Sunday, January 18, 2009

Suasana Cuaca Program Selamatkan Gaza









Alhamdulillah program yang berlangsung secara aman damai, sepoi2 bahasa Melayu, diterangi cahaya mentari pagi yg tidak terlalu panas atau sejuk, dilimpahi dengan aircond dewan yg memang agak sejuk, membuatkan program ini seperti dilembah keselesaan. Walau bagaimanapun program yg berlansung agak lewat dari time asal (sepatutnya jam 10pg, setengah jam dilewatkan) memandangkan crowd yg hadir belum agak gamat, masih terasa kehangatan dan kehangitan tatkala menyaksikan pameran poster palestin, ucapan kisah sejarah palestin oleh Dr Zaki dan persembahan solo dan berkumpulan nasyid yg bersemangat waja terus berusaha!

Kadangkala kehangatan itu bertukar kesuraman dan kebasahan, yakni air mata kesedihan dan kesayuan mengalir tatkala melihat video clip keganasan tentera zionist di Palestin. Sejarah membuktikan bahawa bumi Palestin adalah bumi para ambia' yang perlu dipertahankan walaupun ianya pernah ditawan oleh tentera Salib pada satu ketika, dan dikuasai balik oleh ummat islam semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Tetapi, pabila mendengar cerita yg lebih lanjut sejarah hitam legam bagai taufan melanda bumi yg indah, bagaimana perancangan zionist yg sangat kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial di seluruh dunia, membuatkan mereka berani menjadikan tanah arab sebagai sasaran utk mendirikan negara haram Israel laknatullah! Kekejaman, demi kekejaman dilakukan di Palestin yg menjangkau seabad lamenye.

Mendung berarak lalu, cuaca jadi tidak menentu. Oleh itu, mentari di ufuk timur perlu diserlahkan semula, agak bumi yg dulunya masyhur ditadbir pemimpin agung Islam, akan terus subur dan mekar selamanya. Solat zohor dan hajat beserta qunut nazhilah dihadiahkan buat pejuang Palestin di Gaza sana, mengharapkan cuaca yg hangat, merekah panas dan mendung itu bertukar ceria dan sejahtera dengan Nur Islam terpancar merata di bumi Palestin yang suci itu. Hadirkanlah Ya Allah kesejahteraan buat pemimpin dan penduduk Palestin, serlahkan sinar NurMu itu dibumi para ambia' itu, kembalikanlah kegemilangannya, dan hancurkan manusia keji kaum Yahudi dibumi yg suci itu! Moga ramalan cuaca kami disini akan menampakkan petanda baik di sana... Amin..

Adelaide 7-day Weather Forecast 19 -25 Jan 09
more detail »
summary
Mon. Tue. Wed. Thu. Fri. Sat. Sun.
max
37°C 32°C 32°C 29°C 33°C 34°C 25°C
min
20°C 19°C 17°C 19°C 16°C 23°C 14°C

No comments: