Friday, April 17, 2009

Sekali sekala berekriasi dan beraksi!!

Masih basah, kenangan indah, zaman cemerlang, era gemilang,
Ketika Rasul, ada disisi, para sahabat mentadbir bumi,
Zaman Nubuah, era Khulafa, Islam laksana api yg menyala
Menerangi teman, dan juga sahabat, bahang panas yang membakar lawan...
(Nazri Raihan)
Aksi dua lanang sedang menarik bajakan yg klasikal lagi berat tu.. Pas tu makcik Cristine dtg bagitau tu kawasan larangan.. Hehehe sempat gak la bergambar...

Episod II

Tempat menarik, suasana pun indah, nyaman dan bersih.. Sesuai kalau buat program rekreasi sambil menikmati alam ciptaan Allah yg amat indah di bumi OZ ni...

Alhamdulillah, Allah telah memberi kesempatan kepada ku n family untuk hadir sama menjayakan program Autumn Gathering 2009 yg dijalankan setiap tahun khusus utk pelajar baru.. (undergrad n postgrad yg sudi) Ia dianjurkan bersama MISSA dan ISMA.

Kehadiran memang mantap! Ramai yg hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memeriahkan suasana dan memberikan buah fikiran yg berguna..

Antara acara menarik seperti mana yg dikatakan sebelum ni memang sangat2 diperlukan.... Ilmu bermanfaat terutama cerita pasal Tamadun dan Sejarah Islam hasil ceramah mantap Dr Zaki yg penuh informasi, padat dan bermaklumat. Pastinya langsung tak sama dgn sejarah tamadun Islam yg kita dok belajar dulu.. Mana taknye time belajar dulu tak dikaitkan langsung antara Islam dalam Sejarah, dan sejarah dalam Islam.. So kita pun tak amik kisah sangat pasal zaman Khalifah yg penuh kegemilangan, kemajuan dan akhirnya tumbang dan hampir hilang ditelan tamadun barat yg penuh keduniaan dan penipuan... Lebih hina lagi, negara Islam terus dijajah, ditindas dan dinodai satu persatu dengan zalimnya hingga ke saat ini.. Lebih buruk lagi digelar terorist!
Masa nila kita perlu mengembalikan kegemilangan yg dulunya memang milik kita! InsyaAllah kitalah penggeraknya... Kegemilangan Islam yg dijanjikan Allah dan Rasulullah...

Ok la, tak reti nak citer panjang... so bagi gambar je la nak menjelaskan kehebatan dan semangatnya program terbabit.. Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada urusetia program terutama geng2 MISSA dan ISMA yg berjaya melaksanakan program dan mudah2an mencapai objektif program yg mantap dan bermutu tinggi itu! InsyaAllah ada rejeki kita ketemu lagi di thn hadapan!!

Gambar 1: Bergambar dengan Shila isterinya Asnan, sama2 mengidam dan memabuk...



Gambar 2: Ni peraduan baba.. Yaya n Adek tido dgn Ami kat kabin lain.. Hehe.. tak de khemah..




Gambar 3: Pandangan dari hutan ke arah peraduan pejuang lelaki...


Gambar 4: Selepas penat lelah melayan aksi Tressure Hunt dan War Games!! Penuh aksi dan stragegi dihutan tak tebal, tasik nak kering, rumput tak tumbuh... Gersang gitu..

Gambar 5: Acara terakhir menerima sijil simpanan tetap... Hehe macam terima sijil kursus kawin da.. Sijil penghargaan la...

Gambar 6: Jom makan, makan jom.. Acara tetap dan ditunggu2...

Gambar 7: Bergambar kali terakhir sebelum kami kembali ke Adelaide. Bakal menjadi pejuang Islam menegakkan kalimah Allah...

Tuesday, April 14, 2009

Autumn Ghatering 2009!! Longwood Camp, Adelaide Hills


Memang penuh dramatik, fantastic dan semangat membara!
Antara yg sangat menarik berlaku :
- Aktiviti menyusuri tasik, kawasan berbukit, dan hutan OZ.
- Kembali ke zaman Rasulullah dan Era Khalifah.
- Era kejatuhan keagungan Tamadun Islam yg tragis dan menyayat hati..
- Islam di tindas dan dijajah sehingga kini..
- Membina generasi Islam menyambung syariat suci..
- Dan banyak lagi...
Segala cerita selanjutnya akan dipaparkan tidak lama lagi.. tunggu..

Open House di Umah Atie Pasadena..

Program pas solat Jumaat lak.. Penat pagi tu belum settle lagi.. (picnic di St Kilda) Tp Alhamdulillah masih sihat untuk menghadiri perkumpulan geng2 Flinders Uni sempena cuti Easter di umah Atie n Alimi.. Ramai gak geng yg datang..
Kiranya kitorg paling jauh, n confirm paling last sampai. Yg penting dpt gak bersua dgn geng2 sambil makan dan minum dalam keadaan sejahtera.. Biasala isu2 yg dibangkitkan soal beli2 barang di Adelaide, jalan ke mana, keja cam ne, study cam ne, politik ape citer dan macam2 isu dalam dan dunia..
Lauk dia pun dasyat.. siap ada tom yam 2 citerasa yg berbeza. Mee goreng dan kuih muih.. Kawasan kejiranan kat situ dipelopori org2 tua OZ, so kitorg ni tak leh la happening sangat, nanti ada lak yg datang join sekali lak.. Maklumla anak2 diorg ni tak balik kampung, gi melancong agaknye, so, maybe teringin gak nak happening walaupun pening.. Hehehe.. tak macam Malaysia, asal cuti perayaan berduyun2 anak2 pulang ke kampung. Tradisi kat sini hanya di ari Natal.. Tu pun banyak yg g melancong..

Jom Main Adult Playground kat St Kilda!!

Panorama indah dari atas bukit siap ada kota kayu yg menghubungkan ke 2 gelongsor yg tingginya dalam 10 meter
Adek n Yaya sempat posing di terowong yg menghubungkan gelongsor berputar dengan jalan keluar.

Ni nak belajar mengorek pasir.. Leh la Yaya apply jd bob d builder nanti..



Ni buaian berputar.. Budak2 tak leh nak buat.. kitala yg tolong tolaknye....

Suka Yaya naik benda ni. Tp masalahnya sgt popular, beratur panjang n tak larat nak tarik ke atas bukit balik utk digunakan org lain.

Ni yg 2nd panjang.. Aku pun dah torai dgn adek, memang best n mendebarkan.. Yaya, jgn citer la banyak kali dia wat..

Yg ni agak beralun.. Aku pun dah torai gak..


Yg ni yg agak gerun gak.. Turun secara berputar menghubungkan ke kawasan terowong di bawah.. Kira bukit batu ni ni diorg korek buat gelongsor berputar ni..

Citer Selanjutnya....
Aku dapat sms, family gathering di St Kilda, Adult Playground. Bior betul??

Tapi, tempat ni rupenya memang sesuai for adult n children. Memang gempak! Mana taknye 1st time aku merasai naik segala benda permainanoutdoor budak2 yg memang sesuai untuk budak n mak bapak jua.. Kira family playground la ni.. Jongkang jongkit, gelongsor, buaian dan sebagainya memang menggumbirakan hati sesiapa yg pergi ke situ..

Program tu sebenarnya dikendalikan oleh beberapa family di sekitar Adelaide sempena cuti 4 hari dari Jumaat sehingga Isnin (Good friday n Easter). Tp dibuat pada pagi Jumaat n sejam sebelum solat Jumaat kira balik la. So, ni kira outdoor activities la.

Tempat ni terletak di St Kilda kira kawasan kampung, siap ada org tanam bunga rose, dan tanaman lain, di tepi pantai yg indah, dan berbatu n berbukit2. Tempat ni kira laluan yg agak popular sebab menghala ke Flinders Range (kawasan pergunungan tandus cam Grand Canyon, US). Dalam 40 minit sampai. Kat situ ada Tram klasik (cam komuter tapi bentuknya pendek sikit dan design lama). Kira leh la nak jejalan sekitar St Kilda yg menarik sbb ada tanaman n terletak di tepi pantai. Yang paling penting, masuk adalah percuma...

Ramai gak yg joint untuk bersua muka, sambil makan tengahari (awal la sikit) dan melayan karenah anak bermain bersama atau sebagai pemerhati bebas..

Aku memang tak ketinggalan merakamkan aksi Yaya n Adik, juga melayani mereka jika perlu (memang perlu pun). Alhamdulillah sempat makan besar (sbb masing2 potluck) n balik solat Jumaat dgn jayanya...

Saturday, April 4, 2009

Sportboy in Sports Day.... Mottonya BUKAN NO. LAST!!

Langkah seorang jagoan masuk ke gelanggang... (sebenarnya datang lambat tu) selamber je lagi

ni acara kedua selepas lari dlm guni, baling pundi kacang dalam bakul. yg masuk dikira mata... x pasti dpt no berapa. kelihatan Pijin kawan seMalaysia pun satu Yellow dgn Yaya....
ni lak acara ke-3 masuk pundi lagi tp dlm hulahop, team diorg dpt no. 2...ni lak acara masuk bola kangkang... ha.. nengok Yaya siap posing lagi. jgn terkuntat sudah... ni dpt no last..... sbb control ayu n macho sgt diorg ni...
ni acara suka hati menebar roti canai, tak de pemenang mahupun pengalah. mak bapak pun leh joint!! suka hatinyer

ni lontar cakera padat... team diorg sekali lagi dpt no 3.. jauh gak Yaya baling, kira full mark la. biasa baling freeze B kat backyard.
ni acara kemuncak bagi bebudak. lari pecut 50m. lihatlah betapa ramai, yg penting bukan no last! Cayala Yaya.. Mana budak ni...???

Ha.... tu la hadiah bagi jagoan... Air yg dibawa dari rumah, tanda kemenangan diri sendiri....
Sempat melepaskan lelah sambil dibantu Ami sebagai penaik semangat. Adik pun sama walaupun penat....

Ni jagoan sebenar.. Acara mak bapak lari 75m.. penat gler.. Ami tak terlibat sbb bawaan budak. yg penting bukan no last! Hehehehe...

Laporan Keseluruhan - Hasbulah Awangan
Mantap!! Itu kata2 terakhir yg bisa ku ungkapkan.. peristiwa ni berlaku pada hari Khamis lepas jam 9am sampai 1.30pm... suhu 32C (panas la gak) cuaca agak cerah dan ceria... Sports Day at East Marden Primary School!! Teringat lak time sekolah rendah dulu....

Yaya memang bersemangat waja, walaupun team dia dapat no.3 acara group kecik, n keseluruhan lak umah yellow dpt no. 3 dari 4 team (red, green n blue), not bad la... yg penting bukan last.

Tp dia semua acara maintain macho n wat sungguh2.. walaupun dlm kumpulan dia ada yg slow motion, tp dia tetap bersemangat. Bak kata pepatah menang nasib, kalah sudah tentu.. Yg penting berusaha sampai berjaya n Bukan No Last!!...

Kat atas tu antara gambor2 menarik dan kurang menarik yg sempat disnapkan.... Sekian dari bilik tidor... Hasbulah Awangan melaporkan..

Tuesday, March 31, 2009

Memborong Barang Elektrik Klasik n Kontemporari

Baik punye posing adek di depan radio piring itam idaman Baba..
Peristiwa ini berlaku di ptg sabtu lepas, tatkala menunggu Yaya habis bowling.. Kami berkesempatan mencari sasi baki garage sales yg tumbuh bagai cendawan di pagi hari membawa ke petang..

Sedang berputar2 mencari garage sales dapat la 2 tempat yg nampak tak banyak, tp rupenya pelbagai product elektrik 2nd hand yg agak lama n klasikal.. 1st tu jual VCR (Video Cassette Recorder) harge 10 dollar. Anak org Itali ni nak pindah. So, sambar je la sebab kat umah abah di Serdang tu, banyak video2 nostalgia yg tak sempat nak convert cd yg lama tak tengok.. Video dia dah rosak so, ni penggantinya..


Belah bawah (atas tu PS2, 2nd hand gak) VCR ni jenama NEC, good condition, leh le nengok citer2 lama guna video kaset.. Teringat dulu2....


2nd places kat area Magill. Pun nak pindah gak. Tp isi dalam umah macam zaman 70-an. Semua set barang2 perabot memang klasik. Siap ada org2 sinkh borong habis barang perabot termasuk elektrik. Macam citer 3 Abdul da.. Kasi borong sama itu Ahmad Nisfu punye kedai... Kitorg sebenarnya nak cari washing machine, sbb yg kat umah tu dah almarhum... Tak larat lak nak basuh tgn selalu. Kat umah klasik tu ada la satu besar, tp mamat Sinkh ni kasi angkat satu kali juga da...
Memang cantik n menawan.. Koleksi klasik aku, biasala orang seni suka seni, so tak lari membeli product2 yg bisa membuat hati ini jadi sentimental, Tu dia koleksi piring itam aku sempat borong kat garage sales . Best oo...

So, time ronda2 dlm umah yg hampir nak kosong tu, tibe2 ternampak satu kat ruang tamu dia radio klasik baik punye condition, siap ada pemain cakera rekod itam, yg besar tu. Memang selama ini, ku mencari2.... Harga dia memang macam nak pengsan, dari 40 dollar dia less 75% jd 15 dollar je. Siap ada 2 speaker kayu, n pemain rekod dia pun still cantekk punye, so dgn rasminye pun menyambar dgn tak perlu berdolak dalih lagi.. Beberapa rekod klasik pun aku tibai sebiji dlm 2 dollar.. Berbaloi sungguh ari tu..
Yang pasti, bapak aku pun ada simpan kat umah piring itam lagu2 zaman 60 an dulu, siap ada lagu hindustan citer Bobby lagi.. Memang aku dah lama tak dengar, sbb sempat gak dengar masa mude remaja dulu pakai Abahnyer piring itam sebelum diisytiharkan rosak


Ni la product yg disyaki DRYER jenama Simpson... terpaksela menangguh basuh baju selama 4 hari gara2 tersilap beli da...


Balik singgah Good Day, beli mesin basuh sbb tak nak le cari 2nd hand kang rosak lagi, kenalak beli baru.. Jauh gak kat Pooraka. Dptla beli sejibik siap front door jenama Simpson, 4kg je. tanpa usul periksa sbb harga murah kami pun beli..

Dipendekkan citer, semalam dia antar, dok bukak, tengok salur air takde, pelik tul, sekali bila Ami Sara baca buku panduan dia, sekali DRYER da... Ceh, terpaksela tukar lain nak cari yg murah, langsung dapat LG, 7kg topup lak lagi 300.. Harap2 leh tahan lama n boleh bawa balik Malaysia la.. Hehehe...

Sunday, March 29, 2009

Yaya celebrate Aaron punye birthday kat Norwood Bowling Center.

Menunjukkan skill pegang bola
Dilorongkan kat tempat khas, susah nak pegang sendiri berat da..
Nila Aaron kawan Yaya


Pengalaman bersama kengkawan OZ berhappy birthday


Ni tak pastilak sapa namanya..


Wah dah besar anak baba ni.. Siap celebrate birthday kawan kat Bowling Center. Ramai gak kengkawan lain yg datang, yg pastinya suma jantan daa. Selected person je.. So, Yaya sorang je time tu yg Melayu. Ada gak kawan dia yg from Africa.. Pendek kata eppy gak dia dgn kengkawan dia.. Kita ni tukang anta n amik je.. Foto semua mak baba Aaron yg amik..