Thursday, October 30, 2008

Ari Ni Cari Produk 2nd Hand

Ari ni kuar mengenal jalan lain lak. Kebetulan nak wat bank statement nak bagi agen umah sbg bukti kita ada akaun yg kukuh nak bayar sewa umah nanti. G le ke Uni Adelaide sambil nak copy sijil kat bilik peribadi Abg Rusdi n g sekali Bank SA. Senang je nak statement, cakap alasan ape n terus wat on d spot. Tak yah isi borang. Nak amik duit pun cam tu gak. Tunjuk pasport n terus dpt. Tak yah isi borang. Kebetulan kad ATM lum dpt wat cara ni pun ok je, tak ramai org pun. PAs tu online banking kat situ gak.









Pas tu kami menghala ke Utara mencari jejak 2nd Hand produk yg banyak gak kat Adelaide ni. Dari produk elektrik, ke barang2 dapur, pakaian, n buku sume jual alahai murah giler babun. Babun pun tak tahan nengok... Antara yg popular di sini spt kedai Colour King Furniture n Electric (produk elektrik n perabot) n Salvos(produk pakaian dan barang keperluan harian) Tp tetap nampak baru n berkualiti. Pendek kata memang berpatutan. Pas tu singgah gak umah Abg Nordin tak jauh dr umah kitorg. Simple 2 bilik tp cantik gak dari luar. Anak dia 4 org n ada pembantu from Msia jaga anak dia.. Citer pasal golf dgn abg Rusdi. Tp den tak minat... HEHEHE

Ptg tu balik dpt la surat 1st dari Bank SA debit VISA student card. Leh le guna kuar duit atau swipe card beli barang nanti... Pemberitahuan berkenaan duit dlm bank kpd Kerajaan Aust pun settle wat online je, dptla dikecualikan cukai sbb kita student. Kalo tak baya banyak lak nanti... Ok utk hari ni.. Esok pg nak try g FLinders Uni naik bas lak.... Dah 3 hari tak g uni sejak daftar ari isnin lalu.. NAk settle rumah dulu beb... Tunggu le esok...

Cegu Yaya Ada Demoloni( Mogok x naik gaji)


Ari ni Yaya masuk cam biasa. Cuma dia ada aktiviti kelas tanpa cegu. Cegu muda2 ari ni sampai 12 pm pegi dpn Parlimen mogok naik gaji. Yg tua tak kisah sangat. Yg penting ada gaji. Maybe ngajar ni susah tu yg tak berbaloi kot. Then yaya n d geng main bersama sampai cegu dtg kul 12 nanti. Ni dah masuk 3 kali diorg mogok. Arap naik la gaji mereka ni.
Tp ptg tu amik cam biasa...
Dan mereka kembali ceria pulang n sambung main lagi kat belakang umah yg ada pokok tomato, anggur, lemon, epal n plum....

Mama kawan Adi (merangkap kawan Yaya) nak Dtg Umah!!






Kenala vakum sikit umah.. Biasala dah ramai budak ni memang berselerak le umah. Abg Rusdi kata jarang ada kawan Adi or Idah datang umah. Maybe bcoz diorg dh nak balik Msia, nak berkenalan le kot.










Yaya ok bile balik school. Ami yg dtg g amik dari perkarangan school dlm 3.15pm. Masuk 8.45am. Bila pulang tu gumbira la mereka berpimpin tgn termasukla Matthew kawan Adi n Mama dia Mrs Wendy Rupenya dia pun ada pertalian darah cina dari bapanya. Cuma Matthew ni kuat lagi muka omputeh dr kecinaan.. Pijin n adik Pijin Afina pun dtg sekali. Ramai gak le kat umah tu dgn riuh rendah bdk2 bermain dan bersuka ria.










Mrs Wendy ni lawa orgnya. Anak2 dia pun kiut miut. Mix Aust n Cina, tembam2 lagi, menampakkan keciutan yg agak ketara. Yg menjadi ikatan cina antara mereka (Adi, Yaya, Pijin dan Matthew) mereka ada keturunan cina.. Nampak le gak kecinaan mereka melainkan si Matt ni. Borak2 dgn Mrs Wendy yg ada 3 anak ni, asal Sydney. Suami dia minister church kat Adelaide.. Tp tak dtg pun sibuk layan kat dlm tu kot. Ok borak dgn dia. Dptla babalim n ami sara berkenalan dgn mak kepada kawan Yaya ni... Org berbudi kita berbahasa

Makanan Halal di Adelaide

Pas anta Yaya, pg tu Abg Rusdi ajak cari makanan halal, terutama daging di Adelaide.. Ada beberapa tempat yg menjual daging halal kat sana. Majoriti penjualnya org Arab. Dan dagingnya tak le mahal sgt berbanding kat Msia. Terutama daging lembu dan kambing.. Sbb sini banyak..

Mula2 kitorg g bandar jap, abg Rusdi tunjuk beberapa tempat yg perlu kami tau sebelum nak jln sendiri nanti terutama tmpt jual brg2 keperluan harian. Kemudian singgah ke water vending machine yg merupakan air galian dari gunung jenama the bottle O. AUD1 leh dpt hampir 18 liter air. Saja je abg Rusdi beli kat situ alang-alang sampai. Sbb air paip kat umah tu pun leh minum sebenarnya. Siap drive thru nak beli air kat sini.


Pas tu kami singgah di kedai AHaM Meat Delights 1 km dr bandar yg memang terkenal gak di kalangan org muslim kat sini. Ami n adik pun ikut skali. tp sbb adik tido, Babalim n Abg Rusdi je la yang kuar beli daging. Abg Rusdi sefamily makan daging ayam n lembu. Babalim selambe je beli daging burung unta, kambing n lembu nak wat grill. Pak arab tu cakap burung unta wat grill sedap.. Tak sabar nak masak nanti. Kedainya simple jual daging yg dipamerkan di dpn cermin. Kita cuma tunjuk n dia timbang dpn kita n bayar. Burung unta tu lebih murah dari lembu. Tak pernah makan, then tak salah le try



Pas tu, kami ke

Yaya 1st day at School

Memang rasa cam tak caya lak nengok Yaya akan school ari ni kat AstroRia.. Dia kat tadika UPSI pun ada reputasi susah masuk kelas, apatah lagi bile berhadapan dgn mat saleh yg bagi dia mcm makhluk asing berwarna putih dan berambut perang bersuara pelik itu nanti. Pack lunch Babalim dah beli semalam. Leh tahan gak harganye dalam AUD14.99. Tp memang cantik n kemas produk tu.. Ubat asthma dia pun kena bawa gak. Dan semua satu school dah kenal Yaya dgn panggilan slang mereka, YAA YAA.. Hehe. Ada nama dia appear kat ubat lelah
YAYA ABDUL.. Kelakar tul!!


Apa yg akan Yaya bawa adalah seperti gambar di bawah ni:













Dia akan makan time breakfast, tea, n lunch. Macam tak kenyang je nengok apa yg dia bawa ni.. Tp dia dah biasa pose, so tak jd masalah kot...
Pg tu Kak Ani masak roti canai. Adi n Idah memang suka makan roti canai. Diorg ni memang taste Msia. Tak makan pizza maupun Western food. Nasb la yaya n adik leh terima. So sepanjang 2 minggu kami menumpang mandi n makan n tido d umah Abg Rusdi, makanan Msia yg akan kami rasa..

Dipendekkan citer, sampai kat office kami tunggu jap Mrs Larrie. Then kat sana kami di sambut Mrs Larrie, Deputy Principle yg agak besar tp cute orgnye dan Adi sekali. Mula2 letak beg Spiderman yaya kat sudut tepi nampak ok. Beg bdk2 tu memang ada tmpt gantung khas kat luar kelas. dlm tak ade kipas or aircond coz memang dah sejuk pun. Tp bila nengok Mrs Thorpe sedang wat Circle Time bersama Adi, Pijin n lain2, n diorg lak nengok Yaya, mulala si mamat ni rasa cuak n nak kuar kelas.. Teruk gak memujuk, marah dgn suara yg minima, dgn janji manis akan beli PS 2 pun tak makan gak.



Tah macam mana kebetuan Mrs Thorpe tgh wat kreativiti frog gunakan paper n stationary lain babalim ajak adik duk kat meja belakang sekali. Ada sorang ibu yg mengendalikan sesi bacaan bersama kanak-kanak. Sorg2 akan dilihat bacaan mereka. Ada 2 org semuanya.. Memang hari2 ada je contribution dari parent. Kat luar kelas pun ada sorang yg wat cam tu.. Jd bila Yaya dah nampak safe sikit, mulala dia duk sebelah adi.




Ami lak terpaksa balik nak bagi makan ubat adik. So, babalim le terpaksa temankan Yaya duk di belakang. Then, babalim amikla material yg nak wat frog tu. Cegu mmg dah sediakan utk Yaya. Pas tu babalim minta Yaya duk dgn kengkawan di sebelah ujung kerusi kosong. Cegu minta Yaya duk dgn Adi biar dia rasa selamat skit. Dah ok, puas menggunting, menampal dan steppler, diorg akan pamerkan hasilnya di ujung belakang kelas. Pas tu ada makan sikit. Makan buah. TOlongla amikkan pisang Yaya n dia makan separuh. (besar lho pisang dia). PAs ni kata cegu ada aktiviti luar n wajib pakai topi. Tu polisi school kalau main luar. Sbb bahaya terdedah dgn sinaran matahari yg kadang kala leh cecah lebih dr 30C.

Bila diorg wat circle time sekali lagi, n Yaya dah nampak ok dgn cegu, maka babalim sepantas kilat mengeluarkan diri dari kelasnye. Mmg cara tu yg dibuat selalu bila kat tadika UPSI dan terbukti berkesan

Citer pasal school Yaya ni agak glamer gak. Smlm baru pas live kat tv9 Adelaide, pasal Water Tank, satu projek menyimpan air bagi menampung hujan dlm musim kemarau. Diorg ada wat kaji cuaca n gotong royong membersihkan taman n persekitaran school. tp smlm yaya lum school, tak de la muka dia kat tv... Hehehe.. Apa yg penting, kerjasama!!

Tuesday, October 28, 2008

4th days in Adelaide

Macam2 citer gak hari ni. Nak membiasakan diri dgn negara org, budayanya, cuacanya, persekitarannya, membuatkan kita jadi spt budak baru belajar. Nasibla tuhan tunjukkan jalan ada gak saudara seislam dari Msia, abg Rusdi yg kiranya penghulu di University of Adelaide membantu kami hampir 100%. Dari citer pasal rumah dan kelengkapannya, kereta, study, jalan dan peta, apa jua kedai barang, keta, klinik, dan everything, advisor tetap kami tak lain tak bukan Abg Rusdi n Kak Ani. Walaupun berlainan Uni, tp dia tak kisah nak nolong. Kengkawan dari FLinders lum lagi yg bertanye khabar. Kedutaan apatah lagi. Hehehe...




Pg tu bawa yaya g school belikan baju n suar. Saiz 4 paling kecik dan tula yg agak panjang sikit Yaya pakai. Tp ok le.. Tak le besar sgt baju n suar tu. Bayar terpaksa guna Visa bcoz duit lum clear lagi dlm Bank of South Australia.. Nasib baik leh guna Bank ISlam babalim.. Kalo tak, utanggg... hehehe
















Pas tu abg Rusdi ajak aktiviti mengecam jalan lak. Abg Rusdi memberikan peta kpd Babalim dgn harapan dptla cam nanti cam ne nak g supermarket, g kedai tayar, kedar servis dll. Memang membantu le gak guna map ni. Cume kena ada co-pilot bila bawa keta. Kang terbabas or terlanggar keta org lain, naya je. Sekali sedang nak parking kat kaki lima Asian Supermarket, keta Abg Rusdi terbabas sikit langgar divider jalan. Nampak ok tayar. So kitorg pun carile apa jua kelengkapan barangan makanan harian di dlm tu. Kedai tu Chinies punye. Tp PR sane kot. Siap perkenalkan Babalim dgn cashier tu. maybe Abg RUsdi ni regular customer. Apa yg ada kat Msia, panjang kata ada kat situ. Cume kicap kegemaran Yaya je tak de iaitu Abhal 'Kipas Udang' manis. Kicap ABC from Indon ada dia tak berapa berkenan sgt.. Sabo je la..


Pas tu sedang nak membalikkan diri melalui jalan lain (proses pengecaman jalan) sekali ada sesuatu berbunyi. Rupenye tayar sudah pancit da.... Nasib Abg Rusdi ada card RN, macam AAM. Dia maleh nak nukar tayar yg totally lost tu. Ada card call je la.. Sementara nunggu tu tengok kat sungai bawah tu. Tak le kotor dgn sampah sgt, tp herannye batu je ada.. Sekali airnye tak de. Abd Rusdi kate dah 2 minggu tak hujan, kemarau. Tp angin sejuknya melekat gak kat tulang walaupun pakai baju panas. Mcm nak ujan tp memang langit cerah tak de awan n angin sejuk je yg dtg. Lama gak nunggu RN tu dtg. Babalim amik keputusan nak berjalan ke rumah yg lebih kurang dlm 1km je lg. Yaya pun ok je ikut sama.. Sambil jalan apa lagi amik gambarla nengok rumah2 yg cantik dan mcm2 style. Siap British style, moden style, traditional n mcm2 lagi. Kawasan memang bersih dan kemas. Sekali mase jalan tu terserempak anjing jenis Bulldog 2 ekor besar gler.. Nasible dlm umah. Terperanjat gak... Tp Alhamdulillah sampai gak ke umah











Ada appoinment nak jumpe Principle Yaya nak interview kitorg pasal family background n knowing each other. Kira tak sempat nak rehat n mandi pun (mentang2 le sejuk n tak berpeluh) jd g je school. Smpai sane jumpe office suh jumpe Mrs... (lupe lak) sekali jumpe memang dia sgt ramah. Yaya akan replace Adi. So Yaya akan masuk kelas Adi. Kira tak le dia segan sgt dgn cegu Mat Saleh tu nanti. Sekali citer dekat 2 jam le beboraknye. Mengisi borg agak banyak, tp dia bagi guideline.. Cume dlm menulis kenala bercurita.. Umur Mrs ni dlm 63 thn tp nampak mcm akhir 40an.. Awet mude kot.. dan dipendekkan citer bila nak confirmkan yg Yaya ada sikit asma, dia pun terpaksela minta kitorg sediakan 1 puff kat school. so nak dptkan kat farmasi cam tu je tak leh kalo tak de priskipsi Dr. Kenala jumpe Dr lak kat Brooke Medical Centre tak jauh dr umah.. Tp esok Mrs.. tu kate boleh anta school dgn laporan Dr n puff tu sekali. Jumpe Dr tak leh cam tu je. Kena wat oppoinment. School yg tolong callkan.. alahai mcm2 hal

Ptg tu dgn bantuan Abg Rusdi Babalim n Yaya je g. Ami jg adik yg masih tak sihat. G school td memang satu family dtg. bile borak lama, yaya n adik dah tido.. Selambe je kitorg borak. Sekali sekala adik lak batuk2. Cian dia tak kebah2 baik batuk n demamnye.. K sambung g jumpe Dr T Mogendren (apa tah nama dia) from India. Sekali dah wat appoinment tunjuk kad dari school, tunggu punyela lama. Tak le ramai patient. Klinik dia pun ubahsuai rumah je. Tp nampak canggih gak le. Yg bestnye Dr yg entertain kita masuk dlm bilik dia. Admin jg pejabat je. Bila dia tanye sakit ape, kita katala nak puff je. Tak le periksa sgt. Cume nak confirm ada ke tak. Dia pun tekan internet gak nengok simptom athma ni.. KElakar tul. Dpt je priskipsi kitorg kenala g farmasi atau chemist kat dgn Woolworths. Puff bayar utk 2 dlm AUD19 je. Yg mahalnye consultancy Dr tu, cot cet cot cet AUD49. Ceh! APa da...


Balik tu Babalim dah penat sgt.. Tak rehat dr pagi. Pas solat Asar (dah tak leh jama' lebih 3 hari) terus tido.. Bdk2 still aktif main di padang... n d end of this story, hari ni banyak gak info n pengalaman yg kitorg dpt. Esok lak bermulanya Yaya school kat obesi. Dulu taska kat UPM, tadika kat UPSI, sek rendah lak kat Adelaide.. wah hebat tu... Harap2 cam tu le....

Monday, October 27, 2008

Babalim Going 2 School Gak!! (Flinders University)

Pas anta Yaya, Babalim lak kena register kat ISSU(International Student System Unit) Flinder University. Sekali bile jd student PhD ni mulela hati berdebar2.. Yela tak penah2 terpikir (lu pikirla sendiri) nak wat PhD pun mase kerja kat UPM as preschool teacher dulu, lip lap tetiba dah berada kat sini. So, ape yg penting!! Berani la.. Kerja sama lum lagi.. Nanti ble jumpe kengkawan yg study kat sini, n supervisor barule leh kerjasama. Berani segala2nya...

Tp Abg Rusdi is my best friend forever n ever.. Mane tak nye, dia sanggup anta (walaupun dia study kt University of Adelaide) ke Flinders, kira2 20 km dari umah kami, menyusuri bandar Adelaide n going to South yg agak pinggir dr bandar... Tp sepanjang jln tak le jam sgt.. Walaupun ada traffic light, jln still smooth dan tenang. Diorg bawa 60km sjm mane tak nye.. Abg Rusdi kate jarang ada accident. Thats why le diorg ni antara penduduk yg sesopan2nye kat Australia ni.

Sampai sane hujan still rintik2.. Bile redah kat universiti tak dela pintu gerbang or pak guard. sesapa pun leh masuk. Tp parking bagi visitor bayar per hour. AUD1 per hour.. Sejuknye masyaALlah tuhan je yg tau. Mcm winter lak rasenye bile berbaju sejuk. Nak cari ISSU punyela berpusing2 kat situ macam gasing... Tp dia punye uni memang cantik sbb di atas bukit dan ada tasik dan sungai. Bila berjalan nyusuri bukit uni, memang nampak saujana mata memandang deretan rumah, bangunan dan lautan biru meluas..

Jumpa dgn advisor ISSU Mr Anthony Siew, sekali org Brickflied, KL da... dah PR kat sane since 1992. Dia memang very good n helpful. Ape yg kite tak tau dia akan taukan. Siap bawa kitorg jumpe student admin, g faculty of education, humanities n art jumpe dgn admin sane, dan berbincang apa yg perlu ada dan kenali.

Mase jumpe advisor Faculty, Ms Karen Jacobs, dia ada le terangkan apa yg perlu wat time PhD ni.. Mase kita fleksibel. Kena pandai rancang n bincang dgn supervisor. Kelas lak tak de.. Pandai2 la nak g kelas tambahan kat sini every Tuesday n Thursday utk mantapkan lagi writing proposal n thesis nanti.. Cume kena ada present paper b4 nak submit thesis terakhr. tp diorg sponsor dlm AUD5k.. Leh tahan tu.. Leh le gi memana bentang paper nanti.. Pas tu buat student card n parking stiker dlm tak sampai sejam pun. Sume settle. Cume tak dpt jumpe supervisor bcoz tak de ari ni.. Tak pe esok masih ada....

Dan bila balik tu nampak le gak rumput menguning dan pepokok renek menghijau mewarnai landskap uni ni.. Balik kitorg nak settle wat akaun sini pakai bank South Australia Visa Debit UniCard kat University of Adelaide. Alhamdulillah semua settle n balik tu sempat le beli makanan bebudak ni di Kmat, Coles dan Woolworths. topup tak dpt beli lagi bcoz tak de bill tel utk register alamat tetap.. Ptg tu n mlm budak2 keriangan main b4 kena tidur dlm kul 9 sbb esok school da...

Today Yaya Going 2 School!!



Hehe... Semangat nampaknye walaupun agak liat nak kejut. Tp bile dengar Adi dan Idah dah riuh rendah nak g school, dia terus bersemangat waja. Ye la ada geng nak g same.. Tp pagi tu agak gerimis mengundang. So kenala berpayung sikit. Tp mandi memang sejuk la. Mujur ada bathtab sedap le si mamat ni berendam..










Pinjam baju Adi, muat gak dgn yaya. Kira nak g daftar le pagi tu. Sampai kat school Abg Rusdi dah settle anta Adi n Idah kena masuk 825 sharp. (lambat bdk2 kena denda). Abg Rusdi baru pas jumpe principle, Mrs Maggie. Dia kate ok g office. Sampai office kena la jumpe dgn international advisor.. lupelak name dia.


Office dia memang canggih dan nampak ceria dgn hasil kerja bdk2 kat school ni. Sekolah ni suka memamirkan hasil kerja pelajar mereka.. Tp bile berjumpa dgn Advisor, dia kate maybe penuh utk placement tempat Adi. (sama age dgn Yaya) tp yg kelas 1 lagi lak majoriti 3-4 years. Tp tengok la esok tghr jumpe principle bincang balik pasal placement ni.. Arap2 ada le geng dgn Adi dan Pijin (kawan Adi, from Msia gak)

Semalam Yang Indah!!



Pagi kami masih lagi kepenatan. Lagi2 hari Ahad, time rehat le.. tak de aktiviti sangat. We r only staying at home. Tp time tu le kami berborak panjang dan bertanya apa yg patut pasal lifestyle kat Adelaide ni dgn Abg Rusdi n Kak Ani. Almaklum sajala diorg dh lama kat sni.

Diorg very helpful. Apa2 yg kitorg tak tau n nak tanye diorg sedia membantu. Even berkenaan anak sekolah pun diorg sanggup anta n bincang bersama dgn guru kat sane. Banyak gak kelengkapan dlm umah ni diorg pass kat kitorg. Maleh nak bawa banyak sgt n tak perlu pun. Lagipun kelengkapan elektrik n perabot kat sni banyak beli 2nd hand. So kira lump sum.













Ptg tu angin agak kencang dan sejuk gler.. Yaya, adik, Idah dan Adi suke btul main kat backyard. Besar dan banyak permainan yg diorg main. Ami lak kebetulan demam dan lama gak berehat kat bilik tu. Tp bile nak ke playground kat school diorg ni AMi dah ok n join same. Kepenatan dan kepeluhan tak ketara. Disebabkan kesejukan, perkara itu tdk menghalang dari mereka2 ini bermain di sana sini di playground dia yg bersih dan best gtu. Baby Raihan dan maknya pun dtg sekali melihat bdk2 ni bermain.





Ada gak mamat2 saleh main bola kat padang dpn ni. Kira main2 cam tu le. Tp angin sejuk cm ni tak le peluh pun. Rase cam nak join tp ape kan daya tak de kasut bola da...






Mlm tu memang sejuk gler. Tak pasang kipas pun.(time spring n summer agak panas) Selimut punye tebal. Siap pakai sweater lagi. Harap pagi ni leh bangun le Yaya nak school...

Sunday, October 26, 2008

D Golden Dream Come True.. We are in Adelaide now!!

Sepanjang perjalanan dari jam 10 malam berlepas sampai 415pg waktu Malaysia agak memenatkan. Yela tido dalam duduk susah gak nak sesuaikan diri. Mujur ada setiap sorang 1 tv n channel. Yaya biasala main gamenye. Banyak dan tak larat nak main. Babalim layan movie dan sports. Ami pun sama movie cintanye.. Adik cian.. demam dari semalam. Maybe sedih nak ninggalkan Msia. Monyok dan tak bertenaga. Sepanjang kitorg nak ke flight mendukungnye. bayangkan dgn 4 bagasi besar, 1 sedang, 4 lagi kena bawa dgn tgn dan Adek kena dukung mak ai penat gler!











Sampai lak sane dah siang, beza dalam 2 jam 1/2, kira dah kul 7 lebih la sampai. Pas tu bila check out, mcm2 inspection le kena wat. Nasib tak bawa makanan. Kalo bawa kena selongkar 1 by 1 takut bawa penyakit tgn kaki dan mulut dan sebagainya. Ubat adik n abg YAya dah siap surat doktor, tak le risau sgt.











Kami di sambut wakil Flinders University jam 8pg waktu diorg. Abg Rusdi (yg akan kami duk umah dia) pun kebetulan baru gak sampai. Wakil tu sorg je, pelik gak coz kami bawa barang ni biasala pasti banyak punye. Tp abg Rusdi ada dia tolong le masuk dlm keta MPV minah Saleh ni.


Di umah Abg Rusdi di Campbelltown ni dlm 15 minit gak dari airport. sepanjang jln jumpe la AQIS (Jabatan Imigrasion), IKEA, Univ Adelaide, shopping mall, houses cute miut, Hotel Hilton dan mcm2 bangunan tak tinggi. Rate2 paling tinggi dlm 7 tingkat. Kedai n rumah majoriti setingkat dan sangat kemas dan tersusun ikut grid.

Pagi tu tak banyak keta. Abg Rusdi kata, weekend ari diorg berehat bersama keluarga. So takbanyak le keta kat bandar ni. Bawapun slow. Paling laju 60km sejam. PAtutle..

Sampai umah Abg Rusdi, Kak Ani wifenye bagi kami makan nasi lemak lagi. Sedap pun sedap. Sejuk pun tak le sgt. Mcm kat Cameron je.. hehehe sejuk la tu. Yaya layan main dgn Adi (beza setahun) dan Shida. Mcm tak penat budak ni. Excited! Kitorg dah tido masih kepenatan naik flight.

Ptg panas sikit. Adik lak asyik rengek nak air totak. Belila kat sane. TP susah gak nak carinye. Jenama yg dia gemar tak jumpe kat kedai Woolworths.... maybe tekak tak berapa clear sebab demam kan




Kebetulan sekolah dpn umah bestla adek n anak abg RUsdi (Adi n Shida) main kat playground sekolah.. Cantik, kemas dan simple. 2 blok setingkat je.. Tp kawasan padang luas dan bersih.. tu yg best budaya Mat Saleh ni. Jaga betul kebersihan kawasan.. k esok sambung lagi k.