Thursday, August 7, 2008

Tilawah Al Quran dan Ceramah Isra' Mikraj di UPSI


program yg berlansung selama 3 hari bermula dari 4 - 6 Ogos 2008 menjadi satu program memartabatkan lagi Al Quran sebagai kitab suci yang perlu kita hayati dan amalkan. ia dijalankan oleh MPP UPSI, dan Bah HEP dengan kerjasama JAKIM sebagai panel hakim.


dilihat daripada penyertaan hampir 15 ipta dan ipts dan jemputan dari ipt thailand mampu memberikan kesan yg sangat baik kepada org2 muda kita membaca Al Quran. Al maklumla dlm negara kita yg kini lebih mengagungkan penyanyi dari ulama itu sendiri, secara tak langsung menyebabkan ramai di kalangan anak2 muda tdk kisah akan ibadah apatah lagi nak baca quran..


pada hari kedua program telah menjemput al fadhil Dato' Harussani yg merupakan mufti negeri perak. ramai gak dtg sampai tak muat dewan auditorium. kisah menarik bagaimana nabi Muhammad saw di bawa ke siddratul muntaha berjumpa direct dgn Allah atas tanggungjawab menyampaikan amanah mengabdikan diri kepada-Nya..


Pendek kata baik dan patut di adakan setiap tahun, diselang seli dengan program ceramah, nasyid, tilawah, bengkel dan pameran.. teringat mase dulu join nahwan nur memang banyak yg dijalankan di universiti dulu.. tu dulu....

No comments: