Thursday, March 12, 2009

Cam ne nak cakap apa itu SEX pd budak cam Yaya?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..
‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..
Terkedulah si ibu..
Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dandaddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak…
Si ibu kehairanan dan bertanya.
Si anak menjawab dalam tangisan..
Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…
seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:………..
SEX:…………
Class:……….
Subject:……….

*kadang kala susah nak explain kat Yaya kalo tanye soalan2 saintifik yg kita sendiri pun tak berapa arif nak citer...

Sunday, March 8, 2009

Berakhirnya sebuah show di Adelaide.. BROSYUIR

Aku rasa show semalam memang sempoi gler.. Mana taknyer latihan 2 kali wat kat umah Bro Ben, kira nguji arrangement music dia yg hanya siap 2-3 hari je tu, dgn 2 lagu Brothers yg slow n steady, dengan sentuhan baru ala2 metal lak tu.

Pas tu pagi lak nak sound check, try kat pelbagai speaker agak kelam kabut gak, coz tak sempat nak rehearsel sgt, mikrofon pun tak test, diorg tengah dok pasang gak. Makanya tengah dok sibuk nak try mik, Bro Ben nak try gitar 'Y' dia, sekali VIP da datang da.. Kitorg pun kira ok je la..

Tawakal alallah, walaupun nampak takle grand banget program tu, tp kenala wat tul2, lagi2 dpn pelajar2 baru, sikit2 tak baru dan otai dan MSD. So, apepun arap tak le teruk sangat nanti.
Tah macam mana, nunggu agak begitu lama gak, rupenye kat dalam tu tengah rancak berforum.. dekat 2 jam le nungu nak perform. Perut dah berkeroncong, layan makan sosej n ayam BBQ nampaknye, sbb dah depan mata, kawasan makan, kitorg layan le sikit dulu..

Bila tiba turn kami nak perform, sekali tak setup lagi semua connection, muzik arrangement, gitar, sound n mike. Agak lama gak la nak setting semua sebelum mula acara. Merayau2 la bercerita apa2 yg patut..

Tp bila da start, makanya sesuatu aura telah bermula. Aku bagai berada di alam warna pelangi, sesekali mendung itam berarak pilu. Haha.. Okla, tak nak komen banyak, kang angkat bakul lak. Penonton pun leh tepuk tangan, siap salam2 time nyanyi, salam Ustaz Zuhir lagi, kira minta izin tambah 1 lagu lagi pun diorg pun izinkan dengan sukanye walaupun masing2 dah berkeroncong tak makan tengahari. Mana taknye dah nak dekat 1.30 time tu.

Lagu pertama Teman Sejati - aku leh layan gak, walaupun agak sukar nyanyi sbb tak dan nak berenti. Setiap rangkap kena masuk lagu. Almaklumla lagu utk 4 org jd sorang je nyanyi..
Lagu kedua Untukmu Teman - aku paling layan.. Agak berlenggok2 sentimentel value lagi, tp aku layan up sikit kasi kuat sbb nak setanding dgn gitar karan Bro Ben. Pun tak leh nak rehat nyanyi, tp okla sbb slow sikit dari lagu pertama..


Yg penting aku pun tak sumbang mambang, Ben pun tak le tertinggal instrumen gitarnya jauh dibelakang.. Bole layan beb... penonton pun epy, siap amik gambar lagi, cuma tak le nak sign otograp sebab diorg pun tak bawa note book n pen.. (yela tu)

InsyaAllah, ada rejeki kitorg nak torai lagu baru, sama ada aku yg bagi lagu (style aku le) atau Ben (gelap2 ayu gitu) sama2 la kita nantikan hasilnya nanti... Tunggu.. BROSYUIR... hehehe... ok ke nama ni..
Nila tempat kejadian di mana show tu berakhir dengan jayanya... Pas ni kat mane ek???

Friday, March 6, 2009

Show Esklusif buat Pelajar Baru dan Pegawai Kedutaan Malaysia


Gambar hiasan luaran ini berlaku pada raya tahun lepas.. Memang tak de kena mengena pun...


Maai, dah lama tak nyanyi lagu2 nasyid khususnya dari kumpulan yg pernah aku anggotai satu masa dulu. Brothers/z satu kumpulan nasyid yg cukup popular sekitar pertengahan 90an setanding dengan kumpulan2 nasyid pioneer seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz.. Pastu lahir lak generasi baru seperti Saujana, Now See Heart dan Inteam dan kemudiannya yg lain2 tumbuh cam cendawan..

Debut pertama Brothers time tu ketuanya Yaasin, terjual sekitar 100ribu hampir menyainyi Senario yg mase tu tengah ngetop. Show jangan citer la seluruh negeri, ipt termasuk asean (Indon, Singapore, Brunei) dan pernah gak sekali ke Sudan.

Dan dengan tak semena2 Brother naik lagi namanye di bumi Adelaide, wal OZ ni.. Tp secara solo jela mewakili mereka, pakai nama n lagu jap.. InsyaAllah 2 lagu lama diberi nafas baru arrangement semula Bro Syam yg kretif dengan lagu2 selain nasyid dan lagu2 biasa, (lagu gelap) maka memberikan kelainan yg amat sangat bagi persembahan esok...

Saksikanlah wahai rakan2 yg kesempatan esok pagi jam 11 di Bradford Lodge, Rose Park. Dalam ratusan hadirin terutama pelajar baru dan pegawai2 kedutaan Malaysia dari Sydney.. Wow! Segan dan seram gak nak perform esok.. Lagi2 secara solo ni...

Kini, dengarkanlah, dendangan lagu tanda ingatanku...
Kepadamu teman, agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu...
Ewaah!...

Tuesday, March 3, 2009

Tazkeerah Muhasabah Diri...

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu.

Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.

Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.

Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.

(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)

Monday, March 2, 2009

Gathering Kecilan geng Flinders di Rumah Talib dan Caravan Showground






Aku tak larat nak citer, sbb benda ni berlaku ari Ahad lalu.. yg pasti ramai geng Flinders yg datang baru n lama.. berkenalan sambil mendengar citer masing2.. Pendek kata makanan diorg time tu sedap gak.. Konyang den!




Balik tu singgah jap caravan shows, banyakla pameran jual caravan, n barang2 travel.. org OZ ni minat travel. So, kalo berjalan jauh masuk gurun ke, utan ke, tido dalam van diorg ni la.. Yg bestnya naik Ferris Wheel besor percuma, gayat gler sbb tinggi n laju gak dia punye pusing. Pas tu lak angin kuat gler, hai bergoyang2 ditiup angin...

Sesuatu Berlaku di Petang Sabtu....

Waktu tu Yaya berada di dalam rumah.

Aku memang terasa sangat nak ajar dia sesuatu, sesuatu yg membuatkan dia lebih berani dan macho, sesuatu yang menunjukkan dia aktif dan bergelar 'hero', atau yg agak kampung bunyinye, 'anak jantan'. Tapi asyik tak sempat je...

Aku dah lama train benda tu, ingat lagi time tu malam...
Abah dok train aku buat kerja ni, sampai aku nak nangis. Mana taknye kalo tak buat nanti aku tak leh g school.. Malam tu aku ingat, mula2 rasa sakit. Biasalah 1st time wat mesti silapnyer. Tp tu perkara biasa bagi semua orang kalo buat kerja 1st time.. Luar biasa bagi org wat 1st time tp hebatnya macam org wat part time..

Okla, sambung citer tadi, aku ajak Yaya kuar g school.. Sebab dulu aku kecik tak leh g school kalo tak wat benda ni, now aku lak ajak g school dan dia buat sendiri kat sana.. Tak yah susah2, lagipun school dia pun lengang dan luas sebab ari Sabtu.

Mula2 aku suh dia buat dgn '4 kaki'. Ternyata dia memang cukup expert sejak 2 thn lagi..

Ok, ko boleh ek, kata aku. Cube lak Yaya dengan '3 kaki lak!'

Nah, kali ni dia agak gementar. Tapi digagahkan juga untuk melakukannya. Ternyata dia boleh sebenarnya walaupun agak terhoyong hayang macam orang mabuk da...

Sekali aku bukak lagi dengan '2 kaki'. Yaya try dulu, baba pegang.. Jgn takut...

Aku bagi dia confidence sikit, maklumlah anak jantan. So, dia pun torai dengan bimbingan aku. Mula2 aku pengang, pas tu bila dia dah nampak kencang sikit, aku pun lepaskan dia....

Ternyata dia dah boleh berjalan dengan 2 kaki barunya!

Sesuatu berlaku di petang Sabtu, Yaya akhirnya BERBASIKAL (2 tayar) dengan bangganya! Yaya, I know U can do it babey!! Cayalah!

Dua aksi berbeza. Petang tu masih berkaki 4. Dekat nak maghrib baru settle kaki 2 dia.. Dahsyat mamat ni try n error... Jatuh perkara biasa. Yg penting, Yakin Boleh, Orang muda!

Gathering Muslim Malaysia Terbesar di Adelaide..


Adelaide City, 28, Feb, 2008 - Satu pertemuan besar-besaran telah berlangsung dengan hebatnya di Adelaide City, dan dikecikkan tempatnya di Rymill Park bersebelahan dengan Rundle Park dan Park Lands. Kawasan itu dikenali sebagai kawasan ber'park', maka ramailah orang hadir disitu untuk park dan mele'park'.

Suasana tak berapa panas menyelubungi kawasan tersebut yg dianggarkan hampir 234 org penuntut pelbagai bidang undergrade dan postgrade beserta keluarga dan anak2 menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut merupakan majlis perjumpaan bersama sahabat baru dan lama juga disertakan sekali dengan pendaftaran ahli baru MISSA (Malaysian Islamic Society of South Australia)

Antara program menarik majlis tersebut adalah ucapan Bro Faruk berkenaan MISSA, makan beradab antara satu sama lain, makan BBQ, makan potluck dan makan lagi... Majlis diakhiri dengan taklimat program usahasama dengan Uni Adelaide, Fak Kejuruteraan buat pelajar2 engine yg minat menceburi bidang tersebut sebagai tambahan ilmu n pengalaman..

Program yang bermula jam 9.30pg bagi Postgrade, dan 11.00pg undergrade, telah berjaya dilangsaikan segala makanan yang ada dalam jam 2ptg.. Program tersebut disudahi dengan mengemas2 segala sisa2 yang ada dan dibuang ke tong sampah sedia ada. Jika tidak, penalti akan dikenakan kepada pihak terbabit walaupun tak memerlukan permitpun. Yang penting aman sentosa.. Begitula yg kita endaknya, kebebasan untuk berjumpa dan bersuara - Sumber Tak Bernama...