Monday, November 9, 2009

Kisah benar kanak-kanak si peminta sedekah di Pulau Pinang...

Gambar sekadar hiasan muka depan. Tapi lokasinya di pulau pinang, background jambatan pp..

‘Seorang lagi,’ getus hati saya. Sebentar tadi baru saja saya menolak dengan menggelangkan kepala, tanda tidak mahu memberi apa-apa pada mereka. Bukannya apa, pernah sebelum ini saya datang di tempat yang sama, kanak-kanak itu juga yang datang pada saya, sebelah tangan menghulur surah Yasin kecil, sebelah lagi menghulurkan tangan. Dari jauh, saya terpandang sepasang mata memandang tajam perlakuan kanak-kanak tersebut.

‘Mesti sindiket ni.’ Saya menolak untuk membeli surah Yasin tersebut tetapi mengajak kanak-kanak itu minum bersama di gerai. Lebih baik kenyangkan perut dia daripada memberi duit yang pasti hasilnya belum tentu sampai pada mereka.

Kali ini, kanak-kanak yang lain dan tidak menghulurkan surah Yasin, hanya sepasang tangan kosong dihulur sambil mulut memberi salam. Bertudung hitam, berbaju kurung merah, saya melihat dirinya sepintas lalu. ‘Tak boleh jadi ni.’ Saya berhenti membaca komik Penyiasat Remaja yang baru dibeli di kedai buku terpakai di tingkat atas.

‘Adik duduk sini. Tunggu kakak,” kata saya padanya. Radieah yang sedari tadi bersama saya di perhentian bas bazaar Chowrasta duduk menemani kanak-kanak tersebut.

Saya ke kedai terdekat, membeli sekotak kecil susu Dutch Lady coklat. Mata meliar lagi, mencari roti, kalau-kalau ada dijual tetapi tiada. Akhirnya, saya mencapai sebungkus keropok ikan Terengganu.

Kembali ke perhentian bas, air kotak dan keropok dihulur pada kanak-kanak perempuan tersebut. Kata saya pada dia, ‘Duduk sini, minum susu ni. Nak sihat kena minum’. Sangkaan saya dia akan menerima tetapi sebaliknya. Katanya, ‘Abang belum makan. Saya tak mau makan.’

Oh, dia ada abang rupanya.

Tiba-tiba seorang budak lelaki, memakai T-shirt biru muda, berseluar coklat cerah dan berkopiah putih, datang menuju ke arah kami. Tingginya lebih kurang adik bongsu saya yang berumur 12 tahun.

‘Ini abang.’ Tunjuknya lagi. Apalagi, saya terus minta dia duduk dan makan bersama adiknya. Dia juga menolak. Alasannya, sudah kenyang kerana sudah makan di kedai makan di tingkat atas bazaar.

Bermulalah sesi perkenalan antara saya, Radieah dengan mereka. Bukan bermula dengan nama tetapi latar belakangnya dahulu. Soalan pastinya banyak dari kami. Sesekali ada pegunjung bazaar beralih pandangan melihat kami yang asyik menyoal.

‘Abang tinggal mana? Kat sini buat apa?’

‘Saya tinggal dengan adik di Bagan Ajam. Kami minta sedekah.’

‘Setiap hari datang sini? Mak ayah kerja apa?’

‘Tak la. Hari Jumaat, Sabtu, Ahad saja datang. Mak tak kerja. Kaki sakit, ada kat rumah. Ayah dah meninggal satu tahun.’

‘Datang sini dengan apa?’

‘Ada mak cik hantar. Datang pukul 11 pagi. Balik 4 petang nanti.’

‘Tak takut kena tangkap ke?’

‘Polis tak pernah tangkap. Kami bukan mencuri. Kami tak buat salah.’

‘Abang pandai baca tak?’ Tanya Radieah sambil menunjuk tajuk buku Dilema Melayu yang baru dibelinya.

‘Saya tak pandai baca. Mengaji saja tau. Di Bagan Ajam ada ustaz ajar orang Myanmar. Tak payah bayar apa-apa. Dia selalu bagi baju, seluar. Saya tak boleh belajar sebab sekolah tak boleh masuk, tak ada ic. Belajar tuisyen ada tapi sebulan bayar 50. Duit kami tak cukup jadi tak boleh masuk tuisyen.’

Fasih kanak-kanak ini bertutur dalam Bahasa Melayu berbanding adik perempuannya, Rahmahbi yang berumur 8 tahun. Dari perbualan ini juga kami dapat tahu namanya Zubir, berusia 9 tahun.

Alhamdulillah, syukur apabila mengetahui ada insan mulia yang sudi mengajar mereka yang muda ini mengenal agama. Sekurang-kurangnya, agama juga yang mula membentuk akhlak mereka, memberi panduan tentang cara dan had batasan untuk berhidup serta memberi keyakinan pada mereka tentang rezeki itu milik Tuhan.

Tersentuh juga bila mendengar kanak-kanak seusia ini belum pandai membaca. Bagaimana dengan masa depannya nanti? Bila ditanya tentang cita-cita, buruh binaan menjadi pilihan Zubir. Katanya lagi, ‘Saya tak boleh kerja tinggi-tinggi’. Mungkin dia faham dengan status dirinya yang bukan berstatus warganegara dan tidak mempunyai banyak peluang dari segi pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Saya dan Radieah sepakat untuk membeli buku untuk Zubir dan adiknya. Kami bergegas ke Mydin yang hanya terletak di seberang jalan. Kami membeli dua buah buku ABC, dua buah buku mewarna, dua kotak pensel warna, enam batang pensel beserta pemadam dan pengasah pensel. Selain itu, saya turut membeli beberapa buah buku tulis berkotak. Saya teringat kaedah ibu saya mengajar sebelum saya bersekolah tadika. Setiap kotak ditulis dengan abjad atau suku kata tertentu dan saya akan berulang kali menulisnya semula. Saya juga ingin melakukan perkara yang sama pada mereka.

Selesai sahaja membeli buku dan alat tulis, kami kembali ke perhentian bas mencari Zubir. Pada awalnya Zubir melarikan diri beberapa kali sebaik sahaja kami cuba menghampirinya. Menurut adik Zubir, abangnya risau kami akan menangkapnya. Kasihan Zubir. Dia salah faham dengan niat kami yang datang mencarinya semula.

‘Adik, bagitau Zubir, kakak dah nak balik. Tapi kakak nak jumpa Zubir dulu. Sekejap saja, bukan nak tangkap dia,’ pesan kami pada Rahmahbi.

Tidak lama selepas itu, Zubir muncul tapi riak risau di mukanya belum hilang. Sambil memegang bahunya saya berkata, ‘Kakak dah nak balik. Kakak nak bagi Zubir buku tau’. Riak mukanya nyata berubah selepas itu.

Perlakuan saya dan Radieah turut menarik perhatian kawan-kawan Zubir yang lain. Seorang budak lelaki dan dua orang budak perempuan yang lain datang mengerumuni kami di perhentian bas.

‘Kakak, kakak, saya nak juga.’

‘Kakak, kakak, saya nak warna.’

‘Kakak, kakak, saya pun tak tau baca.’

‘Alamak, tak cukup ni.’ Masing-masing mahukan buku tulis dan pensel warna. Kami membahagikan dulu buku dan alatan yang telah dibeli pada Zubir, Rahmahbi, Husin, Nur dan seorang lagi kanak-kanak perempuan. Selepas itu Radieah pergi ke Mydin membeli tiga lagi buku warna beserta pensel warna.

Saya hanya membayangkan mereka ini pasti tidak pernah memiliki alat tulis sedangkan dalam usia sebegini, saya dahulu boleh dikatakan ‘mewah’ dengan alat tulis dan buku-buku tulis. Belum lagi dicampur dengan buku mewarna dan buku cerita yang boleh dikatakan bertukar hampir setiap bulan.

Bagaimana pula dengan kehidupan keluarga? Pasti juga jauh berbeza dari mereka. Pasti lebih beruntung. Tidak perlu datang ke tengah-tengah bandar ini sedari pagi, tidak perlu menadah tangan meminta simpati, tidak perlu rasa risau ditangkap, tidak perlu berfikir adakah perut akan terisi untuk hari ini. Kehidupan mereka sebagai kanak-kanak sepatutnya menyeronokkan, penuh dengan warna-warni alam kanak-kanak dan bukan seperti yang saya lihat sekarang.

Mungkin dengan pemberian buku ini, mereka dapat merasa sedikit sebanyak kehidupan seorang kanak-kanak. Mungkin juga daripada buku ini, tertanam azam untuk mereka berjaya dan mengubah nasib satu hari nanti. Mudah-mudahan buku ini membawa kegembiraan dan semangat baru kepada mereka sepertimana yang saya lihat di wajah mereka ketika itu. Pesan dan janji saya pada mereka, ‘Balik, buat latihan tiap-tiap hari. Belajar menulis dari buku ni. Biar tiap-tiap tulis, tiap-tiap hari jadi pandai. Minggu depan, pagi Sabtu, cari kakak di tempat ni. Kakak akan datang semak buku dan ajar adik-adik.’

Sabtu ini seperti Sabtu minggu lalu, saya akan ke Chowrasta lagi, untuk mengotakan sebuah janji dan melihat senyum mereka lagi.

(coretan dari rakan di Pulau Pinang)

Monday, November 2, 2009

Pening...

Aku menjadi pening bilamana aku tak bisa menulis apa yg aku ingin tuliskan.. Pening, pening...

Sunday, September 27, 2009

Antara suka dan duka di Aidilfitri


Sukanya anak2 ku bermain bunga api (termasuk aksi makan api ni), tapi dukanya aku terpaksa membeli bunga api itu... Sehari 2 bemban bunga api bersamaan RM5, kalau main 4 kali malam makanya RM20 melayang..
Sukanya mereka mendapat duit raya, tp aku duka gak la, sbb kuar duit raya utk org lain dan berjalan pun kena kuar duit lagi..
Sukanya mereka memperagakan baju baru, tp duka aku baju 3 thn lepas je pun jadi la.. elok lgpun.. tak le duka sgt..
Sukanya mereka bermain dgn sepupu pupunye, tp duka gak aku tak dpt nak main sangat dgn sepupu, apatah lagi kupu2, almaklum dah bapak org.. hehehehe..
So, selamat AidilFitri yang penuh kesukaan, keceriaan, kesyukuran, kerahmatan dan kegumbiraan bagi semua kaum muslimin dan muslimat,
dan kenangkan jua kesusahan bagi mereka yg berduka seperti org yg tak bernasib baik dan di dalam kesempitan...

Friday, September 25, 2009

Superhero ku yg ke-3


Butiran diri superhero ni:

Nama : Hadwan Huwaidi bin Abdul Halim

Umur : Sebulan beberapa hari

Lahir : Ampang Putri Medical Centre, Selangor

Kegemaran : Susu awal dan pertengahan aminye

Ketidakgemaran : Yak ucuk pepes basah, lapar dan kembong perut

Kesan khas : Boleh menangis cara meneran dan berpandangan jauh (meneng waie - termenung termanggu menahan yak)



Wednesday, September 2, 2009

Lembaran Baru Kini Bermula

Ramadhan dah masuk stage 2, maknenye 10 hari ke-2 sudahpun bermula.. Kalau 10 hari pertama tu rahmat, insyaAllah pada 10 hari kedua ni masuk lak maghfirah (keampunan)

Alhamdulillah aku telah dikurniakan seorang anak lelaki yg ketiga pada awal Ramadhan lalu.. Rahmat dari Ilahi, walaupun mengalami cabaran di mana Hadwan Huwaidi bin Abdul Halim menghidapi pnemonia dan aminya Siti Sara terkena lak jangkitan H1N1 sebelum bersalin, tapi Allah jua yg maha berkuasa yg bisa menyembuhkan segala penyakit yg bahaya sekalipun..

Kini aku lak perlu banyak bersyukur, bukan sahaja syukur atas nikmat IMAN dan ISLAM, tetapi syukur juga atas nikmat SIHAT dan SELAMAT dari segala dugaan yg telah kami tempuh selama ini.

Moga pemberian Ramadhan al Mubarrak ini dapat menambahkan kekuatan iman, kesabaran dan keampunan.. Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yg soleh.. Amin..

Wednesday, August 5, 2009

Kami di Perth!! Macam Best je...

Di tengah2 bandar ni ada lak bandar klasik ala2 zaman kurun ke 15 di Britain, dan kalau kat Malaysia macam di Colmarl Tropica. Memang klasik dan mengasyikkan..

Bawah ni ada lak statue pelik org menonggeng.. Dorg ni suka wat statue pelik2 cam ni

Macho la tu, sambil kitorg memborong cenderamata, yaya lak memperagakan dirinya tatkala hujan renyai2 turun di perjalanan sana.. gaya seorang perindu...

Ni kira bas merangkap tram. Kecik tapi klasik.. Bangunan dia ada yg klasik ada gak yg moden.. tp bandarnya bersih dan agak kurang jem. Mungkin belum peak hour kot..
Apa yg menarik ek di Perth???

Entahla, bagi kami sejuknya memang terasa la dari Malaysia, kira sama je cam kat Adelaide. Bandarnya besar sikit dari Adelaide. Shops street pun cam kat Rundle Mall Adelaide, cuma yg best sikit makanan halal manyak gler

kira kalau berjalan di setiap lorong pasti jumpa gerai makan halal, sama ada org arab, iranian, melayu or indonesia.. Pendek kata, emm... okla kalau nak merasa 4 musim kat sini.. kalau dari Malaysia ke sni dalam 4 jam lebih, kalau dari Adelaide dalam 2 jam lebih..
Cenderamata banyak gak kitorg borong kat situ.. Buah tangan utk org Malaysia

Sunday, July 19, 2009

Salam....


Aku lama tak memblog.. tp kali ni aku dok wat pun bukan nak tulis sangat.. cuma nak bagi penampilan istimewa sebelum membuka lembaran baru...

Friday, June 19, 2009

Aktiviti Petang Hari (Sebelum masuk autumn)

Biasalah, yaya n adek suka bercucuk tanam. Lihatlah padang backyard yg gersang tu. Sekarang dah merumput, n yaya akan bergumbira bermain soccer atas rumput yg macam carpet tu. (gambar akan diupload kemudian)



Yaya koyek ape tu. Cari cacing ke? kata adek sambil yaya cuba menunjukkan aksi mengorek tanah dgn betul.


Friday, June 12, 2009

Menggapai pelangi sore...

Canteknye ranbo tu amee.... kata adek.
Kapan bila bisa kami saksikan pelangi sore lagi??? Mungkin satu hari nanti....

Thursday, June 11, 2009

Sini kalau ujan, tak lebat n tak de petir, tapi sejuk cecah 5C

Time ni kuar cari barang2 skit, kebetulan ujan di ujung minggu. Adek n Yaya memamerkan pakaian beragam mereka. cun tak?
Singgah Paddy Market kat dengan Monson Lake, kira jual barang2 murah n 2nd hand. Tp barang made in China banyak gler, rasa cam gi Petaling St je..

Hari Bertemu Pelanggan (Yaya and report card)

Nila cegu Yaya yg sangat dia sayangi, namanya Mrs Thorpe. Peramah dan ceria orgnya... Report yayapun ok, awal2 dulu malu2 kucing, beberapa bulan pas tu garang2 rimau gitu, mesra dan ceria selalu..., begitula yg dia laporkan. Yaya suka lukis dan wat aktiviti, cergas dan happy je..Bergambar sebelum pulang ke umah yg jauh. sbb jumpa cegu dah nak maghrib (kul 5pm) lagipun yaya org terakhir, so kenala segera pulang.
Ni padang sekolah yaya, dan belakang tu le umah kitorg, jauh tak?

Monday, June 8, 2009

XPDC musim luruh sejuk. Mari kita ke Mount Lofty

Sampai2 je singgah dulu gerai cenderamata hati. Adala yg berkenan tu.. Fridge magnet kena beli satu... Sejuknye... kata adek
Sejuknye cecah 5C, so kenala berbaju tebal. Sempat bergambar di satu mercu tanda terkenal di Mt Lofty, kira tugu untuk bergambo semata2, bukannya umah api

Berjalan2 di lereng Mt Lofty, memang cun tp sejuk gler..


Ni dah nak maghrib. Kitorg jama n qasar je. Very nice view terutama bila nak sunset. Pemandangan indah hamparan bumi Adelaide City membawa ke Port Adelaide, sungguh indah ciptaan Allah.



Aktiviti Cuti Birthday Umum OZ (berita terbaru) MARI MEMANCING

Meh kita kelauk ooooiiiii!!



Aktiviti team usrah kecik Abg Zai di Semaphore dan West Lake... Ni gambar2 yg diambil pagi buta subuh tadi. Suhu mencecah 7C dgn kelajuan angin 7 not membawa ke lintangan 6 skala ritc.



Ape yg dapat, selain dpt makan pizza buatan tangan percuma Abg Zai, dan air capuccino+ hot choc yg lazat berkrim, juga hanya sekor ikan je di 2 tpt berkenaan, maka kami pun pulang dgn gumbiranya.


Pengalaman pancing yg tak dapat dilupakan. (Gambar Bro Faruk cari umpan udang) Kira dapat angin sejuk pagi tu pun kira bagus la

Spiderman ke, SpyYaya?


CANTIK TAK???

Contengan muka oleh artis jalanan secara percuma di Brickworks Market yg terkenal dgn barang2 klasik dan baru yg murah2 gitu. Gambar percuma akan diberi kemudian.

Apo Kono Eh Jang!!?? (Lokasi di Brighton)

Apo kono eh jang?
Kau monong ajo,
Orang ke bule,
Ekau kat topi pantai...

Relex la bang Ya, bunga bukan sekuntum.. yg penting kita eppy.. kata Adek

Pekena lak Nasi Kebab Afgan, Therbaton

Ni satu lagi citerasa baru nasi kebab Afgan yg memang sedap gler.. Adik layan roti pita je.. Tisya pun kongsi dgn adik. Kebetulan pas balik dari hospital (check baby) langsung ke sana atas promotion dari Aini Flinders

Ni la dia pak Afgan yg dok masak sorang guna dapur traditional


Celebrate 7th Wedding Anniversary di Tandoori Chick Marion Mall

Pekena ayam tandori dgn roti jg... Sodap pun sodap
Baik punyee,... dah beli jam baru, hadiah birthday, pekena lak roti dgn ayam tandoori, sodap je walaupun mahal sikit. Yg penting puas ati


Monday, May 18, 2009

Mandi di Musim Dingin..

Akrab seketika Abang dan Adik.. Tp kalau time gaduh.. aduh pening pale.. Posing time sejuk


Mandi tatkala musim autumn tiba, kejap je sbb sejuk sgt.. Ni pun tengah kesejukan mandi bathtub. Siap duk depan heater lagi..

Makan Kanggaro Paprik di Mekong Thai (bulan lepas punye citer)

Nila tempat yg disyaki menyediakan masakan Melayu Nasi bertahtakan Kanggaro Paprik
Lahap dan berkrim.. Makan dengan seleranya..

Tomyam Thailand nasi putih, nasi goreng biasa dan paprik kanggaro.. Mantap lho!!


Ni check up Ami, biasala baby pun nak kena check sihat ke meragam..



Ni western cowboy punye restoren, kira yg popular kat Adelaide ni.

Wednesday, May 13, 2009

Birthday Ami Disambut Sederhana...MERIAH!!!!




Sempena Hari Ibu (Ahad lalu) juga memperingati 13 Mei, peristiwa hitam putih di Malaysia, dan sempena gak birthday Ami, kami pun sambutlah dgn suka hatinya.. Kira layan kek epal pai dan lauk2 ayam panggang ptg tadi dan nasi n sayur.. Amji n Yaya ok je walaupun tak le minat sangat nak makan..

Moga Ami Sara akan terus ceria n sihat bersama suami n anak3 (insyaAllah yg dlm kandungan sekali) yg giler2 tu

Main Layang2 di Tepi Pantai Brighton di satu Petang

Kronologi Citer

Gambar 1 : Melepak di rumah Aini n Mie dkt je dgn Flinders Uni
Gambar 2 : Pas makan, bersiap sedia ke Brighton. Adik n Tisya layan pasir yg memutih itu
Gambar 3 : Bapak2 layan layang2 2 tali, susah nak control, angin tak cukup kuat
Gambar 4 : Dah nak senja sempat gak nak berposing
Gambar 5 : Indahnya senja di jetty Brighton.

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4

Gambar 5