Tuesday, April 14, 2009

Jom Main Adult Playground kat St Kilda!!

Panorama indah dari atas bukit siap ada kota kayu yg menghubungkan ke 2 gelongsor yg tingginya dalam 10 meter
Adek n Yaya sempat posing di terowong yg menghubungkan gelongsor berputar dengan jalan keluar.

Ni nak belajar mengorek pasir.. Leh la Yaya apply jd bob d builder nanti..



Ni buaian berputar.. Budak2 tak leh nak buat.. kitala yg tolong tolaknye....

Suka Yaya naik benda ni. Tp masalahnya sgt popular, beratur panjang n tak larat nak tarik ke atas bukit balik utk digunakan org lain.

Ni yg 2nd panjang.. Aku pun dah torai dgn adek, memang best n mendebarkan.. Yaya, jgn citer la banyak kali dia wat..

Yg ni agak beralun.. Aku pun dah torai gak..


Yg ni yg agak gerun gak.. Turun secara berputar menghubungkan ke kawasan terowong di bawah.. Kira bukit batu ni ni diorg korek buat gelongsor berputar ni..

Citer Selanjutnya....
Aku dapat sms, family gathering di St Kilda, Adult Playground. Bior betul??

Tapi, tempat ni rupenya memang sesuai for adult n children. Memang gempak! Mana taknye 1st time aku merasai naik segala benda permainanoutdoor budak2 yg memang sesuai untuk budak n mak bapak jua.. Kira family playground la ni.. Jongkang jongkit, gelongsor, buaian dan sebagainya memang menggumbirakan hati sesiapa yg pergi ke situ..

Program tu sebenarnya dikendalikan oleh beberapa family di sekitar Adelaide sempena cuti 4 hari dari Jumaat sehingga Isnin (Good friday n Easter). Tp dibuat pada pagi Jumaat n sejam sebelum solat Jumaat kira balik la. So, ni kira outdoor activities la.

Tempat ni terletak di St Kilda kira kawasan kampung, siap ada org tanam bunga rose, dan tanaman lain, di tepi pantai yg indah, dan berbatu n berbukit2. Tempat ni kira laluan yg agak popular sebab menghala ke Flinders Range (kawasan pergunungan tandus cam Grand Canyon, US). Dalam 40 minit sampai. Kat situ ada Tram klasik (cam komuter tapi bentuknya pendek sikit dan design lama). Kira leh la nak jejalan sekitar St Kilda yg menarik sbb ada tanaman n terletak di tepi pantai. Yang paling penting, masuk adalah percuma...

Ramai gak yg joint untuk bersua muka, sambil makan tengahari (awal la sikit) dan melayan karenah anak bermain bersama atau sebagai pemerhati bebas..

Aku memang tak ketinggalan merakamkan aksi Yaya n Adik, juga melayani mereka jika perlu (memang perlu pun). Alhamdulillah sempat makan besar (sbb masing2 potluck) n balik solat Jumaat dgn jayanya...

Saturday, April 4, 2009

Sportboy in Sports Day.... Mottonya BUKAN NO. LAST!!

Langkah seorang jagoan masuk ke gelanggang... (sebenarnya datang lambat tu) selamber je lagi

ni acara kedua selepas lari dlm guni, baling pundi kacang dalam bakul. yg masuk dikira mata... x pasti dpt no berapa. kelihatan Pijin kawan seMalaysia pun satu Yellow dgn Yaya....
ni lak acara ke-3 masuk pundi lagi tp dlm hulahop, team diorg dpt no. 2...ni lak acara masuk bola kangkang... ha.. nengok Yaya siap posing lagi. jgn terkuntat sudah... ni dpt no last..... sbb control ayu n macho sgt diorg ni...
ni acara suka hati menebar roti canai, tak de pemenang mahupun pengalah. mak bapak pun leh joint!! suka hatinyer

ni lontar cakera padat... team diorg sekali lagi dpt no 3.. jauh gak Yaya baling, kira full mark la. biasa baling freeze B kat backyard.
ni acara kemuncak bagi bebudak. lari pecut 50m. lihatlah betapa ramai, yg penting bukan no last! Cayala Yaya.. Mana budak ni...???

Ha.... tu la hadiah bagi jagoan... Air yg dibawa dari rumah, tanda kemenangan diri sendiri....
Sempat melepaskan lelah sambil dibantu Ami sebagai penaik semangat. Adik pun sama walaupun penat....

Ni jagoan sebenar.. Acara mak bapak lari 75m.. penat gler.. Ami tak terlibat sbb bawaan budak. yg penting bukan no last! Hehehehe...

Laporan Keseluruhan - Hasbulah Awangan
Mantap!! Itu kata2 terakhir yg bisa ku ungkapkan.. peristiwa ni berlaku pada hari Khamis lepas jam 9am sampai 1.30pm... suhu 32C (panas la gak) cuaca agak cerah dan ceria... Sports Day at East Marden Primary School!! Teringat lak time sekolah rendah dulu....

Yaya memang bersemangat waja, walaupun team dia dapat no.3 acara group kecik, n keseluruhan lak umah yellow dpt no. 3 dari 4 team (red, green n blue), not bad la... yg penting bukan last.

Tp dia semua acara maintain macho n wat sungguh2.. walaupun dlm kumpulan dia ada yg slow motion, tp dia tetap bersemangat. Bak kata pepatah menang nasib, kalah sudah tentu.. Yg penting berusaha sampai berjaya n Bukan No Last!!...

Kat atas tu antara gambor2 menarik dan kurang menarik yg sempat disnapkan.... Sekian dari bilik tidor... Hasbulah Awangan melaporkan..

Tuesday, March 31, 2009

Memborong Barang Elektrik Klasik n Kontemporari

Baik punye posing adek di depan radio piring itam idaman Baba..
Peristiwa ini berlaku di ptg sabtu lepas, tatkala menunggu Yaya habis bowling.. Kami berkesempatan mencari sasi baki garage sales yg tumbuh bagai cendawan di pagi hari membawa ke petang..

Sedang berputar2 mencari garage sales dapat la 2 tempat yg nampak tak banyak, tp rupenya pelbagai product elektrik 2nd hand yg agak lama n klasikal.. 1st tu jual VCR (Video Cassette Recorder) harge 10 dollar. Anak org Itali ni nak pindah. So, sambar je la sebab kat umah abah di Serdang tu, banyak video2 nostalgia yg tak sempat nak convert cd yg lama tak tengok.. Video dia dah rosak so, ni penggantinya..


Belah bawah (atas tu PS2, 2nd hand gak) VCR ni jenama NEC, good condition, leh le nengok citer2 lama guna video kaset.. Teringat dulu2....


2nd places kat area Magill. Pun nak pindah gak. Tp isi dalam umah macam zaman 70-an. Semua set barang2 perabot memang klasik. Siap ada org2 sinkh borong habis barang perabot termasuk elektrik. Macam citer 3 Abdul da.. Kasi borong sama itu Ahmad Nisfu punye kedai... Kitorg sebenarnya nak cari washing machine, sbb yg kat umah tu dah almarhum... Tak larat lak nak basuh tgn selalu. Kat umah klasik tu ada la satu besar, tp mamat Sinkh ni kasi angkat satu kali juga da...
Memang cantik n menawan.. Koleksi klasik aku, biasala orang seni suka seni, so tak lari membeli product2 yg bisa membuat hati ini jadi sentimental, Tu dia koleksi piring itam aku sempat borong kat garage sales . Best oo...

So, time ronda2 dlm umah yg hampir nak kosong tu, tibe2 ternampak satu kat ruang tamu dia radio klasik baik punye condition, siap ada pemain cakera rekod itam, yg besar tu. Memang selama ini, ku mencari2.... Harga dia memang macam nak pengsan, dari 40 dollar dia less 75% jd 15 dollar je. Siap ada 2 speaker kayu, n pemain rekod dia pun still cantekk punye, so dgn rasminye pun menyambar dgn tak perlu berdolak dalih lagi.. Beberapa rekod klasik pun aku tibai sebiji dlm 2 dollar.. Berbaloi sungguh ari tu..
Yang pasti, bapak aku pun ada simpan kat umah piring itam lagu2 zaman 60 an dulu, siap ada lagu hindustan citer Bobby lagi.. Memang aku dah lama tak dengar, sbb sempat gak dengar masa mude remaja dulu pakai Abahnyer piring itam sebelum diisytiharkan rosak


Ni la product yg disyaki DRYER jenama Simpson... terpaksela menangguh basuh baju selama 4 hari gara2 tersilap beli da...


Balik singgah Good Day, beli mesin basuh sbb tak nak le cari 2nd hand kang rosak lagi, kenalak beli baru.. Jauh gak kat Pooraka. Dptla beli sejibik siap front door jenama Simpson, 4kg je. tanpa usul periksa sbb harga murah kami pun beli..

Dipendekkan citer, semalam dia antar, dok bukak, tengok salur air takde, pelik tul, sekali bila Ami Sara baca buku panduan dia, sekali DRYER da... Ceh, terpaksela tukar lain nak cari yg murah, langsung dapat LG, 7kg topup lak lagi 300.. Harap2 leh tahan lama n boleh bawa balik Malaysia la.. Hehehe...

Sunday, March 29, 2009

Yaya celebrate Aaron punye birthday kat Norwood Bowling Center.

Menunjukkan skill pegang bola
Dilorongkan kat tempat khas, susah nak pegang sendiri berat da..
Nila Aaron kawan Yaya


Pengalaman bersama kengkawan OZ berhappy birthday


Ni tak pastilak sapa namanya..


Wah dah besar anak baba ni.. Siap celebrate birthday kawan kat Bowling Center. Ramai gak kengkawan lain yg datang, yg pastinya suma jantan daa. Selected person je.. So, Yaya sorang je time tu yg Melayu. Ada gak kawan dia yg from Africa.. Pendek kata eppy gak dia dgn kengkawan dia.. Kita ni tukang anta n amik je.. Foto semua mak baba Aaron yg amik..

Monday, March 23, 2009

Birthday Yaya n Isa dibuat sekaligus...




Sabtu lalu juga berlangsungnya majlis meraikan kelahiran Isa anak Ibrisam n Yaya anak Halim di rumah Ibrisam di Atlanta Road. Disamping itu majlis perasmian umah barunya yang baru gak dah sebulan lebih kat situ. Antara acara menarik adalah makan beradab satu sama lain (nasi ayam), bercerita pasal fishing, gosip2 suam, dan lastly potong kek bagi budak2.
Dikhabarkan hampir semua jemputan hadir, yg pasti tak dijemput memang tak kan hadir.. Ibu2 pula di dalam rumah gosip gak, citer pasal anak2, aktiviti harian mereka, n shopping di garage sales. Pendek kata, acara tu nampak simple tapi penuh warna warni belon n hadiah dari rakan2 yg membawa dan memberi.

Terima kasih dari kami, Keluarga Halim n Keluarga Ibrisam atas kehadiran kalian, n sumbangan hadiah yg amat disukai budak2 ni.. Harap Maklum...

Isnin Lalu Check Baby...


Alhamdulillah minggu lepas selamat ditengokkan baby dlm tummy Ami yg dup dap bunyi jantungnya.. Segalanya berjalan lancar, siap bagi goodies pelbagai sample product baby, infos and majalah pregnancy. Budak2 pun excited main kat dlm waiting room n Midwife room mengkecohkan keadaan..

Pas settle sume dalam kul 4 lbh, siar2 kejap kat taman luar tu, bergambo sebelum berangkat ke Swinging Bowl pekena teh tarik n roti canai... Dapatla melepaskan kemaruk dan mengidam Ami dan kitorg gak...
Sehari sebelum g check baby, ujan agak lebat gak ptg tu.. Alhamdulillah lame gak tak ujan. So, idaman Ami time tu lak nak ikan bakar. Dapatlah gak meminta pada Abg Zai yg banyak stock ikan hasil pemancingannya hampir hari2.. Kuah sambal asam lak minta kepakaran Kay isteri Faruk watkan. Kira ngidam Ami termakbul sudah..

Monday, March 16, 2009

Kedamaian di Depan Laptop..

Percaya atau tidak, aku dalam beberapa minggu ni asyik tido lewat, gara2 menyiapkan kerja2 proposal ku yg makin lama makin mendalam citernye..

Nak atau tidak, aku tidak dapat melelapkan mata, gara2 keja tak siap dan due date cam nak dekat....

Pelik atau tidak, aku masih lg leh cool n happy, walaupun sebenarnya banyak lagi keja yg aku masih dlm KIV or on going...

Nah, tula penangan PhD (permenant hotak damage). Tp setakat ni lum la damage, or gugur segala rambut sbb terlalu banyak pikir n nak goreng ayat macam goreng ayam panggang madu..

Tp tu baru stage pertama, stage permulaan memulakan langkah menulis proposal.. Lum lagi nak collect data, proses data, present data, buat ayat2 saintifik yg berbunga2 dan sebagainya.. Pendek dan panjang kata, memang rasaa cam tak cukup nafas rasanya..

3 thn ni sebenarnya memang cam tak cukup. Tu pasal kalo ikut kat OZ ni diorg bagi 4 thn sbb tau ramai yg tak leh perfect siap 3 thn.. Kalo ada pun leh hitung dgn mata..(tak kan dengan kaki) Lagipun senang nak bagi visa 4 thn terus, tak yah lagi nak apply kalo extend tambah lagi 6 bulan pertama dan 6 bln kedua kalo tak settle gak dlm 3 thn...

ok rasenye ada 3 golongan yg dok wat PhD sama ada sampai tahap nak botak n serabut, atau pada tahap yg cool lagi smart sampai supervisor pun tak larat nak baca thesis hebat sgt n tebal beratus2 muka surat..

1. Golongan Biasa2
Emm.... ramai gak geng kat sini memang dok struggle, menyiapkan keja siang dan malam, pagi dan pagi balik esoknya.. Tp still tak berapa memuaskan bagi pihak supervisor. Yang ni golongan yg biasa berlaku, bukan kadang2 tapi kerap berlaku... Maybe hampir 60%. Same like me 2 la...

2. Golongan Ada2...
yg ni agak yg cool, leh wat sesingkat dan secepat yg boleh, n ok lak tu, tak banyak correction.. Yg ni merupakan golongan istimewa bak nyanyian Adibah Amin, Terlalu Istimewa... kira tahap dewa genius n smart, sbb leh wat dgn lancar tanpa major correction n leh abis 3 thn atau kurang lg.. Maybe tak sampai 10% kot...

Dan satu lagi golongan yg tak semua org nak, tp ada org kata okla tu... Yg penting lepas..

3. Golongan Tak Dpt nak Tolong..
Golongan ni memang memang tak de rejeki la... Allah punya kuasa, kita pun tak tau ape2 perkara yg berlaku lagi2 kalo yg buruk, kita tak siap2 gak walaupun dah bersungguh2 buat. Nak kata malas, tak la gak, nak kata tak pandai tak la gak, tp memang tak de rejeki nak siap cepat. Kena tangguhla, supervisor lari ke uni lain la, proposal tak mantap la, topik tak serasi la, n macam2 hal la..
Kalo yg dapat bertahan, 4 thn lebih masih leh struggle survive tuk siapkan sampai titisan peluh jantan terakhir..
Ada yg tumpas, balik ke pangkal jalan (balik Malaysia) sama ada sambung kat uni tempatan sambil bayar segala denda yg ditetapkan, atau buat dono, keja kat oversea, or balik buat dono gak keja kat uni tempatan sambil bayar denda (bagi yg dah tetap) n tak tetap terpaksa di reject cari keja lain dan bayar lak lagi segala anugerah pengajian selama ni yg dilalui... Kita bagi 5% (ceh mandai2 je)

So far, kat sini tak dela yg part tumpas di tengah atau di hujung jalan.. Kalo ada pun maybe 1%kot.. Tp kalo dapat jgnla tumpas, sbb macam2 masalah lak nanti.. Bak kata Nabil, lu pikirla sendiri

Maka, setakat ni, kedamaian di depan laptop perlu ada, untuk menyiapkan segala bekalan yg ada, untuk dipersembahkan kepada sang raja2, sekadar yg diketahui, sebagus yg dikehendaki..

Jgnla ada damai yg hilang, sebab nanti kita yang akan susah, masalah di masa mendatang...