Wednesday, December 31, 2008

Bermesra Bersama Wallaby, Koala & Kanggaroo di Gorge Wildpark.




















Tak nak tulis bebanyak. Tempat memang best!! Leh layan binatang macam kawan baik. Harge tak le mahal sgt, tempatnye pun tak le jauh sangat. 1st time in our life, memegang dan bermesra dgn haiwan yg hanya terdapat di Aussie ni. Wallaby (kanggaroo kecil), Koala, dan Kanggaroo serta haiwan mergastua lain yg lalu lalang macam jalan dlm hutan kecik tapi leh tido2, peluk cium dan sebagainye. Pendek dan panjang kata memang berbaloi dan menghiburkan..

Nak tau cam ne kehebatan tempat yg bercirikan alam sekitar yang tenteram dan nyaman, mai dtg sini. Dah dtg sekali pasti nak lagi, tp lambat sikit la kot.. hehehe.. Saksikanlah gambar2 kami yg menarik sepanjang berada kat sini

Oh ya, tempat ni hasil cadangan Umar Faruk yg pernah ke situ sebelum ni.. Pegi dalam kul 11 lebih. Harge tiket, Baba dpt murah sikit sbb guna student card, dalam 10 dollar je, Ami 13.50 dan Yaya free. bukan free tp sbb dia tak terkira lak. So declare free la. Ikut Yaya kena bayar 7.50 dollar, kira halal je la...

Ptg dalam kul 3 lbh kami kuar tmpt tu, siap port kat park tepi jalan makan, buang air n solat.. Siap Yaya main freez B dgn Baba n Uncle Faruk. Angin sepoi bahasa n nyaman. Balik singgah jap empangan air Kanggaroo Creek apa lagi kalo bukan bergambo dan mengharungi jalan bersimpang siur, bergunung ganang dan berbatu2an di sepanjang laluan air River Torrens.

Dan tak lepaskan peluang beli strawberri di tepi jalan yg fresh hasil tanaman pakcik Aussie di umahnye tak jauh dari situ.. Sedap dan manis. Enak ditelan begitu saja!!

Menangguk Cocle di Air Yang Keruh, Mengintai Pingu di Hari Yang Mendung
















Gowla Beach, tempat destinasi pertama kami sempena usrah group summer programme bagi akhir thn 08 ni. Tempatnye bersih dan menarik. Tetapi yang mencabarnye, angin kuat gler, sampai kalo main layang2 mau putus tali, kalo berkhemah senget dan porak peranda, kalo mandi bergelora ombaknye, kalo mencrocle susah nak dptnye dan kalo setakat window shopping, merasa kepedihan mata disebabkan pasir pantai yg menghambur. Bebudak agak hebat sebab kuat gak melayan gigi air walaupun kesejukan melampau dek angin yg kuat itu. Tp pas kuar air, jd parkinson le (menggigil satu badan) tak tahan sejuk kena tusukan angin kencang yg menusuk tulang sum sum dan pankreas.

So destinasi ni tak le lelama, Adek Hamzi pun dok ckp nak balik je. Sepatutkan ikut jadual nak crocle dan memanggang ikan kap kat situ, tp terpakse tukar jadual memanggang di muara sungai Murray tak jauh dari tpt kami beraksi dgn kesejukan di Goolwa Beach. Kat sana, Abg Zai n family serta rakan sepermancingan yg cukup rajin dtg seawal jam 6 pg (kitorg sampai pun dkt 11 lebih) menunggu kami utk memanggang ikan kap emas yg besar dan agak banyak itu. Sampai je, kami ni jadi pemerhati bebas la. Bentang kanvas biru yg besar kepunyaan Faruk, budak2 pun bertebaran la main atas tu, dan set BBQ pun dikeluarkan utk dilaksanakan aktiviti memasak plak.

Mujur ramai la yg menolongnye. So proses masak memasak, hidang port luck dilakukan dgn cepat dan selamat. Sbb hari pun dah masuk tengahari, time lunch, maka ramaila yg berkeroncong utk ana. Makan tepi muara sungai yg cun dan nyaman tu membuatkan kami asyik dan lebih mesra time borak dan menonton aksi pemancing yg berjaya mendapatkan hasil tangkapan yg agak lumayan gitu. Pas solat jama' takdim (dah lepas 2 marhalah, jauh gak tempat ni) kami pun nak balik. Penat gak sebenarnye sbb Babalim pg tadi pun sempat melangsaikan kerja di beberapa buah rumah.

Syam n family n Aizudin n family cadang pas tu ke Granite Island di Victor Harbour. Ape yg menariknye kat situ. Rupenye ada pingu (penguin) di sana yg jarang leh lihat di negara2 lain terutama Msia yg iklim bukan dingin. Ape lagi, kami pun joint la same ke sana. Jarak perjalanan ke tempat tu tak le jauh sgt. Memakan masa dalam 20 minit gitu. Tempat tu memang menarik sbb kami hanya perlu meniti jambatan dalam 500 meter, dan kalo pusing 1 pulau adalah dlm 750km. Scenary memang cun.. Tambahan lak time tu sedang berlangsung acara gerimis angin bayu, fuh memang syahdu la romatika... Amik gambo aje la kami kat pulau tu tak kirala di posisi mana kami berada lensa kamera digital setiap pasangan keluarga tak lekang ditekan utk mendapatkan shoot terbaik.

Antara yg menarik adalah dpt menonton habitat penguin secara dekat, menonton panorama sekitar pulau yang menarik, dapat menonton kuda sekor warna putih membawa bebanan penumpang yg agak ramai (20 org) lalu di jambatan yg menghubungkan Victor Harbour ke Granite Island, landskap pulau yg kekuningan sbb lalang dia warna kuning, batuan pelik yg bermacam rupe, dan yg bestnye air laut menghempas pantai kebiru2an...

Yaya memang excited memanjang sampaikan kami asyik ketinggalan di belakangnye, lebih2 lagi ada sahabat karibnya, Iman, Ismail serta anak Aizudin yg agak sebaya dgn mereka. Mujur dia tak hilang sbb bila berjalan memang tak akan nampak dia. Lebih2 lagi ada lak fun fair kat situ yg memang memikat kalbu bebudak dan bisa memokaikan duit bapak.. Hehe, nasib baik tak dpt naik sbb ada playground yg besar dan best. Kira ganti la dia punya keinginan nak naik keta kecik kat situ. Mahal tak mahal ada la dlm 7 dollar sekali naik.. Mahal gler tu..

Balik tu sempat beli sedikit donat rasberry yg sedap dan unik utk santapan petang. Perjalanan yg agak jauh dlm sejam lebih menyebabkan kami kelaparan gak. Ammi pun maleh nak masak. So singgah le memana tempat utk menyentap pulak bagi dinner. Mujurlah dpt singgah ke Queen Pizza di Daws Road seperti mana yg dipromote oleh Asif n Nuha(baru je balik Msia beberapa hari lepas sbb abis study degree dia) Sedap dan murah.. Tu je yg dpt digambarkan terhadap apa yg kami lalui time dinner tu.. Cuma 19.95 dollar siap family pizza, 2 garlic bread dan air cola 2.25l. Siap separuh pizza bawa balik sbb besar sgt. Org arab+India punya citerasa, memang unik dan mantap!! Cubelah!

Akikah Dr Zaki dan Safwan..

Alhamdulillah hari ni saya agak berkelapangan utk menulis blog yg dah lama sebenarnya tak tulis. Al maklum cuti panjang time summer ni, menghangatkan lagi tangan ini utk memperlakukan aksi penulisan penuh cobaan. Nak wat cam ne, malasnye mengatasi rajin. Lagipun ada je aktiviti yang nak dijalankan, dihadiri dan diredahi.

Tapi segala2nya berlaku pergi dgn sekejap sekali. Kononnya mahu menyiapkan laporan XPDC ke Melbourne, Sydney n Canberra pun hanya jadi tentatif program. tu pun edit from kawan punye ayat. So biasala, kadangkala kita rajin, dan kadang kala tu tak dpt nak rajin sbb ada benda lain yg terpakse dibuat. Ni citer yang agak lama gak tp penting gak utk dibagitau... Citer Akikah bagi dua org kenalan yg cukup rapat dgn kami sekeluarga.

Ok pasal akikah ni rasenye dah kali kedua kami attend selepas umah Abg Man di Daws Road, Pasadena. Di umah baru Dr Zaki bagi akikah anaknya yg ke 3 (Mujahid) yang berlangsung pada 27 Dis 08 dan Safwan lak bagi 1st baby dia (Wafiah) dijalankan di umah sahabat bujang dekat la dgn umah Umar Faruk pada 30 Dis 08.

Alhamdulillah kedua2 program dijalankan dgn lancar sekali. Bagi kenduri akikah umah dr zaki yg istimewa pasal makanan beriani dgn daging lembu. Cukur rambut dan selawat pun dilakukan mcm style kat Msia. Cuma marhabannya je pakai satu nada, tak le bervariasi cam kat Msia.

Umah Safwan time makannye best gak, sbb panggang lamb chop yg memang disukai ramai termasuklah Babalim. Kari kambing pun ada. Program simple, siap ada powerpoint presentation saat2 sebelum dan selepas kelahiran. Yang penting kedua2 program berlangsung dgn aman dan mesra alam gitu. Ramaila sahabat handai jauh dan dekat menghadiri program mereka.

InsyaAllah time kami akan tiba.. InsyaALlah..... Tunggu...

Sakit Seluruh Badan....

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata "Doktor saya kesakitan, saya tidak mau mati lagi, Doktor".
Disebabkan rasa kasihan, doktor tersebut kembali ke pejabatnya semula dan berkata " Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"
Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata,"Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"
Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.
Pesakit itu berkata " Lihatkan Doktor, hampir seluruh badan saya kesakitan, adakah saya akan mati doktor?"
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, “Biar saya pereksa dahulu penyakit apa yang awak hidapi”.
Selang beberapa minit, doktor pun berkata, “Saya dah jumpa penyakit awak, jari tangan awak sebenarnya yang patah"

Sunday, December 28, 2008

Words of Great Wisdom (Sempena Maal Hijrah 1430H)


"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."
(Syair)

Friday, December 26, 2008

Tentatif Perjalanan Selama 7 hari di 5 destinasi Aussie yg menarik!!

Itinerary Trip Adelaide-Mt Gambier-Melbourne-Sydney-Canberra-Wagga-Wagga-Adelaide

14/12/08
10am ambil kereta sewa.
12pm bertolak ke Mt Gambier + aktiviti sepanjang jalan
9pm bermalam di Mt Gambier (Limestone Coast Tourist Park)





__________________________________________________________________












15/12
9am aktiviti sekitar Mt Gambier (Shinkhole, Blue Mountain)
2pm bertolak ke Melbourne










4.50 pm singgah di Twelve Apostles
11.30pm bermalam di Melbourne (Ashley garden BIG 4 holiday village)














__________________________________________________________________
16/12
10am bertolak ke Sydney (singgah KFC halal di Sydney Rd, Melbourne)
2.45am bermalam di Sydney - sesat mencari penginapan (Sydney Hills Holiday Park)








____________________________________________________________________
17/12
2.30am aktiviti di Sydney
i) Darling harbour
ii) Opera house
iii) Botanic Garden















____________________________________________________________________
18/12
10am aktiviti di Sydney (Aquarium dan Safari Sydney)
5.30pm bertolak ke Canberra
10pm bermalam di Canberra (Canberra South Motor Park)




















____________________________________________________________________
19/12
10.30am berjalan di Memorial War Muzium
1.30pm solat Jumaat di Masjid Kedutaan dan bergambo di Suruhanjaya Tinggi M'sia
4pm mencari Krispy Krim di Westfield Shopping Mall Belconne
5pm bertolak ke Wagga wagga,NSW
8pm bermalam di Wagga wagga,NSW (Wagga wagga Beach Caravan Park)





____________________________________________________________________
20/12
10.30am bertolak ke Adelaide
12.30am sampai di Adelaide

____________________________________________________________________
21/12
10am hantar kereta (Alhamdulillah ok)

memenatkan tp menyeronokkan.. Pengalaman yg tatap menjadi pojaan atiku..

Monday, December 22, 2008

Seminggu tak menulis, rasa rindu.. Tunggu kemunculan 7 hari jelajah 3 negeri di Australia

Rasa penat masih terasa tatkala puas menjelajah di 3 negeri besar di Australia, (South Australia, Victoria dan New South Wales). Perjalanan yg paling jauh dlm idup kami, bayangkan hampir 2500km dlm masa 7 hari. Cukup memenatkan badan... Tunggu cerita detail yg mencabar dan sangat menguja fizikal dan iman kami.. Thanks for Bro Syams n family n Mans n family kerna mengizinkan kami utk berpergian dgn jauhnye di tempat yg cukup asing bagi kami..

To Be Continue...

Britons vs Asian

Who says our English is teruk.? Just see below - Ours is simple, short, concise, straight-to- point, effective etc........

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Asian : No Stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago?
Asian : Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY .Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Asian : S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Asian : No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?Asian : (pointing the door) can AR?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Asian : Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Asian : Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Asian : Don't want la...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Asian : You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please ! Lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Asian : Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I know you?
Asian : See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Asian : Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Asian : Wat happen Why like that....

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it here let me show you,
Asian : like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me
Asian : Mangkuk u

Wednesday, December 10, 2008

Yaya Wat Show di Schoolnye..
















Semalam ada acara Krismas bagi budak2 East Marden Primary School ni. Sebulan gak la diorg berlatih bagi meraikan perayaan diorg dan juga sempena cuti panjang musim panas ni. Dan Yaya antara salah sorang murid yang sangat excited nak wat persembahan sekolah. Dia ni memang suka berjoget dan menyanyi, bila ada je acara yang melibatkan aktiviti tu memang dia suka la sangat. Dulu time school kat taska pun dia menari dan menyanyi gak. Nak wat cam ne, ada darah seni.. Mana tumpahnye kuah kalo tak ke nasi biasa atau nasi impit. Hehehe...

Pentas dia buat kat luar kelas, di padang school. Dan yang menariknya diorg buat tak macam kita, pagi, atau petang, diorg ni wat time nak Maghrib. Sebab sini petang pun lambat, dalam kul 7 start kul 835 malam dah abis. Maghrib dalam 8.10mlm sempat la kami balik setelah abis program utk bersolat.

Haaaa.. bercerita pasal Yaya wat show ni, sekali lagu 'Santa Clause is Coming' nyanyian asal kumpulan Hi5 (gandingan 5 anak muda remaja 3 pompuan dan 2 lelaki dari Aussie). Lagu dia rancak dan bertenaga. Memang bertenaga sungguh Yaya nyanyi sambil bergelak ketawa dgn kengkawan di sebelahnye. Tak de lak nampak dia takut ke ape ke.. Malam tu biasala lagu2 depa dgn krismasnye la.. Dan kami hanya nak jadi penonton utk anak kami. Tak de lak nak support donate utk agama diorg. Kalo ada cabutan bertuah pun Babalim tak de nak sumbang pun. Siap jual tiket kat supervisor dia utk school. Sbb hadiahnye pun tak le sesuai utk kita iaitu air arak antaranya.. So malam tu kami tak terlibat utk acara lain. Dengan agak sejuk bila nak masuk malam, kami pun bergegasla pulang ke umah...

Yaya still excited (teruja) menceritakan prihal shownya di school. Pengalaman dia selama sebulan lebih school memang le suka sangat. Banyak kenangan pahit dan manisnya school di sini dgn environment yang jauh sekali bezanya dari Malaysia.. Alhamdulillah dia boleh menyesuaikan dirinya di sana.

Kami sempat gak merakamkan aksinya di school utk tontonan dia nanti.. Pas tu kenala bagitau yang krismas ni bukan perayaan kita dan tak boleh disambut oleh orang Islam. Kang dia seronok lak nak beraya umah kawan mase krismas nanti... Payah lak kita nanti.. k masih di hari raya, Selamat Hari Raya Haji...

Balaklava.. Pengorbanan Pun Bermula..

Di pagi yang hening, kedinginan mula terasa walaupun di musim panas ni. Kemungkinan Allah telah memberi rahmat utk ummat Islam di Adelaide ni mengerjakan solat sunat Aidil Adha dengan selesa dan tenang. Babalim sesudah menyelesaikan solat subuh n takbir raya, terus sahaja menyelesaikan apa yang diperlukan. Biasalah persiapan hari raya. Ammi pun begitu juga. Percubaan penyediaan masakan utk hari raya yang pertama kalinya dengan panduan internet iaitu kuah lodeh, nasi impit, kuah satey dan rendang daging memang menjadi juga. Budak2 lum bangun tido lagi..

Apabila budak dah nak bangun, Babalim dah bersiap nak ke Masjid Wandana. Cadangan asal bagi geng2 korban lembu ni nak ke Masjid Al Khalil, tp sebab jauh sangat nak ke tempat penyembelihan di Balaklava maka bersolatlah di masjid Wandana ni. Memang sedap makan masakan Ammi ala2 terasa cam makan rendang Malaysia lagi. Jam 8 pg solat sunat akan bermula. Babalim kena bergegas ke sana dgn memakai pakaian melayu lengkap bersampin dan pakaian korban juga dibawa. Yaya n Adek akan berada di rumah bersama Ammi sambil menunggu isyarat dari kaum muslimah bagi acara makan umah terbuka di umah Fahmi dan langsung ke umah Abang Zai bagi acara memotong lembu dan kambing dan dibungkuskan utk diagihkan kepada para muslimin dan muslimat yang layak menerima...

Di masjid Wandana dah ramai org n melimpah sampai kat luar pun. Biasalah tak besar mana pun. Bila ramai yg berkumpul lebih2 lagi solat sunat Raya, ramai la yg datangnya. Ustaz Salam, imam solat sunat pagi tu memang best. Nampak muda dan hensem gak, org Turkistan (dekat2 sempadan Rusia) dan cakap Arab dia memang berabuk. Nak tau terbukti kefasihannya bila dia membacakan khutbah dalam Bahasa Arab. English dia pun ok. Bahasa Rusia dia lagila bole.. Dan pagi tu tak le berapa paham sangat sebab keseluruhan teks khutbah dlm bahasa Arab. Em... nak citer sikit pasal ustaz Salam yang menghadapi kehidupan mencabar di negara komunis. Tapi part ni kita citer dlm column lain sebab tajuk ni pasal Balaklava..

Dah settle bersalaman, berpelukan, bermesraan, dan ape2 yang boleh mengeratkan silaturrahim, maka kami pun bersiap sedia ke Balaklava. Dalam 11 org kesemuanya (Abg Zai, Abg Lan, Babalim, Safwan,Azman) satu keta dan Farouk dan geng2 bujang dengan menaiki sebuah keta dan sebuah van bergegas ke sana dalam sejam setengah perjalanannye. Tp dalam perjalanan tu ada la pulak kemalangan yang agak teruk la membabitkan sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah van yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk gak. Jarang dapat tengok eksiden teruk kat sini. Bila ada tu biasalah memang luar biasala.

Sepanjang jalan kami ke sana rupenye kawasan tu memang macam citer koboi. Ladang gandum seluas mata memandang, dan nampak juga beberapa ekor kuda meragut rumput, kambing dan lembu di dalam kandang, suasana kecoklatan memang jelas ketara di kiri kanan jalan. Walaupun agak jauh, tapi kami tak terasa pun. Sebab dalam keta pun asyik dok berborak. Biasalah masing2 pun jarang berjumpa, bila dah bersua memang macam2 isu dan citer la kami dalam keta tu.

Pendek citer, dah sampai di sana (Halal Meat, Balaklava) dalam kul 1045pg kami kenalak menunggu owner or pekerjanye datang sbb pagar dia pun kunci lagi da.. Rupenye owner lum settle gi beraya dulu lak. Sabo je la.. Org nak cepat ni nak balik sebelum kul 4 ptg n nak memotong, membungkus dan menghantar sebelum maghrib. Yela 5 ekor kambing dan sekor lembu, kang tak sempat lak siap di buang kulitnya nanti.. Kalo kat kampung Malaysia ramai dok tolong. Sini dengan tak de pengalamannya mau le tak sempat kul 4 settle nanti.

Dalam kul 11.30 baru sorang pekerjanya, mamat Aussie buka pintu pagar dan kelihatan di dalam kilang tu ada beratus ekor kambing dan beberapa ekor lembu yg dikhaskan utk dikorbankan pada hari ini dan berikutnya. Kami pun bersemangat la nak menunjukkan skill mengorbankan lembu dan kambing Aussie ni. Semuanya 1st timer.. Dan bila d owner sampai kul 12tgh, Mr Farouq (tak pasti org Arab ke org India muslim) dengan anak2 dia dan isterinye (org Aussie gak) menyuruh kami memilih sendiri kambing dan lembu utk dikorbankan. Tempat dia tak le besar sangat sbb bukan ladang ternak binatang ni. Cuma tempat sembelih je. Diorg pun beli binatang ni banyak2 utk tujuan penyembelihan secara halal. Pekerja muslim yang mengerjakan sembelihan ni pun ramai gak. Budak2 Aussie ni hanya melapah dan memotong ikut kreteria yg ditetapkan dan dibekalkan di sekitar South Australia dan Melbourne juga.

Dari pemilihan, kepada penarikan utk penyembelihan, fuhh dasyat la kami mengerjakannye.. Berdarah sana sini. Nasib kami tak berdarah. Tapi dlm pada kesibukan dan kekelamkabutan mengerjakan lembu rupenye ada gak tragedi yang melanda. Salah sorang anak Farouq dimasukkan ke hospital sebab tersepit tangan kat penghadang pintu antara kandang dan tempat penyembelihan. Biasala perkara2 ni kadang kala boleh berlaku. Lagi2 kalo nak sembelih lembu yang besar dan agak ganas aksinye tatkala mahu disembelih.

Sempat gak kami berpicnic di tepi kawasan sembelihan dan menunaikan solat jamak dan qasar Zohor dan Asar beramai2.. Alhamdulillah dalam jam 2 lebih kami dah settle semuanya.. Dan setelah lembu dan kambing yang di chillkan (disejukkan) ditimbang beratnya, barulah boleh kami bawa pulang utk dipotong dengan saiz yang lebih kecil lagi. Tp setiap daging kambing memang cun ikut standard kilang punya. Kalo nak memanggang sekor pun boleh punye. Tp nak sedekah kan eloklah dipotong kecik dan senang nak bungkus. KEmudian kamipun bergegas ke umah Abang Zai bagi mengerjakan pemotongan dan pembungkusan utk diagihkan kepada rakan2 muslim yang berada di Adelaide.

Dan sesungguhnya kesemua citer di atas tu kami hanya menjalankan acara pemerhatian (macam doktor pelatih daaa) dan sokongan moral kepada pekerja tetap dan sambilan Mr Farouq yang mengetelkan segala aktiviti sembelih dan lapah.. Hehehe.. patutla cepat siap. Tapi kami dgn bangganya gak mengucapkan tahniah kepada ketua delegasi korban kami, Abg Zai dan Pak Mud yang menjadi wakil sembelihan daging kambing yang cukup hebat dan bertenaga itu..

Sampai di umah Abg Zai dalam jam 3.45ptg kami pun memotong le ikut sukatan dan standard yang dibenarkan oleh SIRIM sini.. TIme tu ramai la yang datang membantu. Ibu2 tukang masak bagi keperluan bapak2 dan bujang2 yang keletihan sembelih tu. Anak2 lak main di laman termasukla Adek dan Yaya.. Suka diorg main2 dgn abang dan kakak yang berabuk gler Englishnye. Cam biasala Adek dan Yaya ni entam je la cakap. Yang penting paham dan leh main.

Dalam kul 8.10 kami pun pulang ke umah.. Cam biasa budak2 ni tido dalam keta kepenatan.... Pengorbanan yang udah bermula masih terus berjalan bagi misi seterusnya, di arena kehidupan yang mencabar di dunia fana ni.. Pengalaman yang tak bisa dilupain...

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Pengorbanan Mencari Keberkatan...











Hari ni kami betul2 mengemas umah sempena 1st time raya Aidil Adha di perantauan. Yaya pun bersungguh kemas, dgn vakum satu rumah. Ammi pun bersungguh masak ketupat n kuah satey citarasa Adelaide, n Rendang Campbelltown yg harum n enak dimakan bersama kawan... Babalim akan mengemas umah dalam n luar. Kat luar nak memotong rumput guna mesin rumput tangan khas yg memang dah ditinggalkan oleh Abg Rusdi utk digunakan.

Jadi tak nak citer panjang, kami di sini ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat Melakukan sembelihan Korban, Bertakbir n bertahmid, Bersedekah dan melakukan ibadah yang lainnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh keinsafan. Ampun maaf dari kami dan semoga kita berjumpa lagi di lain masa, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki!"

.......................