Thursday, March 12, 2009

Cam ne nak cakap apa itu SEX pd budak cam Yaya?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..
‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..
Terkedulah si ibu..
Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dandaddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak…
Si ibu kehairanan dan bertanya.
Si anak menjawab dalam tangisan..
Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…
seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:………..
SEX:…………
Class:……….
Subject:……….

*kadang kala susah nak explain kat Yaya kalo tanye soalan2 saintifik yg kita sendiri pun tak berapa arif nak citer...

2 comments:

ihsan_huhu said...

aku tgk tajuk post pondh tau twist die...

tp ble betol kecewe r lak aku

Alim Masnan said...

hehehe... tajuk kena esklusif.. baru org nak baca