Wednesday, December 10, 2008

Yaya Wat Show di Schoolnye..
















Semalam ada acara Krismas bagi budak2 East Marden Primary School ni. Sebulan gak la diorg berlatih bagi meraikan perayaan diorg dan juga sempena cuti panjang musim panas ni. Dan Yaya antara salah sorang murid yang sangat excited nak wat persembahan sekolah. Dia ni memang suka berjoget dan menyanyi, bila ada je acara yang melibatkan aktiviti tu memang dia suka la sangat. Dulu time school kat taska pun dia menari dan menyanyi gak. Nak wat cam ne, ada darah seni.. Mana tumpahnye kuah kalo tak ke nasi biasa atau nasi impit. Hehehe...

Pentas dia buat kat luar kelas, di padang school. Dan yang menariknya diorg buat tak macam kita, pagi, atau petang, diorg ni wat time nak Maghrib. Sebab sini petang pun lambat, dalam kul 7 start kul 835 malam dah abis. Maghrib dalam 8.10mlm sempat la kami balik setelah abis program utk bersolat.

Haaaa.. bercerita pasal Yaya wat show ni, sekali lagu 'Santa Clause is Coming' nyanyian asal kumpulan Hi5 (gandingan 5 anak muda remaja 3 pompuan dan 2 lelaki dari Aussie). Lagu dia rancak dan bertenaga. Memang bertenaga sungguh Yaya nyanyi sambil bergelak ketawa dgn kengkawan di sebelahnye. Tak de lak nampak dia takut ke ape ke.. Malam tu biasala lagu2 depa dgn krismasnye la.. Dan kami hanya nak jadi penonton utk anak kami. Tak de lak nak support donate utk agama diorg. Kalo ada cabutan bertuah pun Babalim tak de nak sumbang pun. Siap jual tiket kat supervisor dia utk school. Sbb hadiahnye pun tak le sesuai utk kita iaitu air arak antaranya.. So malam tu kami tak terlibat utk acara lain. Dengan agak sejuk bila nak masuk malam, kami pun bergegasla pulang ke umah...

Yaya still excited (teruja) menceritakan prihal shownya di school. Pengalaman dia selama sebulan lebih school memang le suka sangat. Banyak kenangan pahit dan manisnya school di sini dgn environment yang jauh sekali bezanya dari Malaysia.. Alhamdulillah dia boleh menyesuaikan dirinya di sana.

Kami sempat gak merakamkan aksinya di school utk tontonan dia nanti.. Pas tu kenala bagitau yang krismas ni bukan perayaan kita dan tak boleh disambut oleh orang Islam. Kang dia seronok lak nak beraya umah kawan mase krismas nanti... Payah lak kita nanti.. k masih di hari raya, Selamat Hari Raya Haji...

No comments: