Wednesday, December 31, 2008

Bermesra Bersama Wallaby, Koala & Kanggaroo di Gorge Wildpark.




















Tak nak tulis bebanyak. Tempat memang best!! Leh layan binatang macam kawan baik. Harge tak le mahal sgt, tempatnye pun tak le jauh sangat. 1st time in our life, memegang dan bermesra dgn haiwan yg hanya terdapat di Aussie ni. Wallaby (kanggaroo kecil), Koala, dan Kanggaroo serta haiwan mergastua lain yg lalu lalang macam jalan dlm hutan kecik tapi leh tido2, peluk cium dan sebagainye. Pendek dan panjang kata memang berbaloi dan menghiburkan..

Nak tau cam ne kehebatan tempat yg bercirikan alam sekitar yang tenteram dan nyaman, mai dtg sini. Dah dtg sekali pasti nak lagi, tp lambat sikit la kot.. hehehe.. Saksikanlah gambar2 kami yg menarik sepanjang berada kat sini

Oh ya, tempat ni hasil cadangan Umar Faruk yg pernah ke situ sebelum ni.. Pegi dalam kul 11 lebih. Harge tiket, Baba dpt murah sikit sbb guna student card, dalam 10 dollar je, Ami 13.50 dan Yaya free. bukan free tp sbb dia tak terkira lak. So declare free la. Ikut Yaya kena bayar 7.50 dollar, kira halal je la...

Ptg dalam kul 3 lbh kami kuar tmpt tu, siap port kat park tepi jalan makan, buang air n solat.. Siap Yaya main freez B dgn Baba n Uncle Faruk. Angin sepoi bahasa n nyaman. Balik singgah jap empangan air Kanggaroo Creek apa lagi kalo bukan bergambo dan mengharungi jalan bersimpang siur, bergunung ganang dan berbatu2an di sepanjang laluan air River Torrens.

Dan tak lepaskan peluang beli strawberri di tepi jalan yg fresh hasil tanaman pakcik Aussie di umahnye tak jauh dari situ.. Sedap dan manis. Enak ditelan begitu saja!!

Menangguk Cocle di Air Yang Keruh, Mengintai Pingu di Hari Yang Mendung
















Gowla Beach, tempat destinasi pertama kami sempena usrah group summer programme bagi akhir thn 08 ni. Tempatnye bersih dan menarik. Tetapi yang mencabarnye, angin kuat gler, sampai kalo main layang2 mau putus tali, kalo berkhemah senget dan porak peranda, kalo mandi bergelora ombaknye, kalo mencrocle susah nak dptnye dan kalo setakat window shopping, merasa kepedihan mata disebabkan pasir pantai yg menghambur. Bebudak agak hebat sebab kuat gak melayan gigi air walaupun kesejukan melampau dek angin yg kuat itu. Tp pas kuar air, jd parkinson le (menggigil satu badan) tak tahan sejuk kena tusukan angin kencang yg menusuk tulang sum sum dan pankreas.

So destinasi ni tak le lelama, Adek Hamzi pun dok ckp nak balik je. Sepatutkan ikut jadual nak crocle dan memanggang ikan kap kat situ, tp terpakse tukar jadual memanggang di muara sungai Murray tak jauh dari tpt kami beraksi dgn kesejukan di Goolwa Beach. Kat sana, Abg Zai n family serta rakan sepermancingan yg cukup rajin dtg seawal jam 6 pg (kitorg sampai pun dkt 11 lebih) menunggu kami utk memanggang ikan kap emas yg besar dan agak banyak itu. Sampai je, kami ni jadi pemerhati bebas la. Bentang kanvas biru yg besar kepunyaan Faruk, budak2 pun bertebaran la main atas tu, dan set BBQ pun dikeluarkan utk dilaksanakan aktiviti memasak plak.

Mujur ramai la yg menolongnye. So proses masak memasak, hidang port luck dilakukan dgn cepat dan selamat. Sbb hari pun dah masuk tengahari, time lunch, maka ramaila yg berkeroncong utk ana. Makan tepi muara sungai yg cun dan nyaman tu membuatkan kami asyik dan lebih mesra time borak dan menonton aksi pemancing yg berjaya mendapatkan hasil tangkapan yg agak lumayan gitu. Pas solat jama' takdim (dah lepas 2 marhalah, jauh gak tempat ni) kami pun nak balik. Penat gak sebenarnye sbb Babalim pg tadi pun sempat melangsaikan kerja di beberapa buah rumah.

Syam n family n Aizudin n family cadang pas tu ke Granite Island di Victor Harbour. Ape yg menariknye kat situ. Rupenye ada pingu (penguin) di sana yg jarang leh lihat di negara2 lain terutama Msia yg iklim bukan dingin. Ape lagi, kami pun joint la same ke sana. Jarak perjalanan ke tempat tu tak le jauh sgt. Memakan masa dalam 20 minit gitu. Tempat tu memang menarik sbb kami hanya perlu meniti jambatan dalam 500 meter, dan kalo pusing 1 pulau adalah dlm 750km. Scenary memang cun.. Tambahan lak time tu sedang berlangsung acara gerimis angin bayu, fuh memang syahdu la romatika... Amik gambo aje la kami kat pulau tu tak kirala di posisi mana kami berada lensa kamera digital setiap pasangan keluarga tak lekang ditekan utk mendapatkan shoot terbaik.

Antara yg menarik adalah dpt menonton habitat penguin secara dekat, menonton panorama sekitar pulau yang menarik, dapat menonton kuda sekor warna putih membawa bebanan penumpang yg agak ramai (20 org) lalu di jambatan yg menghubungkan Victor Harbour ke Granite Island, landskap pulau yg kekuningan sbb lalang dia warna kuning, batuan pelik yg bermacam rupe, dan yg bestnye air laut menghempas pantai kebiru2an...

Yaya memang excited memanjang sampaikan kami asyik ketinggalan di belakangnye, lebih2 lagi ada sahabat karibnya, Iman, Ismail serta anak Aizudin yg agak sebaya dgn mereka. Mujur dia tak hilang sbb bila berjalan memang tak akan nampak dia. Lebih2 lagi ada lak fun fair kat situ yg memang memikat kalbu bebudak dan bisa memokaikan duit bapak.. Hehe, nasib baik tak dpt naik sbb ada playground yg besar dan best. Kira ganti la dia punya keinginan nak naik keta kecik kat situ. Mahal tak mahal ada la dlm 7 dollar sekali naik.. Mahal gler tu..

Balik tu sempat beli sedikit donat rasberry yg sedap dan unik utk santapan petang. Perjalanan yg agak jauh dlm sejam lebih menyebabkan kami kelaparan gak. Ammi pun maleh nak masak. So singgah le memana tempat utk menyentap pulak bagi dinner. Mujurlah dpt singgah ke Queen Pizza di Daws Road seperti mana yg dipromote oleh Asif n Nuha(baru je balik Msia beberapa hari lepas sbb abis study degree dia) Sedap dan murah.. Tu je yg dpt digambarkan terhadap apa yg kami lalui time dinner tu.. Cuma 19.95 dollar siap family pizza, 2 garlic bread dan air cola 2.25l. Siap separuh pizza bawa balik sbb besar sgt. Org arab+India punya citerasa, memang unik dan mantap!! Cubelah!

Akikah Dr Zaki dan Safwan..

Alhamdulillah hari ni saya agak berkelapangan utk menulis blog yg dah lama sebenarnya tak tulis. Al maklum cuti panjang time summer ni, menghangatkan lagi tangan ini utk memperlakukan aksi penulisan penuh cobaan. Nak wat cam ne, malasnye mengatasi rajin. Lagipun ada je aktiviti yang nak dijalankan, dihadiri dan diredahi.

Tapi segala2nya berlaku pergi dgn sekejap sekali. Kononnya mahu menyiapkan laporan XPDC ke Melbourne, Sydney n Canberra pun hanya jadi tentatif program. tu pun edit from kawan punye ayat. So biasala, kadangkala kita rajin, dan kadang kala tu tak dpt nak rajin sbb ada benda lain yg terpakse dibuat. Ni citer yang agak lama gak tp penting gak utk dibagitau... Citer Akikah bagi dua org kenalan yg cukup rapat dgn kami sekeluarga.

Ok pasal akikah ni rasenye dah kali kedua kami attend selepas umah Abg Man di Daws Road, Pasadena. Di umah baru Dr Zaki bagi akikah anaknya yg ke 3 (Mujahid) yang berlangsung pada 27 Dis 08 dan Safwan lak bagi 1st baby dia (Wafiah) dijalankan di umah sahabat bujang dekat la dgn umah Umar Faruk pada 30 Dis 08.

Alhamdulillah kedua2 program dijalankan dgn lancar sekali. Bagi kenduri akikah umah dr zaki yg istimewa pasal makanan beriani dgn daging lembu. Cukur rambut dan selawat pun dilakukan mcm style kat Msia. Cuma marhabannya je pakai satu nada, tak le bervariasi cam kat Msia.

Umah Safwan time makannye best gak, sbb panggang lamb chop yg memang disukai ramai termasuklah Babalim. Kari kambing pun ada. Program simple, siap ada powerpoint presentation saat2 sebelum dan selepas kelahiran. Yang penting kedua2 program berlangsung dgn aman dan mesra alam gitu. Ramaila sahabat handai jauh dan dekat menghadiri program mereka.

InsyaAllah time kami akan tiba.. InsyaALlah..... Tunggu...

Sakit Seluruh Badan....

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata "Doktor saya kesakitan, saya tidak mau mati lagi, Doktor".
Disebabkan rasa kasihan, doktor tersebut kembali ke pejabatnya semula dan berkata " Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"
Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata,"Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"
Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.
Pesakit itu berkata " Lihatkan Doktor, hampir seluruh badan saya kesakitan, adakah saya akan mati doktor?"
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, “Biar saya pereksa dahulu penyakit apa yang awak hidapi”.
Selang beberapa minit, doktor pun berkata, “Saya dah jumpa penyakit awak, jari tangan awak sebenarnya yang patah"

Sunday, December 28, 2008

Words of Great Wisdom (Sempena Maal Hijrah 1430H)


"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."
(Syair)

Friday, December 26, 2008

Tentatif Perjalanan Selama 7 hari di 5 destinasi Aussie yg menarik!!

Itinerary Trip Adelaide-Mt Gambier-Melbourne-Sydney-Canberra-Wagga-Wagga-Adelaide

14/12/08
10am ambil kereta sewa.
12pm bertolak ke Mt Gambier + aktiviti sepanjang jalan
9pm bermalam di Mt Gambier (Limestone Coast Tourist Park)





__________________________________________________________________












15/12
9am aktiviti sekitar Mt Gambier (Shinkhole, Blue Mountain)
2pm bertolak ke Melbourne










4.50 pm singgah di Twelve Apostles
11.30pm bermalam di Melbourne (Ashley garden BIG 4 holiday village)














__________________________________________________________________
16/12
10am bertolak ke Sydney (singgah KFC halal di Sydney Rd, Melbourne)
2.45am bermalam di Sydney - sesat mencari penginapan (Sydney Hills Holiday Park)








____________________________________________________________________
17/12
2.30am aktiviti di Sydney
i) Darling harbour
ii) Opera house
iii) Botanic Garden















____________________________________________________________________
18/12
10am aktiviti di Sydney (Aquarium dan Safari Sydney)
5.30pm bertolak ke Canberra
10pm bermalam di Canberra (Canberra South Motor Park)




















____________________________________________________________________
19/12
10.30am berjalan di Memorial War Muzium
1.30pm solat Jumaat di Masjid Kedutaan dan bergambo di Suruhanjaya Tinggi M'sia
4pm mencari Krispy Krim di Westfield Shopping Mall Belconne
5pm bertolak ke Wagga wagga,NSW
8pm bermalam di Wagga wagga,NSW (Wagga wagga Beach Caravan Park)





____________________________________________________________________
20/12
10.30am bertolak ke Adelaide
12.30am sampai di Adelaide

____________________________________________________________________
21/12
10am hantar kereta (Alhamdulillah ok)

memenatkan tp menyeronokkan.. Pengalaman yg tatap menjadi pojaan atiku..

Monday, December 22, 2008

Seminggu tak menulis, rasa rindu.. Tunggu kemunculan 7 hari jelajah 3 negeri di Australia

Rasa penat masih terasa tatkala puas menjelajah di 3 negeri besar di Australia, (South Australia, Victoria dan New South Wales). Perjalanan yg paling jauh dlm idup kami, bayangkan hampir 2500km dlm masa 7 hari. Cukup memenatkan badan... Tunggu cerita detail yg mencabar dan sangat menguja fizikal dan iman kami.. Thanks for Bro Syams n family n Mans n family kerna mengizinkan kami utk berpergian dgn jauhnye di tempat yg cukup asing bagi kami..

To Be Continue...