Di pagi yang hening, kedinginan mula terasa walaupun di musim panas ni. Kemungkinan Allah telah memberi rahmat utk ummat Islam di Adelaide ni mengerjakan solat sunat Aidil Adha dengan selesa dan tenang. Babalim sesudah menyelesaikan solat subuh n takbir raya, terus sahaja menyelesaikan apa yang diperlukan. Biasalah persiapan hari raya. Ammi pun begitu juga. Percubaan penyediaan masakan utk hari raya yang pertama kalinya dengan panduan internet iaitu kuah lodeh, nasi impit, kuah satey dan rendang daging memang menjadi juga. Budak2 lum bangun tido lagi..
Apabila budak dah nak bangun, Babalim dah bersiap nak ke Masjid Wandana. Cadangan asal bagi geng2 korban lembu ni nak ke Masjid Al Khalil, tp sebab jauh sangat nak ke tempat penyembelihan di Balaklava maka bersolatlah di masjid Wandana ni. Memang sedap makan masakan Ammi ala2 terasa cam makan rendang Malaysia lagi. Jam 8 pg solat sunat akan bermula. Babalim kena bergegas ke sana dgn memakai pakaian melayu lengkap bersampin dan pakaian korban juga dibawa. Yaya n Adek akan berada di rumah bersama Ammi sambil menunggu isyarat dari kaum muslimah bagi acara makan umah terbuka di umah Fahmi dan langsung ke umah Abang Zai bagi acara memotong lembu dan kambing dan dibungkuskan utk diagihkan kepada para muslimin dan muslimat yang layak menerima...
Di masjid Wandana dah ramai org n melimpah sampai kat luar pun. Biasalah tak besar mana pun. Bila ramai yg berkumpul lebih2 lagi solat sunat Raya, ramai la yg datangnya. Ustaz Salam, imam solat sunat pagi tu memang best. Nampak muda dan hensem gak, org Turkistan (dekat2 sempadan Rusia) dan cakap Arab dia memang berabuk. Nak tau terbukti kefasihannya bila dia membacakan khutbah dalam Bahasa Arab. English dia pun ok. Bahasa Rusia dia lagila bole.. Dan pagi tu tak le berapa paham sangat sebab keseluruhan teks khutbah dlm bahasa Arab. Em... nak citer sikit pasal ustaz Salam yang menghadapi kehidupan mencabar di negara komunis. Tapi part ni kita citer dlm column lain sebab tajuk ni pasal Balaklava..
Dah settle bersalaman, berpelukan, bermesraan, dan ape2 yang boleh mengeratkan silaturrahim, maka kami pun bersiap sedia ke Balaklava. Dalam 11 org kesemuanya (Abg Zai, Abg Lan, Babalim, Safwan,Azman) satu keta dan Farouk dan geng2 bujang dengan menaiki sebuah keta dan sebuah van bergegas ke sana dalam sejam setengah perjalanannye. Tp dalam perjalanan tu ada la pulak kemalangan yang agak teruk la membabitkan sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah van yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk gak. Jarang dapat tengok eksiden teruk kat sini. Bila ada tu biasalah memang luar biasala.
Sepanjang jalan kami ke sana rupenye kawasan tu memang macam citer koboi. Ladang gandum seluas mata memandang, dan nampak juga beberapa ekor kuda meragut rumput, kambing dan lembu di dalam kandang, suasana kecoklatan memang jelas ketara di kiri kanan jalan. Walaupun agak jauh, tapi kami tak terasa pun. Sebab dalam keta pun asyik dok berborak. Biasalah masing2 pun jarang berjumpa, bila dah bersua memang macam2 isu dan citer la kami dalam keta tu.
Pendek citer, dah sampai di sana (Halal Meat, Balaklava) dalam kul 1045pg kami kenalak menunggu owner or pekerjanye datang sbb pagar dia pun kunci lagi da.. Rupenye owner lum settle gi beraya dulu lak. Sabo je la.. Org nak cepat ni nak balik sebelum kul 4 ptg n nak memotong, membungkus dan menghantar sebelum maghrib. Yela 5 ekor kambing dan sekor lembu, kang tak sempat lak siap di buang kulitnya nanti.. Kalo kat kampung Malaysia ramai dok tolong. Sini dengan tak de pengalamannya mau le tak sempat kul 4 settle nanti.
Dalam kul 11.30 baru sorang pekerjanya, mamat Aussie buka pintu pagar dan kelihatan di dalam kilang tu ada beratus ekor kambing dan beberapa ekor lembu yg dikhaskan utk dikorbankan pada hari ini dan berikutnya. Kami pun bersemangat la nak menunjukkan skill me
ngorbankan lembu dan kambing Aussie ni. Semuanya 1st timer.. Dan bila d owner sampai kul 12tgh, Mr Farouq (tak pasti org Arab ke org India muslim) dengan anak2 dia dan isterinye (org Aussie gak) menyuruh kami memilih sendiri kambing dan lembu utk dikorbankan. Tempat dia tak le besar sangat sbb bukan ladang ternak binatang ni. Cuma tempat sembelih je. Diorg pun beli binatang ni banyak2 utk tujuan penyembelihan secara halal. Pekerja muslim yang mengerjakan sembelihan ni pun ramai gak. Budak2 Aussie ni hanya melapah dan memotong ikut kreteria yg ditetapkan dan dibekalkan di sekitar South Australia dan Melbourne juga.
Dari pemilihan, kepada penarikan utk penyembelihan, fuhh dasyat la kami mengerjakannye.. Berdarah sana sini. Nasib kami tak berdarah. Tapi dlm pada kesibukan dan kekelamkabutan mengerjakan lembu rupenye ada gak tragedi yang melanda. Salah sorang anak Farouq dimasukkan ke hospital sebab tersepit tangan kat penghadang pintu antara kandang dan tempat penyembelihan. Biasala perkara2 ni kadang kala boleh berlaku. Lagi2 kalo nak sembelih lembu yang besar dan agak ganas aksinye tatkala mahu disembelih.
Sempat gak kami berpicnic di tepi kawasan sembelihan dan menunaikan solat jamak dan q
asar Zohor dan Asar beramai2.. Alhamdulillah dalam jam 2 lebih kami dah settle semuanya.. Dan setelah lembu dan kambing yang di chillkan (disejukkan) ditimbang beratnya, barulah boleh kami bawa pulang utk dipotong dengan saiz yang lebih kecil lagi. Tp setiap daging kambing memang cun ikut standard kilang punya. Kalo nak memanggang sekor pun boleh punye. Tp nak sedekah kan eloklah dipotong kecik dan senang nak bungkus. KEmudian kamipun bergegas ke umah Abang Zai bagi mengerjakan pemotongan dan pembungkusan utk diagihkan kepada rakan2 muslim yang berada di Adelaide.
Dan sesungguhnya kesemua citer di atas tu kami hanya menjalankan acara pemerhatian (macam doktor pelatih daaa) dan sokongan moral kepada pekerja tetap dan sambilan Mr Farouq yang mengetelkan segala aktiviti sembelih dan lapah.. Hehehe.. patutla cepat siap. Tapi kami dgn bangganya gak mengucapkan tahniah kepada ketua delegasi korban kami, Abg Zai dan Pak Mud yang menjadi wakil sembelihan daging kambing yang cukup hebat dan bertenaga itu..
Sampai di umah Abg Zai dalam jam 3.45ptg kami pun memotong le ikut sukatan dan
standard yang dibenarkan oleh SIRIM sini.. TIme tu ramai la yang datang membantu. Ibu2 tukang masak bagi keperluan bapak2 dan bujang2 yang keletihan sembelih tu. Anak2 lak main di laman termasukla Adek dan Yaya.. Suka diorg main2 dgn abang dan kakak yang berabuk gler Englishnye. Cam biasala Adek dan Yaya ni entam je la cakap. Yang penting paham dan leh main.
Dalam kul 8.10 kami pun pulang ke umah.. Cam biasa budak2 ni tido dalam keta kepenatan.... Pengorbanan yang udah bermula masih terus berjalan bagi misi seterusnya, di arena kehidupan yang mencabar di dunia fana ni.. Pengalaman yang tak bisa dilupain...