Alhamdulillah hari ni saya agak berkelapangan utk menulis blog yg dah lama sebenarnya tak tulis. Al maklum cuti panjang time summer ni, menghangatkan lagi tangan ini utk memperlakukan aksi penulisan penuh cobaan. Nak wat cam ne, malasnye mengatasi rajin. Lagipun ada je aktiviti yang nak dijalankan, dihadiri dan diredahi.
Tapi segala2nya berlaku pergi dgn sekejap sekali. Kononnya mahu menyiapkan laporan XPDC ke Melbourne, Sydney n Canberra pun hanya jadi tentatif program. tu pun edit from kawan punye ayat. So biasala, kadangkala kita rajin, dan kadang kala tu tak dpt nak rajin sbb ada benda lain yg terpakse dibuat. Ni citer yang agak lama gak tp penting gak utk dibagitau... Citer Akikah bagi dua org kenalan yg cukup rapat dgn kami sekeluarga.
Ok pasal akikah ni rasenye dah kali kedua kami attend selepas umah Abg Man di Daws Road, Pasadena. Di umah baru Dr Zaki bagi akikah anaknya yg ke 3 (Mujahid) yang berlangsung pada 27 Dis 08 dan Safwan lak bagi 1st baby dia (Wafiah) dijalankan di umah sahabat bujang dekat la dgn umah Umar Faruk pada 30 Dis 08.
Alhamdulillah kedua2 program dijalankan dgn lancar sekali. Bagi kenduri akikah umah dr zaki yg istimewa pasal makanan beriani dgn daging lembu. Cukur rambut dan selawat pun dilakukan mcm style kat Msia. Cuma marhabannya je pakai satu nada, tak le bervariasi cam kat Msia.
Umah Safwan time makannye best gak, sbb panggang lamb chop yg memang disukai ramai termasuklah Babalim. Kari kambing pun ada. Program simple, siap ada powerpoint presentation saat2 sebelum dan selepas kelahiran. Yang penting kedua2 program berlangsung dgn aman dan mesra alam gitu. Ramaila sahabat handai jauh dan dekat menghadiri program mereka.
InsyaAllah time kami akan tiba.. InsyaALlah..... Tunggu...
Tukar site
14 years ago
No comments:
Post a Comment