Sunday, February 15, 2009

Sedikit Report Dari Meja Studyku...

Pagi anta yaya school, yang bestnye Tok Ba n Tok Ma dia ikut sekali anta. Malu sikit Yaya

Ha.. nampaknya tajuk aku di atas perlulah lebih universal. Maksudnya di sini jgn dok citer bebanyak pasal aku n family berjalan. Terkadang itu perlulah dimasukkan juga progressku berkenaan study di sini yg mana tu yg menjadi tunjang utama aku di sini..

Begini ceritanya....
Aku bertemu dgn supervisor buat kali yg tak keberapa pada tanggal 11 feb 08, bersamaan ari Rabu tepat jam 1.30pm. Aku membawa sekali familyku (tanpa Yaya sbb school) dan kedua org tuaku (mertua) ke Flinders Uni sambil menikmati panorama indah di sana sambil berpicnic makan tengahari.

Bergegas ke bilik Prof Kay sambil menunggu ku jua Dr Susan pakar pendidikan awal kanak-kanak. Mereka berdua nilah supervisor ku yg sangat prihatin atas segala kerjaku selama ni yg tak le sehebat mana pun.. Almaklumlah wat PhD yang sangat kritikal dan memerlukan penelitian yg tinggi dan bermutu lagi berdaya maju.

Mereka telah memberikan komen2 membina atas hasil kerjaku selama ini yg kadang kala agak kurang cermat dan sempat untuk dipersembahkan kepada mereka. Tapi mereka tetap gumbira atas progress ku yg mana memenuhi keperluan thesis terhadap apa jua pendekatan dan penemuan baru dalam kajian. So, biasala, ada la beberapa cadangan untuk penambahbaikan seperti penemuan buku n jurnal terpilih, pembetulan ayat dan rujukan, tips2 utk kelancaran kerja dan sebagainya.
Bermain bersama adek tatkala pulang dari school.. Epy mereka berdua ni......

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma aku dok risau gak couple of weeks tugasan diberi arapkan hasil yg memberansangkan dimana bukan sahaja siap utk literature review, malahan methodology utk dilakukan kajian nanti. Harapanku agar semuanya berjalan lancar..

Thursday, February 12, 2009

Berita di Adelaide yang agak sejuk...



Alhamdulillah walaupun agak kepenatan hampir seminggu berulang alik ke Tea Tree sempena mengecheck baby yg dok aktif dlm perut amminye, dan minggu ni plak sibuk dgn membawa jalan mama n baba yg baru sampai dari Sydney (dah seminggu gak kat sana ada tugas) memang agak sibuk gak..

Kesejukan yg melanda di bumi Adelaide dlm masa beberapa hari sebelumnye amat menggumbirakan kami utk membawa mereka ke pelusuk Adelaide yg tak le sesibuk mane berbanding kat bandar OZ lain, tp banyak tempat yg menarik yg boleh diziarahi. Setakat ni dah bershopping di Gepps Cross, berBBQ di belakang umah, berbelian di Asian Supermarket n Budget Meat, melawat kanggaroo di Gorge Wildlife Park, dan berpicnic di Flinders Uni Park.

Ari ni Insya-ALlah akan meneruskan xpdc di Henley Beach dan Tea Tree Plaza, dan esok akan bersama rakan2 yg dekat berBBQ episod 2 di belakang umah lagi. Dan ari Sabtu ke South Australia Museum dan promosi sikit ke Swinging Bowl serta ari Ahad sekali lagi ke SUnday Market sebelum mereka terbang pada malamnye ke Malaysia.. Begitula seminggu mama n baba di Adelaide yang kebetulan agak sejuk pada kali ini sebelum panas akan melanda pada minggu hadapan.. Masih panas gak di Perak...

Friday, February 6, 2009

Citer Paling Lawak Yang Pernah Aku Dengari Selama Ini.. SAKsikanla!

bukan kata malaysia, perak pun boleh kalahkan brazil

Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!

Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! )

Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit - minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!

Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.

nak baca citer sambungannye nengok laman bernas ni:

http://nikabduh.wordpress.com

Thursday, February 5, 2009

Ingatkan kat Adelaide je Panas, Rupenye...

Kepanasan adek tahap cipan laut.. Lihatlah bukan saja tak dapat pertahankan diri dengan tak pakai baju, malah kerusi pun dia tak nak duduk.. Panas! Panas! (Hiasan gambar)

Yaya pun panas gak.. Tak nak duk kat kerusi panas yang pastinya diingin orang tertentu. Beraircond sambil melayan PS2.. (Gambar berhias)

Tula, bak kata orang kaya yang zalim, ada duit semua boleh jadi. Bak kata pemerintah yang zalim, ada kuasa semua boleh jadi. Bak kata orang kepanasan, ada aircond semua boleh sejuk..

Kepanasan di Adelaide, kalo betul2 panas, nah! 4oC ke atas bisa merasai bahangnya. Tp kalo di Malaysia, khususnye di Perak, nak panas kena lebih 28C (cerusi).. So, dengan kepanasan itu rasenye macam dah nak dpt kot, tapi caranya yg agak panas gak, dgn wang ringgit maybe dalam jutaan RRM (Ringgit Rakyat Malaysia)boleh terlaksana perancangan jahat ni...

Em... tak nak bercerita pasal panas di Malaysia sebenarnye.. Tp sebab aku terasa sangat panas di sini, air mata pun dah tak kuar sebab panas dalam dan luar. Maka dengan rasminya kita juga melaksanakan jihad total (seperti mana di Palestin) mengutuk kekejaman tahap maksimum atas segala perancanaan jahad ala2 Yahudi di bumi Perak yang tak panas, tapi panas... Allah Maha Besar!!

Tuesday, February 3, 2009

Panas Terlampau, Tapi Buahan Kami Tetap Menjadi

Adek yang tengah memanaskan badan cuba untuk memetik buah yang belum masak
Alhamdulillah setelah bertahan agak lama (dekat 2 minggu) dengan musim panas agak terlampau di sini, akhirnya kami boleh adapt atau dalam bahasa malaysia kuno alah tegal biasa. Maka dengan apa jua keadaan panas sekalipun, kami memikirkan itulah kelebihannya duk di sini, yg tak semua org akan merasainya tapi kami dapat menikmati aromanya..

Dan kami juga memikirkan bahawa ada lagi negara lain yg lebih dahsyat gler dari kami. Musim panas kami di sini sebenarnya hanye winter sahaja di Utopia (kawasan Afrika dkt gurun sana). Kalo summer lu pikirla sendiri (60C > bagi jawapan gak la).

So, bak kata pepatah, musim panas di negara orang, musim durian di negara sendiri (rindunye durian Bangi) Keunikan yg kami lalui di sini rupenya ada petanda bahawa ada gak yang menarik utk dirasai. Mana taknye di belakang rumah tu ada pelbagai jenis buahan termasuklah buahan jiran. Lemon, peach, epal dari umah kitorg dan apricot n anggur tu dari umah jiran menyubur dengan jayanya. Lemon dan peach masih menunggu masa untuk dipetik. Epal dan anggur dah ada yg dipetik n dimakan begitu saja.



Banding buah epal kitorg kat kiri dan kanan tu yang beli kat Woolli.. Tp sayangnye nak busuk



Lemon dalam usaha untuk meranumkan diri bertukar menjadi kuning. Atas gambar lemon tu gambar peach lum masak .

Sementara anggur dan apricot dia lak, leh amik atas permission Mr. Athos (sekali dengar mase berkenalan dulu Ass**** da.. mujur dia paham kita tak berapa clear dia punye pronunciation. Three Musketeers punye nama watak hero baru kita paham. Orang Itali tp dah lama bersara. Rumah dia memang klasik build in sejak 1890). Maka bila2 masa kami leh amik sebab sebelah pagar je, guna tangan kami jolokkan.. Memang mantap, sedap dan menawan..

Nila dia anggur buah jiran sebelah Mr. Athos. Banyak gler, tak larat nak petik. Apricot dah tamat musimnye, pun tak berapa sangat kitorg nak makan

Hilang segala rindu raja buah durian from Malaysia.. Walau bagaimanapun ada penghuni rumah yg tak leh makan sangat buah2 tersebut kecuali lemon... Tak pela, bagi burung makan nampaknye kalo berbuah lebat... Sebab den pun hanye leh layan epal n anggur je.. Hehehe...

Sunday, February 1, 2009

Penangan Tenis Australia Open Minggu Ini

Td tepat jam 11.45pm waktu Adelaide, maka berakhirlah selama seminggu lebih serkit grand slam tenis di Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne. Esklusif dibawakan khas dari tv7 OZ. Berlangsung hampir 4 jam lebih di antara Roger Federrer lwn Rafael Nadal, perlawanan penuh dramatik dan hebat gitu.

Mantap tak mantap, setiap servis purata kelajuan dalam 180 - 190kmj. Mak ai memang mantap dan laju gler, tak larat kalo nak maintain struggle cam tu selama 4 jam... Dan kalau nak banding beza dgn stamina rakyat Malaysia, memang jauhnye kelaut dalam yg bergaung2 gema alam...

Yang pasti, kita yang menengoknye merasakan terhiburlah.. nak jadi setanding mereka, bagai kisah fairy tales, sang kedembai dengan iron man.. tak kan bolehnye.. Diorg training sejak kecik lagi. Tu bile main, leh kuat stamina dan maintain performance.

Citer pasal training ni, pg tadi dah start dah buat kali kedua main suka2 dgn geng2 di Adelaide ni. Konon nak bangun jam 6am, semangat gler, walaupun tak de raket, pinjam orang. Kira pagi tadi kalo buta pas subuh tak le panas sangat (walaupun suhu hari ni max 40C) Sekali malam semalam blackout kejap membuatkan kitorg tak tertido sangat dan telah menjadi petanda bahawa pagi ni kelewatan bangun akan berlaku.. So, terlepaslah buat kali kedua bersama rakan dan taulan berpegang raket, bermain ala2 servis Faderrer, dan backhand Nadal.

So, kengkawan setenis sekalian, tunggu kemunculan ku minggu hadapan. Kalo ada raket murah or offer from garage sales, akan ku beli dan kita bisa main bersama2. Maafkan akan ketidak hadiran ku pagi tadi. Kita akan berhitung di minggu hadapan!!

Petanda Duniakan Berakhir....

Setelah kita dihamparkan dgn pelbagai kisah bencana yg melanda dunia, semakin hari semakin dasyat, menyerlahkan akan petanda bahawa dunia ini akan sampai ke penghujungnya. Antaranya paparan kisah pilu bencana maha dasyat seperti di Acheh akibat mega tsunami yg mengorbankan beratus ribu nyawa dan menenggelamkan hampir kesemua bandar Acheh dan tempiasnye telah menyerang beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Sesetengah negara terlalu sejuk dan yg tak pernah kena musim sejuk pun mendapat tempiasnye seperti di utara Thailand mendapat cuaca sejuk sehingga mencecah 14C tempias dari negara China. Begitu juga di negara musim sejuk yg menerima panas yg sangat tinggi seperti di US, n OZ sendiri sehingga mencecah hampir 50C (menyamai suhu di gurun). Ini menurut ahli sains adalah kesan daripada global warming dunia yg semakin tidak menentu dan tenat.

Bumi sudah semakin tua. Berjuta tahun usianya. Walaupun ada sebab segala bencana ini berlaku atas kealpaan dan karenah manusia juga, tetapi ia mencerminkan bahawa dunia sudah tidak dapat bertahan lagi. Dalam Quran juga menyebut bahawa satu ketika dunia akan tidak berfungsi seperti biasa, bintang akan keluar dari orbitnya, letusan dan gegaran berlaku di sana sini atas ketidak tentuan yg melanda bumi...

Maka melalui konsep beriman kepada hari kiamat dan semestinya di hari akhirat juga yang kebetulan disampaikan oleh Dr. Zaki pada usrah semalam, membuktikan bahawa dunia ini sudah hampir kepada penghujungnya dan kita wajib mempercayainya. Kita merupakan ummat nabi Muhammad yg terakhir, dan tiada lagi nabi selain Muhammad utusan Allah yg terakhir. Di situ membuktikan bahawa pengakhiran segala kisah di dunia ini berakhir dengan terhapusnya segala amalan manusia dan terjadinya kemusnahan dunia dan di hari Akhiratlah kita akan kekal abadi sama ada mendapat tempat di syurga ataupun di neraka (Nauzubillah).

Kalau nak cerita tanda2 kecil mahupun besar kiamat itu, terlalu banyak yg telah terjadi seperti mana disebutkan di dalam Al Quran. Walau ada di kalangan manusia yg mengandaikan ia seperti cerita dongeng, tapi hakikatnya ia tetap berlaku dan kita wajib beriman kepadanya dan bersedia. Sedia cam ne? Duk dalam tanah dengan kelengkapan makanan dan oksigen, atau membeli kapal terbang dan lari ke mana tempat yang selamat. Mane2 tempat di dunia ni pun tak kan selamat bila waktu kiamat itu tiba. Cuma bersedialah dengan amal soleh, sebab itulah bekalan hakiki kita di akhirat sana.

Walau kiamat akan berlaku esok hari, bln dpn atau 2012 (seperti yg diceritakan oleh sebilangan org berkenaan meteor besar melanda bumi) kita terpaksa menghadapinya, dan bekalan amalan kita itulah yang membawa kita ke akhirat sana (di barzah, di padang Masyar, dan dihisab amalan kita -Mizan, dan merentas titian).

So, bersedialah, buatlah amalan dunia dan akhirat dengan seadilnya. Bekerja seperti biasa, tetapi tingkatkan amalan. InsyaAllah, dalam apa jua keadaan yg melanda, yakinlah bahawa apabila kita mati nanti, dengan amalan soleh itulah yang akan membantu kita untuk dihisab di akhirat sana... Takbir!! Allahuakhbar!