Friday, February 27, 2009

Jorney 2 Piramid Giza n Mongolian Desert...

Sambil baca citer ni sila hayati lagu tema Indiana Jones ini....


Indiana Jones, satu watak hero yg memang menakjubkan, hasilan satira dari negara Barat, menyaksikan kecintaannya terhadap menjaga budaya dan khazanah alam untuk generasi mendatang, cukup menarik untuk diteladani..

Nak citer panjang pasal citer ni satu blog pun tak abis, sebab koleksi filem Spielberg yang hebat (dgn citer2 fiksyen terhebat seperti E.T. End of Wars, AI, etc..) ada dalam 4 episod, dan terakhir cerita pasal cari skeleton makhluk asing di Peru.. Aku memang cukup menabik salute spring hasil arahannya yg mantap dan bermutu tinggi ni. Kalo Malaysia nak wat citer cam ni, sepuluh tahun akan datang pun belum tentu boleh menandinginya. Tak tau nape...

Berbalik pada Indiana Jones (IJ), atau Dr. Jones pakar dalam bidang arkeologi (salah satu bidang kepakaran kajian khazanah purba dan budaya masyarakat silam) sebenarnya sangat menyayangi barang2 purba untuk dikaji dan disimpan untuk generasi akan datang.. Belajar dari kisah dan sejarah silam adalah sangat baik untuk dipelajari sebab tamadun lama yang hebat kemudian jatuh perlu juga untuk diketahui umum agar tidak berlaku lagi di masa akan datang.. Sebagaimana runtuhnya Empayer Uthmaniah dan Abasiyah, yang merupakan zaman kegemilangan Islam selepas Zaman Rasulullah dan Khalifah Ar Rasyidin menjadi pengajaran bagi ummat Islam untuk mengkaji dan mengambil panduan dari kisah tersebut.

So, penangan citer ni (setelah 2 minggu berturut2 pinjam kat BlockBuster 3 siri filem IJ) membuatkan anak2 ku terpukau akan kehebatannya melawan mereka yang rakus dengan kehidupan dunia dan kepentingan diri (kat Malaysia banyak kot). Watak baik sebagai hero berpendidikan, juga agak kelakar dan pintar untuk mengelakkan dari ditangkap dan dibunuh, bijak mentafsir tulisan purba dan menjawab pelbagai teka teki sebagai kunci membuka sesuatu rahsia membuatkan Yaya terutamanya suka menonton filem ni dan langsungnya ingin menjadi seperti IJ..

Barangkali kalau tak jadi pakar arkeologi pun, menjadi hero yang menyelamatkan negara dari kezaliman dan kemusnahan juga rasanya sudah cukup bagus untuk dijadikan sebagai cita2... Minatnya sehinggakan lagu tema IJ ni dah dihafal, memakai topi koboi dan aksi menghayunkan cemeti (salah satu senjata pertahanan diri dari ancaman).. Nanti akan ku pinjam siri terakhir Indi bersama anaknya pula yang mana kali ni ada kesinambungan dari kisah citer yang pertama dulu (tajuk citer tengok kat atas).. Nak tau citernye camne, pi beli (kalo kat Malaysia leh dapat yg bajakan- cetak rampok) atau sewa di kedai yang aku sewa ni kalo kat OZ murah je $8 5 dvd seminggu, sebab nak beli mahal beb, $25 atau 2nd hand dlm $16.. Ceh promosi lak..


Ok, edisi citer aku lak, ala2 IJ la ni...

Melangkau ke gurun di China, Monggolia (tak sempat jumpa bapa Altantuya-hehehe), di gurun OZ, Amerika Selatan dan di US, membuatkan kami sangat teruja melihat puluhan rangka raksasa cicak besar yang dinamakan dinosour. Dengan pelbagai spesis kami lihat sama ada terjumpa di atas daratan, dalam tanah berpasir, mahupun di dalam air, membuatkan kami takjub akan kehidupan mereka di zaman lampau yang tak terbayang dek akal kalau idup d zaman kini..

Allah menciptakan kehidupan itu sesuai dengan tabiat dan habitatnya.. So, zaman dulu memang sesuai la bagi dinosour tu.. Sekarang ni yang tinggal, kocik2 je la... Kalo besarpun cam gajah dan ikan paus yang masih taraf cam anak junior dinosour.. Tupun dah nak pupus sbb manusia gak...


Promosi citer, sila nonton Jurassic Park, 1-3, Spielberg punye citer gak (pinjam gak kat BlockBuster setelah bersama dgn cicak besar ni)... Memang best citer tu; sambil nengok tulang dinosour secara real mata kasar dan sangat kasar tulangnya tu...

Adek n Yaya dah puas dok gali cari telur dinosour yang besar2 belaka hampir menyamai ayam jantan remaja!! T-rex diakui binatang paling ganas time tu (cam rimau gak pd zaman ni) turut serta dipaparkan, dan sebagaimana diketahui bahawa kepala dia memang besar gler, senang nak telan orang dewasa cam makan peha ayam goreng sambil merobek2 dengan rakusnya... Nyam nyam... Fuh dasyat tu... Kalau idup bagus dibawa ke tanah haram Yahudi untuk T-Rex breakfast kat sana... Haha....
Kisah seterusnya lak....



Cukup menarik bila mana menceritakan akan kehebatan perjalanan menyusuri daratan padang pasir yang panas lagi membahangkan... berjumpa dengan si kala hitam yang membisakan... menyusuri bongkah2 runtuhan piramid yg besar2 belaka, tak tau dari mana asalnya, sangat menakjubkan.. Memang hebat kekuasan Allah yg dijelmakan dalam kisah Firaun dan makam2nya ini..

Aku bersama anak2 dan isteri terpaksa mengharungi dengan kepanasan pada kali ni di bawah par 40C ke makam terbesar di dunia sambil mencari saki baki mayat mereka di piramid Giza ini. Tapi bila masuk diruangan makam tu, memang menggerunkan.. Mana taknye kebetulan tak de orang kat situ, ditemani hanya patung2 besar dan tulisan berbentuk simbol2 Egyptian hieroglyphic , juga menggerunkan mumia orang dan binatang kesayangan mereka seperti kucing, ikan dan sebagainya, suram2 gitu, memang menakutkan...


Sempat gak melihat mereka dipembaringan (real beb) sambil disaluti kain yang dah direndam dengan bahan kimia yang membuatkan badan mereka tak mereput.. Tp agak cokat la sebab dah lama sangat, 4000 tahun lamanya usia mereka ni...



K, la kajian tak dapat diteruskan sebab time tu pintu akan ditutup.. Kalau dalam kisah IJ, setiap kali pintu sesuatu bilik tetiba nak tertutup sebab tertekan tombol jerangkap yang membolehkan mereka mati terhimpit, pastinya Indi akan berjaya keluar dengan bergayanya.. Tapi kitorg memang kuar bergaya walaupun setelah mensyaki ada satu bau dari pepes adek, yang menyepoilkan kami masuk kembali ke dalam tempat itu utk dibasuh saki baki 'khazanah' yg ada.

Kami sempat gak kuar dari tempat tu, menonton filem di sebuah Iglu itam memaparkan kisah filem pendek (sempena International Festival Film berlangsung di Adelaide) secara percuma menerusi paparan skrin berbentuk glob dari dalam iglu tu..Citer tah ape2 tah, boring tul..

Balik singgah jap gi beli pizza mantap pak Arab dan pulang ke rumah sambil menamatkan kisah hikayat purba kami di MUSEUM of SOUTH AUSTRALIA... The End...

Yahoo.com..


Alhamdulillah aku kembali eppy ceria hari ni..


Tepat jam 12.15 pm waktu Adelaide, akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan aku bagi literature review (kira nadi gak la bagi thesis) setelah hampir 3 minggu gak nak menyiapkannya (sebenarnye seminggu lebih je. separuh minggu lagi dok kerjakan umah, anak2 n berjalan2 sini sana)... Padan muka, nasib baik tak le last minute sangat.. Kerja tu aku bagi pakai email, nak sms tak muatla pulak..


Aku pun tak pasti, ape yg aku buat ni betul2 memenuhi standard ISO kedua supervisor aku yg memang dasyat ayat2 cinta mereka. Maklumlah, budak baru belajar, tulisan tak sehebat mana, insyaAllah dalam proses pembelajaran (banyak kursus sem ni yg aku nak join bagi mantap baik punye thesis nanti)


Yang pasti beberapa minggu ni banyak bersengkang mata sampai ke 2-3 pagi, mencari fakta2 yang sesuai dan bermutu tinggi dalam kebanyakan jurnal yg kupilih bagi melayakkan diri untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisanku.. Hampir 30 jurnal setakat ni yg aku dah masukkan... Tp masih banyak lg yg belum ku review lagi.. InsyaAllah dalam masa 2 bulan ni arap2 okla termasuk sekali proposal utk dibentangkan kepada reader committee


Apa yang menariknya, kajian ni menjadi lebih terbuka terutama dalam membincangkan isu2 berkenaan gender dalam pendidikan..(bila da mau citer) nantila dulu.. aku masih lagi kepenatan.. pg tadi tido 4 jam je, bangun2 dok layan yaya siapkan diri n breakfast, n lunch box 2 school.. Nasib baik Ammi agak gagah sikit tolong gak...


Alhamdulillah perkembangan Ammi n baby dak ok sikit walaupun mlm tadi dah start air terjun dari kerongkongnya... Keluarla segala isi alam lauk di dasar perutnya ke lantai shower.. Aku tukang basuh la... Cian dia, mujur tak pitam..


Okla.. aku akan menidurkan diriku sebentar lagi.. Journey 2 Museum akan disambung malam ni.. Ceritanya macam Indiana Jones... Tunggu 2nd time k (Sedap theme song ni)

Thursday, February 26, 2009

Resepi idup ceria n bahagia di dunia dan akhirat...


lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya di dunia

1:wajah yang cantik

2 duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..


senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari utk akhirat.

kata nabi saw:

“siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan

siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan

barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan

siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan

barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”

‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’

Sumber: Hadith soheh...

Tuesday, February 24, 2009

Pengembaraan di Mesir dan Mongolia!!



Saksikan pengembaraan penuh tragis lagi sadis, mencari saki baki peninggalan purba, Mumia di Mesir, dan rangka T-Rex di Mongolia... Citernye menyusul nanti...

Indiana Jone 5: D Over heat journey

Perlawanan Hebat, Bertenis di Melbourne Open...

Aku gagahkan langkah, walaupun hari minggu menjelma, segala2nya demi sebuah keazaman..

Aku pasrah kalau kalah, aku akur kalau berdengkur, dan aku tabah walaupun rebah...

Sebuah perlawanan yang aku sendiri tak pasti akan kemampuanku,


Raket Pro Kennex yang agak tak baru yg baru gak di beli di Sunday Market mase jalan beli buah dengan Baba minggu lepas dgn harga yg cukup tak mahal, $10 je...

Kemampuanku akan diuji, adakah bisa memenangi perlawanan hebat ini, atau tersungkur rebah di lantai sepi..

Antara pemain hebat yang telah beraksi di Wimbledon Open tu, semuanya product Malaysia (Ada sorang atok OZ, tupun datang training)


1. Din - Memang hebat mamat ni, penah join Adelaide Open (time tu dia lawan 1st game kalah tapi alasan kuat, panas sangat time tu kul 2.30ptg). Pukulan servis dan balas consistent.. taraf 1.5 bintang tiga.

2. Abd Zai - servis slow motion tp mengelirukan, pandai buat org eppy walaupun pihak lawan di ambang kekalahan

3. Jabbar - pun hebat dengan servis maut ala2 Federer, yang pastinya banyak yg sangkut or out.. yg penting pukulan canteek!!

4. Aie - pukulan balas yg hebat, tp time servis napa raket melayang beb.. sampai retak reket mu.. (maybe sbb injured tangan tak berapa nak gengam)

5. Zam - memang mantap kalau pukul, sekali sekala kencang gler, sampai tak leh amik sebab terkeluar. Penah gak terkeluar terus dari jaring yang memagari gelanggang itu

6. Pemain tambahan Atok OZ - memang best, terhibur nengok gaya permainan sambil merepek2 dia cakap.. Tp cool dan masih tahan lama.. Cheers!

7. Dan aku selaku pemain amatur - memang amatur sungguh, terkeluar dari pagar atau out, atau servis net, atau apa2la.. semuanya tu aku..

Hohoho.. yang dikatakan perlawanan hebat tu sbb main time pagi, hebat sanggup bangun pagi ujung minggu semata2 kerna main tenis. Yang dikatakan Melbourne Open lak, dekat dgn Melbourne street dan open courts, terdedah pada kepanasan tapi tak terlampau sangat..

Melbourne Open!! Wat aku berkobar2 utk menunjukkan aksi terbaikku di minggu hadapan.. raket kena asah lagi nampaknye..



Peperangan di Gaza, Mirip Peperangan di Badar


Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza .

Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, benar2 nampak dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh.

Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya. Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa2 yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta2 kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah swt dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor2 pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat sebuah rumah dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena ke rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: "Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu" di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah swt menolong dan mengabulkan doa mereka.

Masih pada pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari kami merasa takut. Namun tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta2 kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada. Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahwa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta2 kebal Israel . Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, "carilah tempat yang lebih aman". Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; "tetaplah berada di tempatmu". Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta2 kebal Israel itu.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada "orang" yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.
Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal is sudah 20 hari terbungkus.

Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah saw meski orang-orang kafir dan munafik benci.

Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar2 Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahwa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih.

Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang2 tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

Wahai warga Gaza , para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah

Saturday, February 21, 2009

Cemas... Gemuruh... Berderau... Seramnya Jalan di Regency Road..

Cuba perhatikan gambar di balik pokok bersebelahan dengan lampu itu... Tak de ape2 sebenarnya.. Hahahaah..(Gambar hiasan keta abg Nordin mase datang ke umah kitorg sempena Mama n Baba datang ke Adelaide)


Episod Terakhir....

Peristiwa ni sebenarnya aku tak nak citer, tp sbb sebagai panduan bersama rakan2 di Adelaide atau yang sedang menggunakan jalan raya rasenya baik gak diceritakan buat peminat semua (ceh macam artis la pulak)..

Minggu lepas tatkala aku menghadiri usrah di umah Dr Budin melalui jalan Regency Road, time tu dah nak masuk senja gak.. Biasalah usrah kul 7mlm, dtg awal gak 7.10 baru kuar.. Memang rush gak dgn gear 4 ala2 Adelaide drift.. Tetiba aku tergamam bila mana..

Hehehe...

Nanti dulu, citer yg hampir sama pada hari ni tanggal 21 Feb, hampir jam 7.05mlm melalui jalan yang sama, tetiba aku sekali lagi tergamam bila mana...

Hehehe..

K la, aku citer la ni. Yang minggu lepas tu Tetiba aku tergamam bila mana.... ada road block da... Aku Cemas... Gemuruh.. Berderau... Seramnye di Jalan Regency Road... Manataknye 1st time nak merasai disoal jawab polis, takut gak kalo lain ditanya n lain dijawab, tak pasal2 ingat aku mabuk lak. Diorg wat ujian alkohol da... Banyak gak keta ditahan untuk disoal nafas mereka berbau kencing jin atau kencing kuat(hahaha, maksudnye penipu la)..

Tp Alhamdulillah aku tak kena, masa que keta utk soal bau, keta semua dah penuh park tepi, so aku terlepas.. Kalo ikutkan tak perlu risau pun sebab complete ada roadtax n lesen mandu yg tak tamat tempoh. Cume maselahnye lesen made in Malaysia ni tak sempat nak translate da... Kata kawan kalo tak translate, kena tahan bayor $500... Ada lak penah kena tahan, nengok lesen, lepas lak..

Yang penting aku lepas n tenteram ke usrah... Citer lak time tu pasal menghormati ibu bapa. Bestla utk amalan menjadi baba n mak yg soleh di negara mat salleh...

Tapi yg kedua ari ni memang betul2 Cemas... Gemuruh.. Berderau... Seramnya di Jalan Regency Road... Aku memang bergegas agak cepatlah dari OG road melalui simpang ke Regency Road. Mase follow keta depan (warnanya putih, jenisnya same like my car dude) kuar simpang tiga, aku memang perasan ada keta kat kiri jalan besar tu warna putih.. Tp rasenya cam jauh lagi..

Pas aku lepas jalan, sekali dia hon dr belakang da.. Macam tak puas ati je. Nengok rear mirror 2 mamat muda OZ sorang botak sorang berambut. Dia deras potong aku n masuk line aku.. Cemas gler, sbb cara potong tu macam marah je. Aku time tu bawa bebudak gi fardu ain kat umah Faruk. Risau lak kalo dia stop tetiba..

Nasib dpn tu ada simpang 4 n dia belok ke kiri. Aku nak terus ke umah Faruk. Tapi tetiba dia berhentikan kete dia sementara kat tepi jalan... Dan tetiba....

Hehehe.... Bolehkah aku sambung citer ni di minggu hadapan...

K la, sebab aku tak nak simpan lama2 citer bertaraf 18 STBG (Seram Tak Berapa Ganas) dalam kalbuku, so aku citerla dgn lapang dada...

Dan tetiba..... aku dapati dia telah mengeluarkan tangan kanannya sambil menghulurkan jari hantunye (time tu seram gler sebab pakai jari hantu, memang hantu mamat tu), pahamla dia pun rupenya minat korek idung pakai jari tu... Hahaha...

K la selamat la aku kali kedua ni menghantar Yaya n Adek, then gi usrah... (Berkat usrah kot, aku terselamat)

Usrah kali ni citer pasal anak soleh, Alhamdulillah pengalaman menjadi anak (arap2 soleh la) kepada kedua ibubapaku selama 30 thn dan mendidik anak hampir 6 thn (26Mac genap 6 thn) maka perlu sangatlah mengetahui, mempelajari, dan mengamalkannya sebab tu bekalan kita kat akhirat nanti. Saham doa dari kita utk kedua ibu bapa kita bilamana mereka sudah tiada di dunia, dan bekalan kita doa dari anak kita juga bila mana kita pula tiada di dunia..

So, sebagai akhir kepada citer kali ini, berhati2la di jalan raya, tak kirala jalan Regency Road ke, apa2 road la. Termasuklah road tax kenala renew cepat2, jgn nanti dah tahan polis rupenye kita terlupa nak renew.. Pandu Cermat, Jangan Cemast!

Wednesday, February 18, 2009

Burung Terbang Melayang, Aku Fikir Menerawang...

Teringat time aku sekolah rendah dulu, cegu bagi 3 pilihan nak jadi ape bile besar nanti. Aku memang time tu tak tau sangat pasal cite2 ape aku minat, yg penting best n orang ramai suka, so terpikir menerawang pasal keja2 popular yg cegu dok selalu tulis dan lukis kat papan hijau (sekarang dah guna white board, tp still ade guna bhn primitif tu).
3 cite2 aku time tu:
1. Doktor
2. Askar
3. Bomba


Tak tau la nape aku suka sangat jd doktor. Maybe time tu citer pasal ER or citer pasal dr muda yg popular mase zaman tu membuatkan aku teringin sangat jadi doc. Askar dan bomba lak sbb pakaian diorg smart cam citer Gaban (ala2 cam power rangers gitu). Tp tu dulu punya fikir. Fikiran budak2..

Dan kita tak tau time tu dan time sekarang, sejauh mana langkah kita ni leh pergi, sejauh mana pula kemampuan kita boleh diperahi. Ada orang cakap "usaha tangga kejayaan" ada gak org cakap "rezeki di tangan tuhan". Dua2 ayat ni boleh diterima dan perlu sangat dipakai terutamanya kita sebagai orang Islam di mana perlu berusaha untuk beroleh manfaat di dunia mahupun di akhirat.

Tu la pasal, bila dipikirkan time sekarang ni, nak kata rase menyesal sebab tak belajar betul2 tak le pulak, nak kata dah belajar betul2 pun rase cam tak le berapa betul gak. Walaupun tak menepati citarasa mase zaman budak2 dulu, tapi jalannya Alhamdulillah agak menarik juga untuk disusuri. So, ape2 pun kehidupan kita kat dunia ni dah ditentukan tuhan dan kita patut mensyukuri nikmat yang kita dapat ni. Bak kata Mirwana, Takdir Penentu...

Lip lap dup dap, aku kat tanahair OZ ni dah menjangkau 4 purnama lamanya. Dan hakikatnya aku bukan berada di tanahair sendiri... Macam2 yg aku dah alami dan rasai kesejukan dan kehangatannya kat sini. Pahit maung, suka duka dirasai selalu. Terkadang rasa cam mimpi syair si para para. Mase aku dok belajar dulu kat sekolah ala2 kampung tu, memanglah sejibik cam dok dalam tempurung kelapa, maintain kat kawasan sendiri dari lahir sampailah bekerja. Tak tersangka dek minda untuk memikirkan semua yang dialami dulu dah berubah pula di sini, terbuka segala minda, terbongkar segala gundah gulana. Alhamdulillah aku bersyukur, nilah aturan hidup yang Allah tetapkan ke atasku dan keluargaku.

Kini, anak2ku mendapat manfaat setelah aku mengaji di sini dengan sistem pendidikan yang ada kat sini yang mereka juga bakal perolehi. Yaya dah school dekat 3 bulan di East Marden Primary School, Year 1 (government school). Alhamdulillah dia dah leh sesuaikan diri, dan seronok bersekolah walaupun masih 85% malay languagenye masih menebal.. Maybe sistem pendidikan dan persekitaran kat sini membenarkan dia untuk minat bersekolah, bersosial dan belajar dalam apa jua keperluan dan perkembangan dirinya.

Adek pun td dah di antar sekolah kerajaan iaitu Agnes Goode Kindergarten. Walaupun di peringkat awal kanak-kanak selama 2 jam seminggu je dok kat school tapi dia dah nampak bersedia untuk ke sekolah. Kindi ini dibuka adalah bertujuan untuk menyesuaikan kanak-kanak diperingkat awal umur 4 thn ke bawah dengan alam sekolah sebelum mereka menempuhi alam persekolahan sebenar ketika berumur 5 thn nanti. Adek atau nama sebenar Hamzi Hamsyari (nama di school Hamzi), 1st day dah jatuh ati dengan sekolahnya. Langsung tak nangis, apatah lagi nak mengada2 cam kat umah (mengetiak dgn aminye aje).

Dia sangat gentleboy, maybe ada awek cun yang juga menemaninya, Yasmin (anak Abg Nordin) membuatkan dia kawal dan berubah segala2nya. Tapi rasanya mungkin sebab persekitaran sekolah sini memang sangat kondusif dgn pelbagai alatan mainan, bilangan murid yang dihadkan dan peralatan belajar yang ceria lagi menggumbirakan.

Ingatanku ketika di sekolah tadika pun sekali lagi terimbau. Memang jauh sangat bezanya zaman dulu dan sekarang di dua negara yang memang sangat berbeza pun. Mungkin anakku di sini akan mula terfikir cita2 yang lebih canggih dan kontemporari daripada cita2 aku dulu. Maybe engineer, atau pakar jantung. Atau ahli politik? (Aku rasa sangat mencabar dan penuh liku dan arap diorg pikir 2 3 kali). Nak jadi artis, bagi aku rasa tak perlu, minat tak pe, kerjaya jangan. Banyak tribulasinya.. Nak jadi cikgu, pun ok gak, sbb antara yang nabi sarankan kerja.

So, pandai2 la diorg nanti nak bawa haluan sendiri. Aku dok bagi jalan. Tak nak lah dimewahkan dengan dunia, akhirat nanti terlupa lak. Tapi kalo nak jadi ulama ke, mufti ke, hafiz ke, memang aku alu2kan sangat.. Sejuk ati mak bapak korang nanti... Dulu teringin gak, tapi tak berapa cerdik ke arah tu..

Arakian, sekali lagi aku dok fikir menerawang, bagai burung terbang melayang.. mencari haluan idup di negara orang, memimpin keluarga ke jalang kebenarang... (ish buruk lak bunyinye)

Adek School??

Ketidak sabaran adek menahan sebak kerana akhirnya berjaya ngaji di pondok kindergarten di Adelaide bersama Afrina kiri, dan tengah Yasmin (awek adek kot.. hehe)

Citer n gambar selanjutnya akan ditayangkan malam ni.. Tak sempat nak karang, manyak kije lain nak wat.. TUnggu ya...

Tuesday, February 17, 2009

Seminggu Bertemu, Akhirnya Berpisah Buat Sementara..


Setelah seminggu mama dan baba bersama kami di sini, memasak bersama, berjalan bersama, berBBQ bersama, berketambol bersama, berjumpa dengan kengkawan seAdelaide, menapak menunggu RAA muncul, menghantar Yaya ke sekolah, bermain2 bersama anak beranak di belakang umah dan macam2 la kenangan manis bersama, tatap menjadi pojaan kami di sini. Moga dengan seminggu mereka berada di sini, terubatlah segala kerinduan buat kami di Malaysia

Segala perencah masakan telah difrosenkan. Kiranya kalo nak merasa masakan Malaysia selama sebulan bekalan dibuat dan kami bisa merasainya lagi. Dari nasi beriani, hinggalah sambal belacan kami dah ada stock. Alhamdulillah bolehlah merasakannya sebab susah gak nak buat sendiri kalo tak berapa expert tang makanan tradisi Malaysia yang kaya dengan rempah ratus dan perencah.

Ahad petang, jam 3.30 baba n mama pulang. Sempatlah diberikan kata2 peransang buat aku yg dok belajar, peransang gak buat Sara yang tengah mabuk lagi tu, buat Yaya n Adek tak nakal n rajin2 belajar cakap omputeh n solat. Arap2 kami kat sini sejahtera hendaknye. Biasalah, ibu bapa mana tak risaukan anak, lagi2 kat perantauan ni. Tapi InsyaAllah kami akan terus harunginya hingga ke titisan darah terakhir, bak kata Dato Seri Nizar..

Henley Beach, tp ombak tak selalunya lancar..


Pagi Khamis, angin yg segar, awan yang berarak kecil, siap2 la semua nak berlepas ke Henley Beach. Biasala konon nak memagar ketam di waktu pagi, tp macam2 lagi dok tak sempat siap, arap petangla dpt dilakukannya kerja murni tu. Air pasang dijangkakan jam 7am or 7pm, so amikla yg petang sbb ketam time tu tengah berlabuh di gigi air.

Nak jadi citer, rupenye keta teron lampunye, tak tutup rapat bonet (pinjam keta Abg Nordin, MPV Mazda). So bateri pun kong. Nasib baikla pagi tu baru dpt surat, kad RAA macam AAM yg melayakkan aku menghubungi mereka utk mengecasnye. Tunggu tak sampai 30minit, settle gak keja walaupun aku dok kelam kabut nak idupkan enjin.. Siap kena sound mamat RAA tak reti ke pasal keta.. Nasib baik aku bagi alasan keta kawan, memang tak reti.

Sampai kat sana rupenye dah nak petang. Kul 2 pas makan, dan main pasir bersama adek n Yaya, layan Yaya mandi, dan solat, maka pas tu kitorg pun gi atas jetty utk mengcrabing.

Dengan menggunakan tulang ayam sebagai umpan kami dgn tawakal Alallah mencampakkan pukat khas ke dlm air sampai ke dasar sambil talinya diikat di kayu pelantar. Memang time petang sedang nak pasang. So arap banyakla ketam yang berkumpul.

Tunggu punye tunggu, dah rasa giveup gak sbb tarik pukat sekali tak de da.. Dalam 15 menunggu akhirnya dapat lak sekor. Time tu dah termotivasi utk meneruskan pemukatan.. Dan dipendekkan citer dalam masa sejam hampir 20 ekor kami dapat. Siap bagi 2 budak OZ 4 ketam, katanya nak bela.

Sebenarnya tak besar mana pun ketam yg kami dapat tu. Adalah dalam 5cm badan dia, macam anak2 kecik je lagi. Kalo ikutkan kena 10cm baru leh bawa balik. Entam je la, teringin nak makan sangat.

Ramai gak dok tengok kami. Bangga pun ada cam profesional lak, sbb asyik dapat je ketam tiap kali dicampak ke dalam air. Tp rupenya ada lagi yang lebih expert. Sorang mamat Itali, dok OZ yg menggunakan kepala ikan laut sebagai umpan. Sekali campak n tarik kuar mak air sebesar DVD pirate from Malaysia dia punye badan. Yang kecik2 dia campak balik dlm laut. Memang besar dan hebat.

Kitorg dekat sejam lebih, menarik diri dan keluar dgn selamba.. Macam banyak dpt tp bila orang tanye, memang dah banyak dapat.. Coverline la kang tak lulus bawa kuar

Sekali bila nak balik minyak keta rupenye dah abis. Ingatkan sempat nak refill kat petrol pump. Kenala mencari kat sekitar tu dgn isian semula menggunakan botol pepsi 1.25 liter. Rupenye tak cukup. Telefon sekali lagi RAA, dan sejam lebih kemudian baru dtg dan dgn bangganya cakap keta abis minyak dan dia refill 8liter bayo $10 (mahal le sikit)... Cadangnya nak memancing kat West Lake, banyak ikan kat situ. Pancing pun dah bawa. Tak de rejeki, menunggula sehingga mentari melabuhkan tirai malam di bumi Henley Beach. Sunsetnye memang mantap!!

Cantik sungguh ciptaan tuhan, Alhamdulillah semuanya berjalan walaupun tak lancar, tp ati tetap gumbira. Malam tu kami mengfried crabs, crunchy, gigit makan sampai habis semua tulang belulangnye... Eh adeke tulang?

Perutku Memulas.. Mohon Permisi Jap..

Adus perut ku
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."
"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!
"Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Sunday, February 15, 2009

Sedikit Report Dari Meja Studyku...

Pagi anta yaya school, yang bestnye Tok Ba n Tok Ma dia ikut sekali anta. Malu sikit Yaya

Ha.. nampaknya tajuk aku di atas perlulah lebih universal. Maksudnya di sini jgn dok citer bebanyak pasal aku n family berjalan. Terkadang itu perlulah dimasukkan juga progressku berkenaan study di sini yg mana tu yg menjadi tunjang utama aku di sini..

Begini ceritanya....
Aku bertemu dgn supervisor buat kali yg tak keberapa pada tanggal 11 feb 08, bersamaan ari Rabu tepat jam 1.30pm. Aku membawa sekali familyku (tanpa Yaya sbb school) dan kedua org tuaku (mertua) ke Flinders Uni sambil menikmati panorama indah di sana sambil berpicnic makan tengahari.

Bergegas ke bilik Prof Kay sambil menunggu ku jua Dr Susan pakar pendidikan awal kanak-kanak. Mereka berdua nilah supervisor ku yg sangat prihatin atas segala kerjaku selama ni yg tak le sehebat mana pun.. Almaklumlah wat PhD yang sangat kritikal dan memerlukan penelitian yg tinggi dan bermutu lagi berdaya maju.

Mereka telah memberikan komen2 membina atas hasil kerjaku selama ini yg kadang kala agak kurang cermat dan sempat untuk dipersembahkan kepada mereka. Tapi mereka tetap gumbira atas progress ku yg mana memenuhi keperluan thesis terhadap apa jua pendekatan dan penemuan baru dalam kajian. So, biasala, ada la beberapa cadangan untuk penambahbaikan seperti penemuan buku n jurnal terpilih, pembetulan ayat dan rujukan, tips2 utk kelancaran kerja dan sebagainya.
Bermain bersama adek tatkala pulang dari school.. Epy mereka berdua ni......

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma aku dok risau gak couple of weeks tugasan diberi arapkan hasil yg memberansangkan dimana bukan sahaja siap utk literature review, malahan methodology utk dilakukan kajian nanti. Harapanku agar semuanya berjalan lancar..

Thursday, February 12, 2009

Berita di Adelaide yang agak sejuk...



Alhamdulillah walaupun agak kepenatan hampir seminggu berulang alik ke Tea Tree sempena mengecheck baby yg dok aktif dlm perut amminye, dan minggu ni plak sibuk dgn membawa jalan mama n baba yg baru sampai dari Sydney (dah seminggu gak kat sana ada tugas) memang agak sibuk gak..

Kesejukan yg melanda di bumi Adelaide dlm masa beberapa hari sebelumnye amat menggumbirakan kami utk membawa mereka ke pelusuk Adelaide yg tak le sesibuk mane berbanding kat bandar OZ lain, tp banyak tempat yg menarik yg boleh diziarahi. Setakat ni dah bershopping di Gepps Cross, berBBQ di belakang umah, berbelian di Asian Supermarket n Budget Meat, melawat kanggaroo di Gorge Wildlife Park, dan berpicnic di Flinders Uni Park.

Ari ni Insya-ALlah akan meneruskan xpdc di Henley Beach dan Tea Tree Plaza, dan esok akan bersama rakan2 yg dekat berBBQ episod 2 di belakang umah lagi. Dan ari Sabtu ke South Australia Museum dan promosi sikit ke Swinging Bowl serta ari Ahad sekali lagi ke SUnday Market sebelum mereka terbang pada malamnye ke Malaysia.. Begitula seminggu mama n baba di Adelaide yang kebetulan agak sejuk pada kali ini sebelum panas akan melanda pada minggu hadapan.. Masih panas gak di Perak...

Friday, February 6, 2009

Citer Paling Lawak Yang Pernah Aku Dengari Selama Ini.. SAKsikanla!

bukan kata malaysia, perak pun boleh kalahkan brazil

Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!

Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! )

Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit - minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!

Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.

nak baca citer sambungannye nengok laman bernas ni:

http://nikabduh.wordpress.com

Thursday, February 5, 2009

Ingatkan kat Adelaide je Panas, Rupenye...

Kepanasan adek tahap cipan laut.. Lihatlah bukan saja tak dapat pertahankan diri dengan tak pakai baju, malah kerusi pun dia tak nak duduk.. Panas! Panas! (Hiasan gambar)

Yaya pun panas gak.. Tak nak duk kat kerusi panas yang pastinya diingin orang tertentu. Beraircond sambil melayan PS2.. (Gambar berhias)

Tula, bak kata orang kaya yang zalim, ada duit semua boleh jadi. Bak kata pemerintah yang zalim, ada kuasa semua boleh jadi. Bak kata orang kepanasan, ada aircond semua boleh sejuk..

Kepanasan di Adelaide, kalo betul2 panas, nah! 4oC ke atas bisa merasai bahangnya. Tp kalo di Malaysia, khususnye di Perak, nak panas kena lebih 28C (cerusi).. So, dengan kepanasan itu rasenye macam dah nak dpt kot, tapi caranya yg agak panas gak, dgn wang ringgit maybe dalam jutaan RRM (Ringgit Rakyat Malaysia)boleh terlaksana perancangan jahat ni...

Em... tak nak bercerita pasal panas di Malaysia sebenarnye.. Tp sebab aku terasa sangat panas di sini, air mata pun dah tak kuar sebab panas dalam dan luar. Maka dengan rasminya kita juga melaksanakan jihad total (seperti mana di Palestin) mengutuk kekejaman tahap maksimum atas segala perancanaan jahad ala2 Yahudi di bumi Perak yang tak panas, tapi panas... Allah Maha Besar!!

Tuesday, February 3, 2009

Panas Terlampau, Tapi Buahan Kami Tetap Menjadi

Adek yang tengah memanaskan badan cuba untuk memetik buah yang belum masak
Alhamdulillah setelah bertahan agak lama (dekat 2 minggu) dengan musim panas agak terlampau di sini, akhirnya kami boleh adapt atau dalam bahasa malaysia kuno alah tegal biasa. Maka dengan apa jua keadaan panas sekalipun, kami memikirkan itulah kelebihannya duk di sini, yg tak semua org akan merasainya tapi kami dapat menikmati aromanya..

Dan kami juga memikirkan bahawa ada lagi negara lain yg lebih dahsyat gler dari kami. Musim panas kami di sini sebenarnya hanye winter sahaja di Utopia (kawasan Afrika dkt gurun sana). Kalo summer lu pikirla sendiri (60C > bagi jawapan gak la).

So, bak kata pepatah, musim panas di negara orang, musim durian di negara sendiri (rindunye durian Bangi) Keunikan yg kami lalui di sini rupenya ada petanda bahawa ada gak yang menarik utk dirasai. Mana taknye di belakang rumah tu ada pelbagai jenis buahan termasuklah buahan jiran. Lemon, peach, epal dari umah kitorg dan apricot n anggur tu dari umah jiran menyubur dengan jayanya. Lemon dan peach masih menunggu masa untuk dipetik. Epal dan anggur dah ada yg dipetik n dimakan begitu saja.



Banding buah epal kitorg kat kiri dan kanan tu yang beli kat Woolli.. Tp sayangnye nak busuk



Lemon dalam usaha untuk meranumkan diri bertukar menjadi kuning. Atas gambar lemon tu gambar peach lum masak .

Sementara anggur dan apricot dia lak, leh amik atas permission Mr. Athos (sekali dengar mase berkenalan dulu Ass**** da.. mujur dia paham kita tak berapa clear dia punye pronunciation. Three Musketeers punye nama watak hero baru kita paham. Orang Itali tp dah lama bersara. Rumah dia memang klasik build in sejak 1890). Maka bila2 masa kami leh amik sebab sebelah pagar je, guna tangan kami jolokkan.. Memang mantap, sedap dan menawan..

Nila dia anggur buah jiran sebelah Mr. Athos. Banyak gler, tak larat nak petik. Apricot dah tamat musimnye, pun tak berapa sangat kitorg nak makan

Hilang segala rindu raja buah durian from Malaysia.. Walau bagaimanapun ada penghuni rumah yg tak leh makan sangat buah2 tersebut kecuali lemon... Tak pela, bagi burung makan nampaknye kalo berbuah lebat... Sebab den pun hanye leh layan epal n anggur je.. Hehehe...

Sunday, February 1, 2009

Penangan Tenis Australia Open Minggu Ini

Td tepat jam 11.45pm waktu Adelaide, maka berakhirlah selama seminggu lebih serkit grand slam tenis di Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne. Esklusif dibawakan khas dari tv7 OZ. Berlangsung hampir 4 jam lebih di antara Roger Federrer lwn Rafael Nadal, perlawanan penuh dramatik dan hebat gitu.

Mantap tak mantap, setiap servis purata kelajuan dalam 180 - 190kmj. Mak ai memang mantap dan laju gler, tak larat kalo nak maintain struggle cam tu selama 4 jam... Dan kalau nak banding beza dgn stamina rakyat Malaysia, memang jauhnye kelaut dalam yg bergaung2 gema alam...

Yang pasti, kita yang menengoknye merasakan terhiburlah.. nak jadi setanding mereka, bagai kisah fairy tales, sang kedembai dengan iron man.. tak kan bolehnye.. Diorg training sejak kecik lagi. Tu bile main, leh kuat stamina dan maintain performance.

Citer pasal training ni, pg tadi dah start dah buat kali kedua main suka2 dgn geng2 di Adelaide ni. Konon nak bangun jam 6am, semangat gler, walaupun tak de raket, pinjam orang. Kira pagi tadi kalo buta pas subuh tak le panas sangat (walaupun suhu hari ni max 40C) Sekali malam semalam blackout kejap membuatkan kitorg tak tertido sangat dan telah menjadi petanda bahawa pagi ni kelewatan bangun akan berlaku.. So, terlepaslah buat kali kedua bersama rakan dan taulan berpegang raket, bermain ala2 servis Faderrer, dan backhand Nadal.

So, kengkawan setenis sekalian, tunggu kemunculan ku minggu hadapan. Kalo ada raket murah or offer from garage sales, akan ku beli dan kita bisa main bersama2. Maafkan akan ketidak hadiran ku pagi tadi. Kita akan berhitung di minggu hadapan!!

Petanda Duniakan Berakhir....

Setelah kita dihamparkan dgn pelbagai kisah bencana yg melanda dunia, semakin hari semakin dasyat, menyerlahkan akan petanda bahawa dunia ini akan sampai ke penghujungnya. Antaranya paparan kisah pilu bencana maha dasyat seperti di Acheh akibat mega tsunami yg mengorbankan beratus ribu nyawa dan menenggelamkan hampir kesemua bandar Acheh dan tempiasnye telah menyerang beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Sesetengah negara terlalu sejuk dan yg tak pernah kena musim sejuk pun mendapat tempiasnye seperti di utara Thailand mendapat cuaca sejuk sehingga mencecah 14C tempias dari negara China. Begitu juga di negara musim sejuk yg menerima panas yg sangat tinggi seperti di US, n OZ sendiri sehingga mencecah hampir 50C (menyamai suhu di gurun). Ini menurut ahli sains adalah kesan daripada global warming dunia yg semakin tidak menentu dan tenat.

Bumi sudah semakin tua. Berjuta tahun usianya. Walaupun ada sebab segala bencana ini berlaku atas kealpaan dan karenah manusia juga, tetapi ia mencerminkan bahawa dunia sudah tidak dapat bertahan lagi. Dalam Quran juga menyebut bahawa satu ketika dunia akan tidak berfungsi seperti biasa, bintang akan keluar dari orbitnya, letusan dan gegaran berlaku di sana sini atas ketidak tentuan yg melanda bumi...

Maka melalui konsep beriman kepada hari kiamat dan semestinya di hari akhirat juga yang kebetulan disampaikan oleh Dr. Zaki pada usrah semalam, membuktikan bahawa dunia ini sudah hampir kepada penghujungnya dan kita wajib mempercayainya. Kita merupakan ummat nabi Muhammad yg terakhir, dan tiada lagi nabi selain Muhammad utusan Allah yg terakhir. Di situ membuktikan bahawa pengakhiran segala kisah di dunia ini berakhir dengan terhapusnya segala amalan manusia dan terjadinya kemusnahan dunia dan di hari Akhiratlah kita akan kekal abadi sama ada mendapat tempat di syurga ataupun di neraka (Nauzubillah).

Kalau nak cerita tanda2 kecil mahupun besar kiamat itu, terlalu banyak yg telah terjadi seperti mana disebutkan di dalam Al Quran. Walau ada di kalangan manusia yg mengandaikan ia seperti cerita dongeng, tapi hakikatnya ia tetap berlaku dan kita wajib beriman kepadanya dan bersedia. Sedia cam ne? Duk dalam tanah dengan kelengkapan makanan dan oksigen, atau membeli kapal terbang dan lari ke mana tempat yang selamat. Mane2 tempat di dunia ni pun tak kan selamat bila waktu kiamat itu tiba. Cuma bersedialah dengan amal soleh, sebab itulah bekalan hakiki kita di akhirat sana.

Walau kiamat akan berlaku esok hari, bln dpn atau 2012 (seperti yg diceritakan oleh sebilangan org berkenaan meteor besar melanda bumi) kita terpaksa menghadapinya, dan bekalan amalan kita itulah yang membawa kita ke akhirat sana (di barzah, di padang Masyar, dan dihisab amalan kita -Mizan, dan merentas titian).

So, bersedialah, buatlah amalan dunia dan akhirat dengan seadilnya. Bekerja seperti biasa, tetapi tingkatkan amalan. InsyaAllah, dalam apa jua keadaan yg melanda, yakinlah bahawa apabila kita mati nanti, dengan amalan soleh itulah yang akan membantu kita untuk dihisab di akhirat sana... Takbir!! Allahuakhbar!