Friday, January 16, 2009

Poster Program Selamatkan GAZA 09 di Nailsworth, Adelaide.







Datanglah utk memberi sokongan dan kepedulian kita terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza!
Moga Allah merahmati kita semua! Allahuakhbar!

Untuk keterangan lanjut, sila layari :

http://selamatkangaza.wordpress.com/

Protes Kebinatangan Zionist di Adelaide!!

Salam Perjuangan!


Wahai sahabat2 Islam di seluruh dunia


Bangkitlah dari ketiduranmu di tanah airmu yg tercinta

Berjuanglah demi menegakkan Islam tercinta

Berjihadlah di jalan kebenaran

Hancurkan segala kezaliman dan penindasan terhadap Islam

Jangan biarkan mereka bermaharajalela

* program protes di hadapan Parlimen Australia telah dijalankan pada hari Ahad lalu 11jan 09 yang diketuai oleh pemimpin OZ dan muslimin seluruh dunia di Adelaide. Hampir 1000 org yg hadir

* InsyaAllah esok pg jam 10 di Nailsworth, Adelaide, ada lagi program susulan from MISSA (Malaysian Islamic Society of South Australia) Program Selamatkan Gaza! Persembahan nasyid istimewa dari X-Brotherz dan Muslimeen United! Datang jgn tak datang!

Tuesday, January 13, 2009

1st time birthday Adek Hamsyari kitorg wat di Adelaide

Assaalamualaikum Salam Sejahtera..
Sesungguhnya Maha Besar ciptaan Allah, yg memberikan hamba-Nya nikmat kemakmuran dan rezeki yang melimpah ruah di bumi ciptaanMu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Buat pertama kalinya majlis hari lahir putera kami yg ke-2, Hamzi Hamsyari bin Abdul Halim dilangsungkan di teratak kami di James Street, Campbelltown.

Alhamdulillah program yg berlangsung pd 11 Jan 2009 atau 14 Muharram 1430H bersamaan pada hari Ahad lalu, berjaya dan penuh warna warni belon dan aneka macam makanan yg dimasak Ami Sara atau kiriman makanan dan kek dari tetamu yg hadir. Tak lupa juga warnian dari hadiah yg hebat2 dari rakan dan taulan yg mengenali Adek (Hamsyari) sama ada secara langsung maupun tidak langsung

Program yg berlangsung dari jam 6 ptg di belakang rumah yang agak besar dan luas itu, turut dibantu oleh 3 org muda yg kuat dari Adelaide, iaitu saudara Farouq (ketua tukang BBQ) dan pembantu2nya (Ucop dan Faizal) yang mana tanpa mereka tak cukup tangan dan kaki kami mengendalikan majlis yg rata2 dihadiri hampir 30-40 org tetamu termasuk kanak-kanak.

Program ni secara keseluruhannya dikendalikan dan dirancang oleh Ami Sara dan dibantu Babalim, Yaya dan Adek. Lebih kurang dalam 2 minggula perancangan dibuat dari pembelian barang makanan sehinggalah perhiasan majlis dan budak2. Memang sejak duduk di Malaysia kami suka menganjurkan program hari lahir bg merapatkan ukhwah antara kami sekeluarga dan juga rakan taulan yg lain dgn lebih rapat dan mesra.

Dan sesungguhnya perancangan yg baik itu datangnya dari Allah dan kelemahan itu dari diri kami sendiri. Majlis memotong kek aiskrim bentuk kereta hasil kreativiti Ami Sara dilaksanakan dengan jayanya oleh Adek walaupun berkali2 meniup lilin sehingga padam. BBQ kali ini ayam yg terdapat 3 rasa, ikan kap emas dan sosej yg laku begitu saja...

Segala yg dirancang berakhir dgn majlis bergambar beramai2 dikalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Lebih kurang jam 8 ptg (maghrib dalam 8.30mlm) majlis berakhir dgn buah tangan iaitu makanan yg masih berbaki dan juga buah apricot hadiah dari jiran sebelah yg kami sendiri pun tak makan sangat. Terima kasih daun keladi buat sahabat handai yg hadir. Tanpa kehadiran kalian, tiada serinya majlis kami di bumi Adelaide ini.. Sukran!!

Adik bersama hadiah yang berjaya dimilikinya...

Friday, January 9, 2009

Lambaian Gaza.. - Bakal dinyanyikan pada Prog Selamatkan Gaza.

demi awan mu yg berwarna perih getir
demi bumi mu yg parau menjerit
demi dirimu yg jauh dan berlari datang mendekat
aku bisa melihat lambaian mu

usia derita mu menjangkau tua
tangisan jua sudah parau
nadimu tinggal nyawa ikan
menanti untuk hancur berlarut dgn warna ngeri

gaza!
kasihan dirimu dimomokkan
dari meja-meja persidangan
sang pimikir kononnya ingin membela
berakhir dengan air sejuk membasah tekak sendiri

lambai mu kini amat menguris
darahmu kini mencorak warna dunia
kesihan kau mengemis simpati
pertolongan bersifat kabur
kau pun menanti dan menanti

padamu gaza
doa kuiring agar lambaianmu sampai ke pintuNya
dan nusrah pun turun......

Nukilan Roslan Shariff
Melodi Bro Halim

Thursday, January 8, 2009

Selasa Bekerja, Rabu pun Bekerja.

Selasa biasala kerja part time wat benda alah tu.. Tapi panasnye berdekang, dalam 32C suhu musim summer ni, leh tahan la membakar kulit. kerja lak kuar lambat dlm kul 8 lebih, bih kurang kul 2 lebih abis le. Penat tu biasala, tp still leh epy la sbb dpt nengok umah di kawasan baru yg macam2 pattern dan design. Cunnye kalo dpt umah cam tu... Angan tak sudah..

Rabu lak kerjanya yg hakiki la, jumpe supervisor, membentangkan kerja yg dah settle, membetulkan ape yg tak betul. Pagi Baba dah siapkan kerja yg patut utk dibentang, dan cadangnya nak naik mountain bike baru yg dibeli di cash n converter (murah je, tp design canteeK) dan tunggu di port baru. Hanya 1 bas boleh terus ke uni. Sbb sebelum ni guna 2 bas, lambat sikit la, so nak le try kat tempat tu yg dipanggil O Barn, kira cam ekspress la di mana bas hanya akan singgah di beberapa stesyen yg dibenarkan. Mase pun jimat sikit la.

Tapi sbb kuarpun lambat dlm 11 lbh, maleh nak kuarkan basikal, so naik keta, park kat Wooly, gi naik bas ke city, n dari city ke Uni. mujurla sampai tepat pada masanya sekitar 1.30 ptg utk berjumpa dgn 2 supervisor di bilik baru mereka. Diorg kerja memang efisyen, siap bagi guideline wat penulisan, memang betul2 guide kita la. Biasala, kita org baru, dan dunia baru di tempat baru, dan tak berapa mahir dalam penulisan jurnal yang agak mencabar dan tercabar itu. Tapi diorg cukup professional, siap bagi bahan buku dan jurnal. Malu gak sbb bawa note book je. Macam tak prepare ape2 lak. Tp ada bahan tu. Cume maleh nak bawa dalam beg ke hulu ke hilir. Tp everything ok, kena start dgn lebih aggresif le utk chapter literature review yg memerlukan kita mengulas skop research kite secara lebih critical dan mengikut arah yg betul. Sejam setengah gak la berdiskusi.

Balik je Yaya dok layan PS2 Star Wars yg baru disewa semalam n adek lak baru bangun tido. Ami di dapur sedang plan utk resepi baru dan birthday party adek Ahad ni. Ptg tu Faruk dtg bagi gambo dari kamera dia time program Kurban Raya dan gi Gorge Wildpark. Ada gambo dari kamera dia yg Baba tak amik. Ptg tu aktiviti tak le sangat, cuma plan Ami nak masak donat dgn Yaya n Adek.

Tp Yaya ikut baba g solat kat Masjid Al Khalil yg kebetulan adalah hari ke 10 Muharam, org masjid wat berbuka pose sejak hari ke 9 Muharam. Hidangan dikhabarkan sedap, menyebabkan Baba n Yaya gi sana sambil diguideline jalan si Faruk. Kitorg tak le pose pun cume meramaikan majlis yg rata2 dipenuhi dgn warga Arab. Nasi Arab, lauk daging pun style Arab. so dpt la merasa masakan mereka yg sedap gak la. Cume portion org Arab ni banyak, bayangkan Yaya punye nasi sama cam portion Baba. Tp diorg yg tuangkan so kenala amik gak..

Balik malam tu singgah umah Faruk nengok hanpon baru dlm internet yg ada GPS.. Saje je sbb kalo kontrak kat sini 2 thn guna post paid, pas tu leh amik terus. Bayar monthly je ikut kadar yg ditetapkan.. Tp just nengok dulu.

Sampai umah dlm 10 Yaya dok sambung balik wat donat dgn adek n Ami. Menjadila gak.. Dorg je makan, sbb Baba dah kenyang gler dgn lauk pak arab td..

Berpicnic di Flinders Uni..

Hari Isnin Babalim (Baba) bersama Ami, Yaya dan Adek pergi ke uni, tengok bilik baru di bangunan baru school Baba dkt dengan Main Building n Library. So, pas ni tak de la Baba gi lagi ke bangunan lama yg menjadi hak milik jab kejururawatan..

Bangunan tu memang moden, tingkap pun banyak, bilik pun canggih dan ceria. Terang dgn pelbagai kelengkapan perabot moden dan minimalis. Sempat berjumpa Jeanette (advisor postgrade educ) utk tunjukkan bilik baru baba dan bilik makan dan rest room bersama Yaya yg beriya sangat nak nengok tempat baru Baba. Berkongsi dgn 2 rakan dari Indonesia, sorang Adi (akan habis thn ni) dan Nanang (baru gak masuk dlm bulan 8 thn lepas). So mereka ni la akan menjadi peneman Baba utk berdiskusi dan melakukan kerja penulisan thesis di dlm bilik yg mantap dan menarik itu.

Kat tempat makan nampak le pemandangan laut sbb kat atas bukit sikit. Memang cun la kalo buat air or panaskan nasi sambil duk kat beranda luar menikmati suasana nyaman angin dan laut yg membiru.

Citer pasal laut membiru tu la yg ajak sekali g picnic tu. Memang ramai la student2 sini berpicnic kat padang sebelah tasik Flinders. Airnye tenang walaupun agak kurang, sbb dah lama tak ujan. Adala beberapa habitat seperti itik, dan burung lain yg menumpang minum dan mandi kat situ. Duk kat padang yg menghijau tu memang tenang. Nampak di sebelah kiri pemandangan laut dari atas bukit tempat kami menapak picnic. Makan nasi dgn lauk ikan sardin dan sayur bayam kicap memang cukup sentimental di samping menikmati alunan angin yg merdu keudara dan celoteh yaya yg makan ikut cara dia dan adik gak yg makan main2 selepas bangun dari tidurnye..

Dan gak ajak meround satu Uni, solat di Muslim prayer, tengok cafe, shopping centre, library dan bangunan lain. Time student cuti ni tenang sikit. Ada pun student2 postgrade yg duk layan kerja masing2. Dapat le jumpa Talib dan Abg Mie yg menyinggah di cafe utk solat.

Pas tu kami ke Coles, Salvos dan Budget Halal Meals bagi persediaan utk 1st birthday party adek kat OZ yg insyaAllah akan berlangsung pada hari Ahad ni... Macam2 la dibeli, kelengkapan party bebudak, daging utk di BBQ dan makanan sampingan yg lain. Al maklumlah, 1st time gak nak ajak kengkawan sini. So kena prepare lebih dan kalo dapat program tu gempaq dan mesra alam dan manusia.

Sunday, January 4, 2009

Bingkisan Doa Buat Pejuang Palestin..

Ya Allah menangkan pejuang2 mujahidin di Palestin. Muliakanlah mereka kerana mereka mempertahankan kiblat kami yg pertama dan tanah suci umat Islam. Ya Allah kami menadah tangan memohon pdmu hancurkanlah tentera yahudi zionist dan sekutu2nya. Ya Allah makbulkan doa kami...Amiin...