Alhamdulillah setelah 2 minggu kami bersama Abg Rusdi, berakhrla titik pertemuan kami yg sementara ini. Tapi sedih gak bcoz Abd Rusdi la yg bertanggunjawab membawa kami ke tmpt2 yg menjadi makhluk asing bagi kami. Tanpa mereka tak tau le cam ne citer kami yg mungkin terkontang kanting mencari arah dan haluan. Kita merancang, Allah pun merancang, dan perancangan terbaik itu datangnya dari Allah..
Dipendekkan citer, Abg Rusdi n family berangkat dari umah ke airport dalam kul 11am. Ramai gak yg dtg membantu. Abg Nordin n family, Zul n family, n Nik yg belum ada family. Campur kami sefamily dlm 5 keta ke airport dgn membawa bagasi besar 4, golfer 2, yg tangan adalah dlm 5 cam tu.. bayangkan cam ne diorg nak bawa ke sana..
Kat airport agak kecoh sikit gara2 pemeriksa bagasi tak dpt kenalpasti abg Rusdi ni student ke tak bcoz of kad student tak clear dia masih student bagi thn ni atau tak. Stiker tercabut so memang tak berapa clear. Tujuannya bagi membawa bagasi lebih 30 perhead bagi student yg nak pergi ataupun balik. Tp Alhamdulillah semua berjalan lancar. Idah n Adi nampak excited nak balik. Biasala nak main game n nengok movie dlm flight. Mesti seronok balik kg jumpe atok n nenek mereka.
Mase nunggu ke checking terakhir sebelum masuk flight, Abg Nazri (penghulu Flinders) berpesan kpd Babalim bahawasanya jgnla kamu terlalu mengikut hawa nafsu nak balik cpt pabila melihat mereka bepergian (balik ke Malaysia). Ingatla! Bahawa kamu baru je 2 minggu sampai di sini. Babalim dgn jaminan terhad mengatakan 'Jgn risau wahai penghulu Flinders! Aku akan tabah menghadapi bersama family tercinta di sini, demi masa dpn kami. InsyaAllah akan ku habiskan pengajianku di sini mengikut perancangan'
Dlm kul 3 ptg lebih kami bertolak kembali ke umah. Parking mahal la gak. 3 jam abis pulun duit dalam AUD9. Ceh! tak pela sekali sekala g airport..
Kami bergegas pulang kerana ada usrah yg akan kami hadiri buat pertama kalinya di Adelaide ni. Usrah ni dikendalikan oleh Abg2 yg dah menetap n bekerja lama di sini n mendapat pemastautinan tetap atau (Permanent resident). So tujuan usrah ni bukan sahaja dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kami rakyat Malaysia di Adelaide, tetapi dapat memberikan ilmu dan maklumat tentang kepentingan mempelajari ilmu agama Islam bagi membimbing kami sentiasa di jalan yg luruss. Dan menariknya usrah kali ni menceritakan berkenaan penciptaan manusia di dunia dan perjalanan pertama Nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi.
Alhamdulillah tak sia2 kami sefamily join usrah tu. Memang ramai kawan tua dan muda yg kami kenali. Usrah family ni memang dijalankan setiap hari Sabtu secara bergilir2 di kebanyakan umah Abg2 PR. Diorg ni hebat2. Ada yg doktor, jurutera, usahawan dan sebagainya. Usrah dijalankan sebelum maghrib, sbb maghribnya lambat dlm 7.50pm. So kalau buat dlm 6.30pm memang sempatla menghabiskan sesi usrah selama sejam.
Selepas tu kami bersembahyang di Masjid Al-Khalid yg merupakan antara masjid terbesar n tercantik di Adelaide. Jaraknya dgn umah Dr Badrul (tuan rumah) dlm 500km. Masjid ala-ala Malaysia ni di dalamnya ada lukisan kaabah di tengah2 mimbarnya. Imamnya org Arab. Kalau solat terawih kat sini memang 1 juzuk Al-Quran la.. Kebanyakan org Malaysia suka sembahyang kat sini terutamanya ketika solat Aidil Fitri. InsyaAllah solat Aidil Adha juga akan berlangsung di sini. Leh la kami join sekali nanti.
Rupa2nya ramai yg dah tau status babalim yg dulunya pernah berkecimpung dlm arena nasyid dgn kumpulan yg sekarang ni memang asing sekali di kalangan muda mudi iaitu... hehehe..
Tukar site
14 years ago
No comments:
Post a Comment