Monday, October 20, 2008

4 Hari di Hari Raya... last episod

Ni merupakan hari terakhir kami xpdc bersama abah n mak beraya di kawasan paling jauh di Selangor penah kami jelajahi di sepanjang raya ni..






Bermula dgn menziarahi kubur nenek Saodah(mak abah) di Kg Medan, Telok Panglima Garang. Hanya balim, ami Sara, Tok Nan n Nenek je ke sane. Kak Yati n family beraya d umah tok anjang abg Aziz di kawasan yg sama. Pg tu agak panas. tp memang menginsafkan. Kubur di situ agak bersih. Bagus penjaga kubur kat sini menjaganya dgn baik. tp sbb kawasan tu kerap banjir, jd kebanyakan batu nesan makin tenggelam dan tanahnye menjadi semakin rata. Ada yg dah berlubang. Mungkin keranda penghadangnya sudah patah dan tertimbus..






Selepas tu kami meneruskan perjalanan jauh ke Sijangkang. Jaraknya hampir 100 km kalau dari Dengkil. Maka bolehla kami bersolat jama n qasar. Tghr ke ptg agak panas. Perut aku mula berkeroncong dan tiba di rumah pertama kami tersesat sikit. Pusing punye pusing d kawasan Kg Jerung tu baru le berjumpe. rumahnye agak ke dlm dan jambatannya agak uzur. tak berani nak masuk ke dlm. Tok tu ada sangkut paut saudara dgn bapa tok Nan. Anak2nye dah berjaya n banyak keja di area Shah Alam dan lembah kelang. tu yg tinggal mereka berdua je. Kami dtg raya ke-4 pun anak2 dah balik ke umah mak mertua atau ke rumah. Begitula kalau dah jd org tua. Tinggal berdua je la gamaknye. Tp kat situ memang damai. sempatle berposing di sekitar rumah yg banyak tanam kelapa sawit, sayuran n kelapa.






Kemudian pegi cari makanan tak jumpe2 bcoz ramai tak buka gerai sempena raya ni. Balim dah mcm org pose. Tp xpdc terpaksa diteruskan kerana abis je di Tg Karang, ktorg terus ke Rawang lak. Sempatla menyinggah di beberapa rumah mak mertua cik Sakur, dan umah kawan Tok Nan di Parit 3 Sg Burung. Al maklumla Tok Nan dilahir dan dibesarkan di kawasan padi. Jadi banyakla nostalgia sewaktu kecil dan remaja di sana. Sekinchanla pekan yg menarik utk mereka jejalan dan menonton wayang. Naik basikal je, jarak dekat 10km.. Jauh tu.. Tp Sg Brung memang cantik. Panorama kawasan padi yg menghijau memang mendamaikan. Memang menjadi port kami bergambar tatkala singgah beraya di sana. Masa beraya di rumah jiran Tok Nan adik lak eksiden gara2 terpijak serpihan balang kaca pecah yang dibuat oleh org lain sebelum tu. Bercucuranla darahnye keluar. Tp ok la dlm 5 minit guna minyak yg disediakan oleh tuan rumah






Jam hampir pukul 5ptg. maka sekonyong2 kami ke Rawang melalui laluan kg dari menghala ke Sg Buluh. Berjumpe dgn sebuah kawasan ladang tanaman buahan yang agak menghijau dan nyaman di sebuah kawasan tak jauh dari UNISEL.






Sampai je di Sg Buaya, kami rase agak tensen.. mana taknye dekat 2 jam berjalan, hampir jam 7 mlm, rupenye tok Mamat, Tok Nan punye bapa saudara ikut anaknye beraya di Serdang dan Olak Lempit. Emmm.. dah 3 thn katenye tak dpt berjumpe, gara2 situasi begini.. Dapatla singgah di rumah saudara Nenek, Tok Sihar. Dah uzur gak. Suara dah tak de bcoz dulu tersekat tulang ikan dan menyebabkan luka serius pada kerongkongnye.. Dalam jam 9 kami pulang kembali ke Dengkil. Jam 11 lebih kami sampai dgn agak kepenatan.. Esok Balim n family akan pulang ke rumah Babatok n Mamatok sebab ada sedikit open house di sana pula...






Tamatlah episod ni.. Dan tunggu kemunculan open house kami sempena pemergian kami ke Adelaide. 2hari berturut2 open house (di umah Tok Nan dan di umah Babatok) pada 18/10 dan 19/10/2008..

1 comment:

Firdaus Masnan said...

atok sihar bukan tersekat tulang ikan la..dia tercekik tulang ayam yg halus..kan dia pernah tunjuk sample tulang yg dia tersekat, pastu yg menceritakan nenek nurse yg muda2 dulu sgt ayu..still ill remind the nostalgia..