O. AUD1 leh dpt hampir 18 liter air. Saja je abg Rusdi beli kat situ alang-alang sampai. Sbb air paip kat umah tu pun leh minum sebenarnya. Siap drive thru nak beli air kat sini.


Pas tu kami singgah di kedai AHaM Meat Delights 1 km dr bandar yg memang terkenal gak di kalangan org muslim kat sini. Ami n adik pun ikut skali. tp sbb adik tido, Babalim n Abg Rusdi je la yang kuar beli daging. Abg Rusdi sefamily makan daging ayam n lembu. Babalim selambe je beli daging burung unta, kambing n lembu nak wat grill. Pak arab tu cakap burung unta wat grill sedap.. Tak sabar nak masak nanti. Kedainya simple jual daging yg dipamerkan di dpn cermin. Kita cuma tunjuk n dia timbang dpn kita n bayar. Burung unta tu lebih murah dari lembu. Tak pernah makan, then tak salah le try



Pas tu, kami ke

Yaya 1st day at School

Memang rasa cam tak caya lak nengok Yaya akan school ari ni kat AstroRia.. Dia kat tadika UPSI pun ada reputasi susah masuk kelas, apatah lagi bile berhadapan dgn mat saleh yg bagi dia mcm makhluk asing berwarna putih dan berambut perang bersuara pelik itu nanti. Pack lunch Babalim dah beli semalam. Leh tahan gak harganye dalam AUD14.99. Tp memang cantik n kemas produk tu.. Ubat asthma dia pun kena bawa gak. Dan semua satu school dah kenal Yaya dgn panggilan slang mereka, YAA YAA.. Hehe. Ada nama dia appear kat ubat lelah
YAYA ABDUL.. Kelakar tul!!


Apa yg akan Yaya bawa adalah seperti gambar di bawah ni:













Dia akan makan time breakfast, tea, n lunch. Macam tak kenyang je nengok apa yg dia bawa ni.. Tp dia dah biasa pose, so tak jd masalah kot...
Pg tu Kak Ani masak roti canai. Adi n Idah memang suka makan roti canai. Diorg ni memang taste Msia. Tak makan pizza maupun Western food. Nasb la yaya n adik leh terima. So sepanjang 2 minggu kami menumpang mandi n makan n tido d umah Abg Rusdi, makanan Msia yg akan kami rasa..

Dipendekkan citer, sampai kat office kami tunggu jap Mrs Larrie. Then kat sana kami di sambut Mrs Larrie, Deputy Principle yg agak besar tp cute orgnye dan Adi sekali. Mula2 letak beg Spiderman yaya kat sudut tepi nampak ok. Beg bdk2 tu memang ada tmpt gantung khas kat luar kelas. dlm tak ade kipas or aircond coz memang dah sejuk pun. Tp bila nengok Mrs Thorpe sedang wat Circle Time bersama Adi, Pijin n lain2, n diorg lak nengok Yaya, mulala si mamat ni rasa cuak n nak kuar kelas.. Teruk gak memujuk, marah dgn suara yg minima, dgn janji manis akan beli PS 2 pun tak makan gak.



Tah macam mana kebetuan Mrs Thorpe tgh wat kreativiti frog gunakan paper n stationary lain babalim ajak adik duk kat meja belakang sekali. Ada sorang ibu yg mengendalikan sesi bacaan bersama kanak-kanak. Sorg2 akan dilihat bacaan mereka. Ada 2 org semuanya.. Memang hari2 ada je contribution dari parent. Kat luar kelas pun ada sorang yg wat cam tu.. Jd bila Yaya dah nampak safe sikit, mulala dia duk sebelah adi.




Ami lak terpaksa balik nak bagi makan ubat adik. So, babalim le terpaksa temankan Yaya duk di belakang. Then, babalim amikla material yg nak wat frog tu. Cegu mmg dah sediakan utk Yaya. Pas tu babalim minta Yaya duk dgn kengkawan di sebelah ujung kerusi kosong. Cegu minta Yaya duk dgn Adi biar dia rasa selamat skit. Dah ok, puas menggunting, menampal dan steppler, diorg akan pamerkan hasilnya di ujung belakang kelas. Pas tu ada makan sikit. Makan buah. TOlongla amikkan pisang Yaya n dia makan separuh. (besar lho pisang dia). PAs ni kata cegu ada aktiviti luar n wajib pakai topi. Tu polisi school kalau main luar. Sbb bahaya terdedah dgn sinaran matahari yg kadang kala leh cecah lebih dr 30C.

Bila diorg wat circle time sekali lagi, n Yaya dah nampak ok dgn cegu, maka babalim sepantas kilat mengeluarkan diri dari kelasnye. Mmg cara tu yg dibuat selalu bila kat tadika UPSI dan terbukti berkesan

Citer pasal school Yaya ni agak glamer gak. Smlm baru pas live kat tv9 Adelaide, pasal Water Tank, satu projek menyimpan air bagi menampung hujan dlm musim kemarau. Diorg ada wat kaji cuaca n gotong royong membersihkan taman n persekitaran school. tp smlm yaya lum school, tak de la muka dia kat tv... Hehehe.. Apa yg penting, kerjasama!!

Tuesday, October 28, 2008

4th days in Adelaide

Macam2 citer gak hari ni. Nak membiasakan diri dgn negara org, budayanya, cuacanya, persekitarannya, membuatkan kita jadi spt budak baru belajar. Nasibla tuhan tunjukkan jalan ada gak saudara seislam dari Msia, abg Rusdi yg kiranya penghulu di University of Adelaide membantu kami hampir 100%. Dari citer pasal rumah dan kelengkapannya, kereta, study, jalan dan peta, apa jua kedai barang, keta, klinik, dan everything, advisor tetap kami tak lain tak bukan Abg Rusdi n Kak Ani. Walaupun berlainan Uni, tp dia tak kisah nak nolong. Kengkawan dari FLinders lum lagi yg bertanye khabar. Kedutaan apatah lagi. Hehehe...




Pg tu bawa yaya g school belikan baju n suar. Saiz 4 paling kecik dan tula yg agak panjang sikit Yaya pakai. Tp ok le.. Tak le besar sgt baju n suar tu. Bayar terpaksa guna Visa bcoz duit lum clear lagi dlm Bank of South Australia.. Nasib baik leh guna Bank ISlam babalim.. Kalo tak, utanggg... hehehe
















Pas tu abg Rusdi ajak aktiviti mengecam jalan lak. Abg Rusdi memberikan peta kpd Babalim dgn harapan dptla cam nanti cam ne nak g supermarket, g kedai tayar, kedar servis dll. Memang membantu le gak guna map ni. Cume kena ada co-pilot bila bawa keta. Kang terbabas or terlanggar keta org lain, naya je. Sekali sedang nak parking kat kaki lima Asian Supermarket, keta Abg Rusdi terbabas sikit langgar divider jalan. Nampak ok tayar. So kitorg pun carile apa jua kelengkapan barangan makanan harian di dlm tu. Kedai tu Chinies punye. Tp PR sane kot. Siap perkenalkan Babalim dgn cashier tu. maybe Abg RUsdi ni regular customer. Apa yg ada kat Msia, panjang kata ada kat situ. Cume kicap kegemaran Yaya je tak de iaitu Abhal 'Kipas Udang' manis. Kicap ABC from Indon ada dia tak berapa berkenan sgt.. Sabo je la..


Pas tu sedang nak membalikkan diri melalui jalan lain (proses pengecaman jalan) sekali ada sesuatu berbunyi. Rupenye tayar sudah pancit da.... Nasib Abg Rusdi ada card RN, macam AAM. Dia maleh nak nukar tayar yg totally lost tu. Ada card call je la.. Sementara nunggu tu tengok kat sungai bawah tu. Tak le kotor dgn sampah sgt, tp herannye batu je ada.. Sekali airnye tak de. Abd Rusdi kate dah 2 minggu tak hujan, kemarau. Tp angin sejuknya melekat gak kat tulang walaupun pakai baju panas. Mcm nak ujan tp memang langit cerah tak de awan n angin sejuk je yg dtg. Lama gak nunggu RN tu dtg. Babalim amik keputusan nak berjalan ke rumah yg lebih kurang dlm 1km je lg. Yaya pun ok je ikut sama.. Sambil jalan apa lagi amik gambarla nengok rumah2 yg cantik dan mcm2 style. Siap British style, moden style, traditional n mcm2 lagi. Kawasan memang bersih dan kemas. Sekali mase jalan tu terserempak anjing jenis Bulldog 2 ekor besar gler.. Nasible dlm umah. Terperanjat gak... Tp Alhamdulillah sampai gak ke umah











Ada appoinment nak jumpe Principle Yaya nak interview kitorg pasal family background n knowing each other. Kira tak sempat nak rehat n mandi pun (mentang2 le sejuk n tak berpeluh) jd g je school. Smpai sane jumpe office suh jumpe Mrs... (lupe lak) sekali jumpe memang dia sgt ramah. Yaya akan replace Adi. So Yaya akan masuk kelas Adi. Kira tak le dia segan sgt dgn cegu Mat Saleh tu nanti. Sekali citer dekat 2 jam le beboraknye. Mengisi borg agak banyak, tp dia bagi guideline.. Cume dlm menulis kenala bercurita.. Umur Mrs ni dlm 63 thn tp nampak mcm akhir 40an.. Awet mude kot.. dan dipendekkan citer bila nak confirmkan yg Yaya ada sikit asma, dia pun terpaksela minta kitorg sediakan 1 puff kat school. so nak dptkan kat farmasi cam tu je tak leh kalo tak de priskipsi Dr. Kenala jumpe Dr lak kat Brooke Medical Centre tak jauh dr umah.. Tp esok Mrs.. tu kate boleh anta school dgn laporan Dr n puff tu sekali. Jumpe Dr tak leh cam tu je. Kena wat oppoinment. School yg tolong callkan.. alahai mcm2 hal

Ptg tu dgn bantuan Abg Rusdi Babalim n Yaya je g. Ami jg adik yg masih tak sihat. G school td memang satu family dtg. bile borak lama, yaya n adik dah tido.. Selambe je kitorg borak. Sekali sekala adik lak batuk2. Cian dia tak kebah2 baik batuk n demamnye.. K sambung g jumpe Dr T Mogendren (apa tah nama dia) from India. Sekali dah wat appoinment tunjuk kad dari school, tunggu punyela lama. Tak le ramai patient. Klinik dia pun ubahsuai rumah je. Tp nampak canggih gak le. Yg bestnye Dr yg entertain kita masuk dlm bilik dia. Admin jg pejabat je. Bila dia tanye sakit ape, kita katala nak puff je. Tak le periksa sgt. Cume nak confirm ada ke tak. Dia pun tekan internet gak nengok simptom athma ni.. KElakar tul. Dpt je priskipsi kitorg kenala g farmasi atau chemist kat dgn Woolworths. Puff bayar utk 2 dlm AUD19 je. Yg mahalnye consultancy Dr tu, cot cet cot cet AUD49. Ceh! APa da...


Balik tu Babalim dah penat sgt.. Tak rehat dr pagi. Pas solat Asar (dah tak leh jama' lebih 3 hari) terus tido.. Bdk2 still aktif main di padang... n d end of this story, hari ni banyak gak info n pengalaman yg kitorg dpt. Esok lak bermulanya Yaya school kat obesi. Dulu taska kat UPM, tadika kat UPSI, sek rendah lak kat Adelaide.. wah hebat tu... Harap2 cam tu le....