Assaalamualaikum Salam Sejahtera..
Sesungguhnya Maha Besar ciptaan Allah, yg memberikan hamba-Nya nikmat kemakmuran dan rezeki yang melimpah ruah di bumi ciptaanMu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Buat pertama kalinya majlis hari lahir putera kami yg ke-2, Hamzi Hamsyari bin Abdul Halim dilangsungkan di teratak kami di James Street, Campbelltown.
Alhamdulillah program yg berlangsung pd 11 Jan 2009 atau 14 Muharram 1430H bersamaan pada hari Ahad lalu, berjaya dan penuh warna warni belon dan aneka macam makanan yg dimasak Ami Sara atau kiriman makanan dan kek dari tetamu yg hadir. Tak lupa juga warnian dari hadiah yg hebat2 dari rakan dan taulan yg mengenali Adek (Hamsyari) sama ada secara langsung maupun tidak langsung
Program yg berlangsung dari jam 6 ptg di belakang rumah yang agak besar dan luas itu, turut dibantu oleh 3 org muda yg kuat dari Adelaide, iaitu saudara Farouq (ketua tukang BBQ) dan pembantu2nya (Ucop dan Faizal) yang mana tanpa mereka tak cukup tangan dan kaki kami mengendalikan majlis yg rata2 dihadiri hampir 30-40 org tetamu termasuk kanak-kanak.
Program ni secara keseluruhannya dikendalikan dan dirancang oleh Ami Sara dan dibantu Babalim, Yaya dan Adek. Lebih kurang dalam 2 minggula perancangan dibuat dari pembelian barang makanan sehinggalah perhiasan majlis dan budak2. Memang sejak duduk di Malaysia kami suka menganjurkan program hari lahir bg merapatkan ukhwah antara kami sekeluarga dan juga rakan taulan yg lain dgn lebih rapat dan mesra.
Dan sesungguhnya perancangan yg baik itu datangnya dari Allah dan kelemahan itu dari diri kami sendiri. Majlis memotong kek aiskrim bentuk kereta hasil kreativiti Ami Sara dilaksanakan dengan jayanya oleh Adek walaupun berkali2 meniup lilin sehingga padam. BBQ kali ini ayam yg terdapat 3 rasa, ikan kap emas dan sosej yg laku begitu saja...
Segala yg dirancang berakhir dgn majlis bergambar beramai2 dikalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Lebih kurang jam 8 ptg (maghrib dalam 8.30mlm) majlis berakhir dgn buah tangan iaitu makanan yg masih berbaki dan juga buah apricot hadiah dari jiran sebelah yg kami sendiri pun tak makan sangat. Terima kasih daun keladi buat sahabat handai yg hadir. Tanpa kehadiran kalian, tiada serinya majlis kami di bumi Adelaide ini.. Sukran!!
No comments:
Post a Comment