Tuesday, July 29, 2008

Destinasi Budget 1 : Menara Condong Pisang (Teluk Intan da)

Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong. Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China. Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik. Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
sumber dari http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html
* penulis muda yg agak selamber di belakang menara condong teluk intan Jun 2008

No comments: