Friday, April 17, 2009

Sekali sekala berekriasi dan beraksi!!

Masih basah, kenangan indah, zaman cemerlang, era gemilang,
Ketika Rasul, ada disisi, para sahabat mentadbir bumi,
Zaman Nubuah, era Khulafa, Islam laksana api yg menyala
Menerangi teman, dan juga sahabat, bahang panas yang membakar lawan...
(Nazri Raihan)
Aksi dua lanang sedang menarik bajakan yg klasikal lagi berat tu.. Pas tu makcik Cristine dtg bagitau tu kawasan larangan.. Hehehe sempat gak la bergambar...

Episod II

Tempat menarik, suasana pun indah, nyaman dan bersih.. Sesuai kalau buat program rekreasi sambil menikmati alam ciptaan Allah yg amat indah di bumi OZ ni...

Alhamdulillah, Allah telah memberi kesempatan kepada ku n family untuk hadir sama menjayakan program Autumn Gathering 2009 yg dijalankan setiap tahun khusus utk pelajar baru.. (undergrad n postgrad yg sudi) Ia dianjurkan bersama MISSA dan ISMA.

Kehadiran memang mantap! Ramai yg hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memeriahkan suasana dan memberikan buah fikiran yg berguna..

Antara acara menarik seperti mana yg dikatakan sebelum ni memang sangat2 diperlukan.... Ilmu bermanfaat terutama cerita pasal Tamadun dan Sejarah Islam hasil ceramah mantap Dr Zaki yg penuh informasi, padat dan bermaklumat. Pastinya langsung tak sama dgn sejarah tamadun Islam yg kita dok belajar dulu.. Mana taknye time belajar dulu tak dikaitkan langsung antara Islam dalam Sejarah, dan sejarah dalam Islam.. So kita pun tak amik kisah sangat pasal zaman Khalifah yg penuh kegemilangan, kemajuan dan akhirnya tumbang dan hampir hilang ditelan tamadun barat yg penuh keduniaan dan penipuan... Lebih hina lagi, negara Islam terus dijajah, ditindas dan dinodai satu persatu dengan zalimnya hingga ke saat ini.. Lebih buruk lagi digelar terorist!
Masa nila kita perlu mengembalikan kegemilangan yg dulunya memang milik kita! InsyaAllah kitalah penggeraknya... Kegemilangan Islam yg dijanjikan Allah dan Rasulullah...

Ok la, tak reti nak citer panjang... so bagi gambar je la nak menjelaskan kehebatan dan semangatnya program terbabit.. Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada urusetia program terutama geng2 MISSA dan ISMA yg berjaya melaksanakan program dan mudah2an mencapai objektif program yg mantap dan bermutu tinggi itu! InsyaAllah ada rejeki kita ketemu lagi di thn hadapan!!

Gambar 1: Bergambar dengan Shila isterinya Asnan, sama2 mengidam dan memabuk...



Gambar 2: Ni peraduan baba.. Yaya n Adek tido dgn Ami kat kabin lain.. Hehe.. tak de khemah..




Gambar 3: Pandangan dari hutan ke arah peraduan pejuang lelaki...


Gambar 4: Selepas penat lelah melayan aksi Tressure Hunt dan War Games!! Penuh aksi dan stragegi dihutan tak tebal, tasik nak kering, rumput tak tumbuh... Gersang gitu..

Gambar 5: Acara terakhir menerima sijil simpanan tetap... Hehe macam terima sijil kursus kawin da.. Sijil penghargaan la...

Gambar 6: Jom makan, makan jom.. Acara tetap dan ditunggu2...

Gambar 7: Bergambar kali terakhir sebelum kami kembali ke Adelaide. Bakal menjadi pejuang Islam menegakkan kalimah Allah...

Tuesday, April 14, 2009

Autumn Ghatering 2009!! Longwood Camp, Adelaide Hills


Memang penuh dramatik, fantastic dan semangat membara!
Antara yg sangat menarik berlaku :
- Aktiviti menyusuri tasik, kawasan berbukit, dan hutan OZ.
- Kembali ke zaman Rasulullah dan Era Khalifah.
- Era kejatuhan keagungan Tamadun Islam yg tragis dan menyayat hati..
- Islam di tindas dan dijajah sehingga kini..
- Membina generasi Islam menyambung syariat suci..
- Dan banyak lagi...
Segala cerita selanjutnya akan dipaparkan tidak lama lagi.. tunggu..

Open House di Umah Atie Pasadena..

Program pas solat Jumaat lak.. Penat pagi tu belum settle lagi.. (picnic di St Kilda) Tp Alhamdulillah masih sihat untuk menghadiri perkumpulan geng2 Flinders Uni sempena cuti Easter di umah Atie n Alimi.. Ramai gak geng yg datang..
Kiranya kitorg paling jauh, n confirm paling last sampai. Yg penting dpt gak bersua dgn geng2 sambil makan dan minum dalam keadaan sejahtera.. Biasala isu2 yg dibangkitkan soal beli2 barang di Adelaide, jalan ke mana, keja cam ne, study cam ne, politik ape citer dan macam2 isu dalam dan dunia..
Lauk dia pun dasyat.. siap ada tom yam 2 citerasa yg berbeza. Mee goreng dan kuih muih.. Kawasan kejiranan kat situ dipelopori org2 tua OZ, so kitorg ni tak leh la happening sangat, nanti ada lak yg datang join sekali lak.. Maklumla anak2 diorg ni tak balik kampung, gi melancong agaknye, so, maybe teringin gak nak happening walaupun pening.. Hehehe.. tak macam Malaysia, asal cuti perayaan berduyun2 anak2 pulang ke kampung. Tradisi kat sini hanya di ari Natal.. Tu pun banyak yg g melancong..

Jom Main Adult Playground kat St Kilda!!

Panorama indah dari atas bukit siap ada kota kayu yg menghubungkan ke 2 gelongsor yg tingginya dalam 10 meter
Adek n Yaya sempat posing di terowong yg menghubungkan gelongsor berputar dengan jalan keluar.

Ni nak belajar mengorek pasir.. Leh la Yaya apply jd bob d builder nanti..



Ni buaian berputar.. Budak2 tak leh nak buat.. kitala yg tolong tolaknye....

Suka Yaya naik benda ni. Tp masalahnya sgt popular, beratur panjang n tak larat nak tarik ke atas bukit balik utk digunakan org lain.

Ni yg 2nd panjang.. Aku pun dah torai dgn adek, memang best n mendebarkan.. Yaya, jgn citer la banyak kali dia wat..

Yg ni agak beralun.. Aku pun dah torai gak..


Yg ni yg agak gerun gak.. Turun secara berputar menghubungkan ke kawasan terowong di bawah.. Kira bukit batu ni ni diorg korek buat gelongsor berputar ni..

Citer Selanjutnya....
Aku dapat sms, family gathering di St Kilda, Adult Playground. Bior betul??

Tapi, tempat ni rupenya memang sesuai for adult n children. Memang gempak! Mana taknye 1st time aku merasai naik segala benda permainanoutdoor budak2 yg memang sesuai untuk budak n mak bapak jua.. Kira family playground la ni.. Jongkang jongkit, gelongsor, buaian dan sebagainya memang menggumbirakan hati sesiapa yg pergi ke situ..

Program tu sebenarnya dikendalikan oleh beberapa family di sekitar Adelaide sempena cuti 4 hari dari Jumaat sehingga Isnin (Good friday n Easter). Tp dibuat pada pagi Jumaat n sejam sebelum solat Jumaat kira balik la. So, ni kira outdoor activities la.

Tempat ni terletak di St Kilda kira kawasan kampung, siap ada org tanam bunga rose, dan tanaman lain, di tepi pantai yg indah, dan berbatu n berbukit2. Tempat ni kira laluan yg agak popular sebab menghala ke Flinders Range (kawasan pergunungan tandus cam Grand Canyon, US). Dalam 40 minit sampai. Kat situ ada Tram klasik (cam komuter tapi bentuknya pendek sikit dan design lama). Kira leh la nak jejalan sekitar St Kilda yg menarik sbb ada tanaman n terletak di tepi pantai. Yang paling penting, masuk adalah percuma...

Ramai gak yg joint untuk bersua muka, sambil makan tengahari (awal la sikit) dan melayan karenah anak bermain bersama atau sebagai pemerhati bebas..

Aku memang tak ketinggalan merakamkan aksi Yaya n Adik, juga melayani mereka jika perlu (memang perlu pun). Alhamdulillah sempat makan besar (sbb masing2 potluck) n balik solat Jumaat dgn jayanya...

Saturday, April 4, 2009

Sportboy in Sports Day.... Mottonya BUKAN NO. LAST!!

Langkah seorang jagoan masuk ke gelanggang... (sebenarnya datang lambat tu) selamber je lagi

ni acara kedua selepas lari dlm guni, baling pundi kacang dalam bakul. yg masuk dikira mata... x pasti dpt no berapa. kelihatan Pijin kawan seMalaysia pun satu Yellow dgn Yaya....
ni lak acara ke-3 masuk pundi lagi tp dlm hulahop, team diorg dpt no. 2...ni lak acara masuk bola kangkang... ha.. nengok Yaya siap posing lagi. jgn terkuntat sudah... ni dpt no last..... sbb control ayu n macho sgt diorg ni...
ni acara suka hati menebar roti canai, tak de pemenang mahupun pengalah. mak bapak pun leh joint!! suka hatinyer

ni lontar cakera padat... team diorg sekali lagi dpt no 3.. jauh gak Yaya baling, kira full mark la. biasa baling freeze B kat backyard.
ni acara kemuncak bagi bebudak. lari pecut 50m. lihatlah betapa ramai, yg penting bukan no last! Cayala Yaya.. Mana budak ni...???

Ha.... tu la hadiah bagi jagoan... Air yg dibawa dari rumah, tanda kemenangan diri sendiri....
Sempat melepaskan lelah sambil dibantu Ami sebagai penaik semangat. Adik pun sama walaupun penat....

Ni jagoan sebenar.. Acara mak bapak lari 75m.. penat gler.. Ami tak terlibat sbb bawaan budak. yg penting bukan no last! Hehehehe...

Laporan Keseluruhan - Hasbulah Awangan
Mantap!! Itu kata2 terakhir yg bisa ku ungkapkan.. peristiwa ni berlaku pada hari Khamis lepas jam 9am sampai 1.30pm... suhu 32C (panas la gak) cuaca agak cerah dan ceria... Sports Day at East Marden Primary School!! Teringat lak time sekolah rendah dulu....

Yaya memang bersemangat waja, walaupun team dia dapat no.3 acara group kecik, n keseluruhan lak umah yellow dpt no. 3 dari 4 team (red, green n blue), not bad la... yg penting bukan last.

Tp dia semua acara maintain macho n wat sungguh2.. walaupun dlm kumpulan dia ada yg slow motion, tp dia tetap bersemangat. Bak kata pepatah menang nasib, kalah sudah tentu.. Yg penting berusaha sampai berjaya n Bukan No Last!!...

Kat atas tu antara gambor2 menarik dan kurang menarik yg sempat disnapkan.... Sekian dari bilik tidor... Hasbulah Awangan melaporkan..