Monday, July 21, 2008

Permainan video; kanak-kanak boleh jadi ganas n buli?

Presiden Persatuan Psikiatrik, Prof Dr Mohamad Hussain Habil, berkata permainan video sekarang sangat canggih sehingga ada babak pembunuhan yang paparannya seperti kejadian sebenar."Ada juga permainan video yang tidak saja memaparkan keganasan antara lelaki dengan lelaki tetapi lelaki dengan wanita, dipaparkan lelaki tendang wanita yang kononnya sebagai musuh dan sebaliknya wanita pukul lelaki untuk dimartabatkan sebagai 'heroin'," katanya ketika ditemui Berita Minggu, di sini, kelmarin.

Katanya, gejala luar sedar itu menular tanpa disedari dan sebahagian mereka 'membenarkan, anak seawal usia lima tahun bermain permainan video seperti ini."Ia ditambah dengan kurang pemantauan pihak berkuasa menyebabkan permainan video ganas dan tidak berperikemanusiaan mudah dibeli," katanya. Beliau berkata, pengaruh permainan video terhadap psikologi kanak-kanak menyebabkan golongan itu membesar sebagai insan ganas sekali gus mendorong pelbagai perlakuan agresif. Dr Mohamad Hussain berkata, dari aspek psikologi kanak-kanak yang bermain permainan video ganas, tidak saja berimaginasi tetapi menghayati babak pembunuhan itu kerana mereka bertindak selaku watak utama dalam permainan seterusnya perlakuan ganas dalam permainan video akan terbawa-bawa ke alam realiti."
Source Jack THompson wannabe?

No comments: