Tuesday, January 26, 2010

Road to Grant Penyelidikang!


Aku teruskan jua untuk berjuang.. berjuang di jalan yang penuh liku ini..

Banyak tul peluang.. peluang untuk mendapat ganjaran terkini..

Merebut grant penyelidikang.. memperkasakan kajian ku ini..

Potensi untuk cemerlang.. di bidang pendidikan yang mencurah tanpa henti..

- insan cemerlang, insan terbilang, bukan insan tembelang-

Tuesday, January 19, 2010

Online Business Sungguh Menguntungkan! Pembeli US Sanggup Bayar Mahal!

Ia bergantung juga dgn produk ape yg kita jual menjadi permintaan yg sgt tinggi n lumayan oleh pembeli... kadang kala bagi kita macam sampah, tp bg pembeli spt barangan mewah!

susah nak predict. biasala kuasa membeli ni terletak pada kaum wanita. tp rata2 dlm online ni lelaki lebih menguasai apabila melibatkn brgn collectible or antique or vintage.. sanggup membeli dgn harga mahal disebabkn susah nk dpt n kepopularitiannya.

aku ada 1 citer yg aku rasa cam pelik tp benar yg menyebabkn aku bertekad dari menceburi bidang ni secara suka2 kepada membina empayer.. cewah! macam angan2 mat jenin lak.. tp org yg terlibat dlm it ni kalo betul2 n kena caranye memang leh jadi jutawan cam Bill Gate n sewaktu dgnnye

aku ada beli satu kamera lama ni kat satu pasar yg dikenali sbg 2nd hand bazaar or org putih kata garage sales.

harganya tak le mahal sgt, aku tengok pun cara dia jual main campak2 je, nak amik, amik, tak nak tak pe. so bila kita tawar harga, kalau kena pada penawarannya, memang leh dpt lagi2 murah le..

so aku pun masuklah beberapa jualan online yg sedia ada dan terkemuka bg penggemar2nye.. biasala, rakyat tempatan la yg lebih banyak menguasai pembelian ni tanpa mengira bangsa.. setakat ni ada sorg nak beli.

tapi tah macam mana aku dpt 1 email dari seorg mamat from Texas... aku fikirkan dia main2 sbb rasenye Texas kat US, bukannye kat Sarawak atau Penang. Rupanye ada citer disebaliknye..

Dipendekkan citer, mamat yg digelarkan Pastor Chris William ni (sekali paderi da) nak sangat camera antik tu sbb nak gantikan kamera kawan dia yg dia 'terosakkan' (rosak perkataan ni). tak tau cam ne dia rosakkan, disebabkan dia ni mungkin org yg dihormati, tak nak la nanti rase bersalah selalu, sanggup dia bayar dgn harga yg agak2 lumayan.. rasenye 233% dari harga yg aku beli

dipendekkan citer, aku pun terpaksela jual kat dia dgn international postage yg mahal gak hargenye.. tp bila kenang untung terlampau tu, jgn ketinggalan tawaran yg istimewa!!


ni la barang berharga yg org Texas nak sangat membelinya...

maka yg lelain peminat tempatan terpaksalah berair liur ek.. tunggula kalo aku dpt benda yg sama tu lagi.. nasib..... spt mana yg kita tau untung nasib ni di tangan tuhan... Pemberi Rejeki.. Syukur Alhamdulillah!!

sebagai promosi sila layari :
http://macam-macam-antik.blogspot.com/2010/01/camera-kamera-antik-vintage-terkini-for.html

Saturday, January 2, 2010

Salam Tahun Baru 2010 M Dengan Hobi yg Agak Baru...

Aku dah ada hobi yg agak kurang diceburi org2 separuh muda (baru awal 30an).. hehehe

Aku adalah hobi yg agak biasa luar, iaitu ngumpul koleksi Star Wars.. Kira sikit2 la, tp pun dekat ribuan gak le nak collect walaupun tak seberapa..

Tapi yg ni pasti agak takjub le, collect vintage or antique stuff, especially yg zaman 70an.. bukan apa, product lama ni bukan saje comel dan klasik, malah agak bergaya, mutu dan keunggulan (lama tak dengar ayat ni)

Aku mase kecik dulu penah alami zaman ni (time bayi je), so aku kumpulkan sikit2 koleksi yg aku ada melalui bapak aku dan yg aku beli, lalu aku kumpulkan mereka dan menjalankan tugas menyimpan, mendisplay serta menjualkan sebahagiannya secara online sama ada melalui ebay, blog aku yg lain atau mudah.my (iklan tak berbayar). leh le dpt income sikit2....

ni antara sekelumit koleksi barang yg aku kumpul dan akan dijual...


kamera olympus-pen tahun 70an. guna filem atau org panggil kodak, kira nak jual gak nanti kat ebay or mudah. anggaran harga dalam RM200 (utk dijual)


tv hitam putih, warnanya putih. zaman 70an, beli kat Garage Sale, pakcik OZ tu jual $3,dulu dia guna buat travel naik caravan dia.. berfungsi baik dan cantik.. display only, not for sale..


pelita hidup ni guna minyak gasoline, aku pun tak reti nak gunanye. tp masih ok. sesuai dipakai dirumah yg melakukan penjimatan letrik diluar dugaan. Jual ke tidak, jual ke tidak... i pkla sendiri dulu k


ni memang klasik beb... kamera jenama argus from us. nak bergambar kena tengok dari atas. masih cun, beli murah kat mudah.my. memang koleksi peribody yg takkan dilepaskan..


nipun aku minat gak tengok.. tp benda ni zaman 50-60an dulu.. iron guna arang.. mane nak ada lagi natang ni.. unik dan menghangatkan suasana!!


ni penanda buku bentuk kuda putih.. memang cunla kalau diletakkan menghadang buku sambil melihat kuda ni tersenyum malu.. beli pun kat garage sale..


telefon ni memang retro.. dah tak pakai lg, sbb guna style pusing2 @ putar2. masih elok rasenye kalau dicucuk.. zaman 70an n 80an je pakai.. jenama telekom malaysia. beli kat lorong kulit, penang. digunakan oleh anak2 ku sebagai peneman imaginasi mereka.


model basikal ni sebenarnya baru, from padang indonesia. tp kira antik le sbb design basikal jepun zaman p.ramlee.. lagu popularnya, pok pok pok, bujang lapok, naik basikal hai macam beruk... aku rembat kat pesta penang. harga dpt RM62. harga asal RM100. baik punye...


kamera olimpia from japan. berkilat dan punya casing dan manual yg masih terpulihara.. nak let go dgn harga RM250.. flashnya terang benderang dan sesuai digunakan dengan filem kodak atau disimpan sebagai koleksi terpakai.. cubala...

aku ada barang2 lain seperti piring hitam dan sewaktu dengannya,  leh tengok dlm ebay aku user id: hadwan09, or mudah.my id: halim masnan or kat blog aku satu lagi : www.macam-macam-antik@blogspot.com
(iklan terpaksa ditamat)

Monday, November 9, 2009

Kisah benar kanak-kanak si peminta sedekah di Pulau Pinang...

Gambar sekadar hiasan muka depan. Tapi lokasinya di pulau pinang, background jambatan pp..

‘Seorang lagi,’ getus hati saya. Sebentar tadi baru saja saya menolak dengan menggelangkan kepala, tanda tidak mahu memberi apa-apa pada mereka. Bukannya apa, pernah sebelum ini saya datang di tempat yang sama, kanak-kanak itu juga yang datang pada saya, sebelah tangan menghulur surah Yasin kecil, sebelah lagi menghulurkan tangan. Dari jauh, saya terpandang sepasang mata memandang tajam perlakuan kanak-kanak tersebut.

‘Mesti sindiket ni.’ Saya menolak untuk membeli surah Yasin tersebut tetapi mengajak kanak-kanak itu minum bersama di gerai. Lebih baik kenyangkan perut dia daripada memberi duit yang pasti hasilnya belum tentu sampai pada mereka.

Kali ini, kanak-kanak yang lain dan tidak menghulurkan surah Yasin, hanya sepasang tangan kosong dihulur sambil mulut memberi salam. Bertudung hitam, berbaju kurung merah, saya melihat dirinya sepintas lalu. ‘Tak boleh jadi ni.’ Saya berhenti membaca komik Penyiasat Remaja yang baru dibeli di kedai buku terpakai di tingkat atas.

‘Adik duduk sini. Tunggu kakak,” kata saya padanya. Radieah yang sedari tadi bersama saya di perhentian bas bazaar Chowrasta duduk menemani kanak-kanak tersebut.

Saya ke kedai terdekat, membeli sekotak kecil susu Dutch Lady coklat. Mata meliar lagi, mencari roti, kalau-kalau ada dijual tetapi tiada. Akhirnya, saya mencapai sebungkus keropok ikan Terengganu.

Kembali ke perhentian bas, air kotak dan keropok dihulur pada kanak-kanak perempuan tersebut. Kata saya pada dia, ‘Duduk sini, minum susu ni. Nak sihat kena minum’. Sangkaan saya dia akan menerima tetapi sebaliknya. Katanya, ‘Abang belum makan. Saya tak mau makan.’

Oh, dia ada abang rupanya.

Tiba-tiba seorang budak lelaki, memakai T-shirt biru muda, berseluar coklat cerah dan berkopiah putih, datang menuju ke arah kami. Tingginya lebih kurang adik bongsu saya yang berumur 12 tahun.

‘Ini abang.’ Tunjuknya lagi. Apalagi, saya terus minta dia duduk dan makan bersama adiknya. Dia juga menolak. Alasannya, sudah kenyang kerana sudah makan di kedai makan di tingkat atas bazaar.

Bermulalah sesi perkenalan antara saya, Radieah dengan mereka. Bukan bermula dengan nama tetapi latar belakangnya dahulu. Soalan pastinya banyak dari kami. Sesekali ada pegunjung bazaar beralih pandangan melihat kami yang asyik menyoal.

‘Abang tinggal mana? Kat sini buat apa?’

‘Saya tinggal dengan adik di Bagan Ajam. Kami minta sedekah.’

‘Setiap hari datang sini? Mak ayah kerja apa?’

‘Tak la. Hari Jumaat, Sabtu, Ahad saja datang. Mak tak kerja. Kaki sakit, ada kat rumah. Ayah dah meninggal satu tahun.’

‘Datang sini dengan apa?’

‘Ada mak cik hantar. Datang pukul 11 pagi. Balik 4 petang nanti.’

‘Tak takut kena tangkap ke?’

‘Polis tak pernah tangkap. Kami bukan mencuri. Kami tak buat salah.’

‘Abang pandai baca tak?’ Tanya Radieah sambil menunjuk tajuk buku Dilema Melayu yang baru dibelinya.

‘Saya tak pandai baca. Mengaji saja tau. Di Bagan Ajam ada ustaz ajar orang Myanmar. Tak payah bayar apa-apa. Dia selalu bagi baju, seluar. Saya tak boleh belajar sebab sekolah tak boleh masuk, tak ada ic. Belajar tuisyen ada tapi sebulan bayar 50. Duit kami tak cukup jadi tak boleh masuk tuisyen.’

Fasih kanak-kanak ini bertutur dalam Bahasa Melayu berbanding adik perempuannya, Rahmahbi yang berumur 8 tahun. Dari perbualan ini juga kami dapat tahu namanya Zubir, berusia 9 tahun.

Alhamdulillah, syukur apabila mengetahui ada insan mulia yang sudi mengajar mereka yang muda ini mengenal agama. Sekurang-kurangnya, agama juga yang mula membentuk akhlak mereka, memberi panduan tentang cara dan had batasan untuk berhidup serta memberi keyakinan pada mereka tentang rezeki itu milik Tuhan.

Tersentuh juga bila mendengar kanak-kanak seusia ini belum pandai membaca. Bagaimana dengan masa depannya nanti? Bila ditanya tentang cita-cita, buruh binaan menjadi pilihan Zubir. Katanya lagi, ‘Saya tak boleh kerja tinggi-tinggi’. Mungkin dia faham dengan status dirinya yang bukan berstatus warganegara dan tidak mempunyai banyak peluang dari segi pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Saya dan Radieah sepakat untuk membeli buku untuk Zubir dan adiknya. Kami bergegas ke Mydin yang hanya terletak di seberang jalan. Kami membeli dua buah buku ABC, dua buah buku mewarna, dua kotak pensel warna, enam batang pensel beserta pemadam dan pengasah pensel. Selain itu, saya turut membeli beberapa buah buku tulis berkotak. Saya teringat kaedah ibu saya mengajar sebelum saya bersekolah tadika. Setiap kotak ditulis dengan abjad atau suku kata tertentu dan saya akan berulang kali menulisnya semula. Saya juga ingin melakukan perkara yang sama pada mereka.

Selesai sahaja membeli buku dan alat tulis, kami kembali ke perhentian bas mencari Zubir. Pada awalnya Zubir melarikan diri beberapa kali sebaik sahaja kami cuba menghampirinya. Menurut adik Zubir, abangnya risau kami akan menangkapnya. Kasihan Zubir. Dia salah faham dengan niat kami yang datang mencarinya semula.

‘Adik, bagitau Zubir, kakak dah nak balik. Tapi kakak nak jumpa Zubir dulu. Sekejap saja, bukan nak tangkap dia,’ pesan kami pada Rahmahbi.

Tidak lama selepas itu, Zubir muncul tapi riak risau di mukanya belum hilang. Sambil memegang bahunya saya berkata, ‘Kakak dah nak balik. Kakak nak bagi Zubir buku tau’. Riak mukanya nyata berubah selepas itu.

Perlakuan saya dan Radieah turut menarik perhatian kawan-kawan Zubir yang lain. Seorang budak lelaki dan dua orang budak perempuan yang lain datang mengerumuni kami di perhentian bas.

‘Kakak, kakak, saya nak juga.’

‘Kakak, kakak, saya nak warna.’

‘Kakak, kakak, saya pun tak tau baca.’

‘Alamak, tak cukup ni.’ Masing-masing mahukan buku tulis dan pensel warna. Kami membahagikan dulu buku dan alatan yang telah dibeli pada Zubir, Rahmahbi, Husin, Nur dan seorang lagi kanak-kanak perempuan. Selepas itu Radieah pergi ke Mydin membeli tiga lagi buku warna beserta pensel warna.

Saya hanya membayangkan mereka ini pasti tidak pernah memiliki alat tulis sedangkan dalam usia sebegini, saya dahulu boleh dikatakan ‘mewah’ dengan alat tulis dan buku-buku tulis. Belum lagi dicampur dengan buku mewarna dan buku cerita yang boleh dikatakan bertukar hampir setiap bulan.

Bagaimana pula dengan kehidupan keluarga? Pasti juga jauh berbeza dari mereka. Pasti lebih beruntung. Tidak perlu datang ke tengah-tengah bandar ini sedari pagi, tidak perlu menadah tangan meminta simpati, tidak perlu rasa risau ditangkap, tidak perlu berfikir adakah perut akan terisi untuk hari ini. Kehidupan mereka sebagai kanak-kanak sepatutnya menyeronokkan, penuh dengan warna-warni alam kanak-kanak dan bukan seperti yang saya lihat sekarang.

Mungkin dengan pemberian buku ini, mereka dapat merasa sedikit sebanyak kehidupan seorang kanak-kanak. Mungkin juga daripada buku ini, tertanam azam untuk mereka berjaya dan mengubah nasib satu hari nanti. Mudah-mudahan buku ini membawa kegembiraan dan semangat baru kepada mereka sepertimana yang saya lihat di wajah mereka ketika itu. Pesan dan janji saya pada mereka, ‘Balik, buat latihan tiap-tiap hari. Belajar menulis dari buku ni. Biar tiap-tiap tulis, tiap-tiap hari jadi pandai. Minggu depan, pagi Sabtu, cari kakak di tempat ni. Kakak akan datang semak buku dan ajar adik-adik.’

Sabtu ini seperti Sabtu minggu lalu, saya akan ke Chowrasta lagi, untuk mengotakan sebuah janji dan melihat senyum mereka lagi.

(coretan dari rakan di Pulau Pinang)

Monday, November 2, 2009

Pening...

Aku menjadi pening bilamana aku tak bisa menulis apa yg aku ingin tuliskan.. Pening, pening...

Sunday, September 27, 2009

Antara suka dan duka di Aidilfitri


Sukanya anak2 ku bermain bunga api (termasuk aksi makan api ni), tapi dukanya aku terpaksa membeli bunga api itu... Sehari 2 bemban bunga api bersamaan RM5, kalau main 4 kali malam makanya RM20 melayang..
Sukanya mereka mendapat duit raya, tp aku duka gak la, sbb kuar duit raya utk org lain dan berjalan pun kena kuar duit lagi..
Sukanya mereka memperagakan baju baru, tp duka aku baju 3 thn lepas je pun jadi la.. elok lgpun.. tak le duka sgt..
Sukanya mereka bermain dgn sepupu pupunye, tp duka gak aku tak dpt nak main sangat dgn sepupu, apatah lagi kupu2, almaklum dah bapak org.. hehehehe..
So, selamat AidilFitri yang penuh kesukaan, keceriaan, kesyukuran, kerahmatan dan kegumbiraan bagi semua kaum muslimin dan muslimat,
dan kenangkan jua kesusahan bagi mereka yg berduka seperti org yg tak bernasib baik dan di dalam kesempitan...

Friday, September 25, 2009

Superhero ku yg ke-3


Butiran diri superhero ni:

Nama : Hadwan Huwaidi bin Abdul Halim

Umur : Sebulan beberapa hari

Lahir : Ampang Putri Medical Centre, Selangor

Kegemaran : Susu awal dan pertengahan aminye

Ketidakgemaran : Yak ucuk pepes basah, lapar dan kembong perut

Kesan khas : Boleh menangis cara meneran dan berpandangan jauh (meneng waie - termenung termanggu menahan yak)